Menu Utama

Simptom Hilang Jawatan Sudah Mula Kelihatan Kepada Bekas Exco Selangor

Tindakan Khalid Ibrahim memecat keenam-enam orang Exco dari PKR dan DAP yang sebelum itu telah menandatangani surat akujanji dengan parti masing-masing untuk tidak bertemu dengan Khalid Ibrahim kecuali semasa mesyuarat mingguan, menyebabkan sebilangan Exco sudah mula meroyan kerana kehilangan jawatan.

Pada tahun penghujung 2008, kesan daripada BEHRANG MOVE yang diinisiatifkan oleh Anwar Ibrahim dan gagal, Nizar Jamaluddin kehilangan jawatan Menteri Besar Perak. Semuanya berpunca daripada langkah Anwar Ibrahim mahu mewujudkan satu PRK di DUN Behrang untuk menggantikan Nizar Jamaluddin dan meletakkan orang dari PKR untuk jawatan tersebut. Bagaimanapun, BEHRANG MOVE gagal sepenuhnya apabila ADUN Behrang, ADUN Changkat Jering dan ADUN Jelapang keluar dari PKR dan DAP untuk menjadi ADUN Bebas pro-BN.

BEHRANG MOVE sebelum itu dimulakan dengan keluarnya ADUN BN Bota, Nasaruddin Hashim keluar dari BN dan menyertai PKR.  Anwar sudah mula bercakap besar dan menyatakan lebih ramai ADUN BN akan melompat menyertai PKR, PAS dan DAP manakala Nizar Jamaluddin pula dengan angkuh dan sombong menyatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang ADUN UMNO akan menyertai PAS.

Namun apa yang berlaku ialah, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering serta ADUN DAP Jelapang melompat keluar sekaligus menumbangkan majoriti mudah Pakatan Rakyat. Menjelang 10 Februari 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang sepenuhnya dan bermulalah trend gila meroyan muncul menerusi gelagat gila Nizar Jamaluddin yang sehingga ke hari ini masih lagi memperakui dirinya sebagai Menteri Besar Perak, Sivakumar menunjukkan kegilaan sebagai Speaker yang telah kehilangan jawatan. Begitu juga dengan Ngeh-Nga bersepupu.

Hampir keseluruhan Pakatan Rakyat menjadi gila kerana Pakatan Rakyat kehilangan kerajaan di Perak pada Februari 2009.

Nampaknya sejarah yang sama hampir berulang di Selangor. Tindakan Khalid Ibrahim memecat enam orang Exco dari PKR dan DAP menghasilkan Exco-Exco yang jadi gila secara tiba-tiba. Paling menarik ialah apabila DAP dengan nada angkuh memerintahkan PAS agar mengeluarkan arahan kepada 4 orang Exco PAS yang masih tidak dipecat oleh Khalid Ibrahim agar tidak menghadiri mesyuarat Exco pagi nanti.

Bunga-bunga kegilaan Pakatan Rakyat Selangor sudah dapat dilihat dengan jelas. Kesemua bekas Exco Selangor yang dipecat menyatakan mereka akan masuk ke pejabat dan menjalankan tugas seperti biasa. Sehinggakan ada pula yang berkata, Khalid Ibrahim tidak boleh memecat mereka kerana mereka hanya boleh dipecat oleh parti masing-masing sahaja.

Bukankah kata-kata itu pernah dilafazkan seewaktu krisis di Perak pada tahun 2009 dahulu? Bukankah kata-kata itu juga dipertahankan sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Pakatan Rakyat bukan lagi Kerajaan Negeri Perak yang sah kerana mereka hanya menguasai 28 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional 31 DUN daripada 59 kerusi DUN Perak.

Kita bakal menyaksikan ulangan krisis di Perak di Selangor kali ini. Bunga-bunga kegilaan Pakatan Rakyat sudah pun kelihatan. Bermula dengan meroyannya bekas-bekas Exco yang dipecat berkeriau menyalak menyatakan mereka masih lagi Exco Selangor yang sah walaupun Khalid Ibrahim telah memecat mereka.






13 Komen to Simptom Hilang Jawatan Sudah Mula Kelihatan Kepada Bekas Exco Selangor

  1. Ababyl79 says:

    lantak le kalau nak meroyan(simptom hilang jawatan) seperti di Perak dahulu…esok kalau 6 exco dari PKR dan DAP itu nak datang juga berkerja, tolong jangan naik camry ya…kasi balik camry tu cepat-cepat jangan ikut perangai haprak si nizar

    sama-samalah kita tengok speaker DUN Selangor hannah yeoh pula kena pecat, kita mungkin berpeluang dapat tengok lagi simptom yang sama pernah dialami ‘sivakumar’…simptomnya ialah hannah yeoh pula akan mengajak ADUN(termasuk bekas exco yang baru kena pecat) PR membuat sidang DUN(sebut ‘sidang haram’) dibawah pokok…hehehehe

  2. dkds says:

    penyakit Ketum dah mula berjangkit pada exco yg kena pecat…hahahahahahahaha

  3. decepticon jr. says:

    ada pulak yg guling guling depan istana lepas ni.sebab tu la galak sgt mereka menyerang intitusi raja .nti keluar la pepatah ‘raja adil raja di sembah,raja zalim raja di sanggah’padahal tuanku dah fedup dgn politik pr demi kesejahteraan rakyat khususnye org islam dan bumiputera.

  4. shimo says:

    Kemeroyanan nizar d perak adalah salah satu bentuk cmpor tangan KETUM dlm pentadbiran MB yg sbenar adlh parti PAS…namun nizar bosnye KETUM..bukan musyidul Am..@presiden PAS…hari ini pn nizar masih mroyan mgenangkn kerusi empuk MB perak itu…apakan daya…beliau adelh kemusnahan sampingan yg KETUM bt drp bnyk kemusnahn lain…make nizar pn dbiar trus mroyan tanpa d tnangkn samada dr PAS @pn PKR…kadng2 tidor mlmnye sering mracau2 sambil memekik refomasi…dia lebih PKR dr org PKR….malah HJ HADI pn pning mmikirknye…mgape ahlinye itu seprti tidak d trbiyah langsg…mgkn hj hadi lupe…sindrom org politik bgitulah…xkire krajaan mahunpn pmbgkang…kuase mlebihi sgale…nizar mroyan brthn lamenye tringtkn kuasenye yg ilang…bezenye KETUM…dia xprnh rase ilang kuase…tidak dlm mimpi skli pn…KETUM tdak mroyan sperti nizar…malah beliau trus dklasifikasikn sbgai IPU kualiti tdak sihat (450)..kdang2 beliau myebut kpakarn ekonominye dprlukn dsluruh dunia…namun bliau tdak dpt mnerime yg khalid benar2 mmberinye RM1 sbgai pnasihat world class..lalu khalid mesti dguling smampu boleh dan dganti dgn bininye jijah kipas kungfu…kali ini KETUM pasti trsnyum myebut yg beliau hanye ambil RM 1duit negeri slangor sbg nasht kewangan world class nye itu…

  5. raplahjingaa says:

    Alahai pokok mana pulak kat Shah Alam yang akan jadi office sementara depa….Tasik kat sek 2 kira ok jugak…redup tak la panas sangat…hahahahahaha, kalau nak eksklusif sikit pi cari pokok kat bukit cerakah…

  6. Azre Ghazali says:

    Subhanallah ……….. kalau Apek DAP LGE tidak mengerti apa itu Ketetapan Allah swt .. maka saya berharap exco PKR yg Islam .. tidak begitu.

    Allah swt itu maha kaya … maha mengetahui …

    Rentetan peristiwa spt yg dikongsikan oleh HERO TUA … tidak pernah dijadikan peringatan dan iktibar ………. kemanakah keimanan kita .. akal … dan kewarasan kita.

    Sehinggakan perkongsian Dato Prof Dr. Sidik Baba .. kepada umum sejak 3 tahun lalu .. juga tidak pernah dan seakan tidak mampu menggugat keyakinan puak-puak Anwaris .. dalam PAS ..

    Begitu juga halnya … ahli PKR yg begitu taksub … yg menerima DAP dan bersekongkol .. puak cina yg jelas membuktikan mereka mahu menghancurkan hak-hak orang Melayu .. @ 13hb May.

    Yg sanggup berkerjasama dengan pihak Karpal yg telah mati secara trajis .. Karpal yg angkuh menghina Sultan Perak .. (arwah) ….. Karpal yg sangup mati dilangkah mayatnya sebelum KITA UMAT ISLAM mendirikan Malaysia Islam.

    Yg sanggup menyokong Anwar yg membenarkan Kalimah Allah swt diguna pakai oleh Kristian yg mempunyai agenda tersembunyi …

    Subhanallah … Apakah terlalu berat ayat saya berikutnya … >> Yakni exco PKR Islam kelihatan lebih zalim dari Zionis Yahudi <<

    Jika kamu exco PKR Islam … tidak mampu memikul tanggung jawab membela Islam .. dan tidak mampu bersemuka DAP … mempertahankan hak-hak orang Melayu Islam … Kedaulatan Istana selaku perlindung Agama dan Ketuanan Melayu …

    MAKA adalah baik kamu berdiam diri … SERTA undur diri .. dan biarlah EXCO PAS bertanggung jawab dalam perjuangan menegakan kedaulatan dan maruah Agama Islam mengikut sunah dan Al Quran especially di Selangor sekarang.

    Buktikan .. yg kenyataan saya ini TIDAK BENAR.

    Takbir ….. Allahuakhbar … Allahuakhbar … Allahuakhbar … Allahuakhbar …

    Daulat Tuanku Sultan Selangor.

  7. yon76er says:

    MEROYAN LAGI………dari No:1 dalam PKR sampailah ke macai2 nya…

  8. sungai_siput says:

    itu lah hasil nya…. hahahaha

  9. reds says:

    kalo aku pon meroyan….hahaha……keje untuk rakyat…bukan untuk bang non….. layan si bapak penipu tuh…memang last2 dapat taik aje….. moga moga Allah selamatkan selangor…

  10. acik says:

    sepanjang tahun dok politik…bila nak buat keja..kalau dah meroyan nak jadi mb sampai bila nak buat keja untuk rakyat….his his his kesian kesian kesian..

  11. anakbochek says:

    Mau tak meroyan, puak2 ni duduk goyang kaki sambil main tweet2 macam buat kerja dan lepas tu salahkan UMNO bulan2 dapat gaji berpuluh ribu tidak termasuk elaun. Tiba2 nak kena buang. Fuhh.. kalau aku pun meroyan. Kerja dengan pakatan ni senang beb, buat kertas kerja, pas tu tweet satu dunia, kalau projek tak menjadi salahkan UMNO.

  12. WTF says:

    Hahahaha, padan muka EXCO2 yang dipecat!!!

    Tulah, hangpa ingat itu Anwar Ibrahim boleh tolong sama lu org ka!!!

    Bini dia sendiri pun, Anwar Ibrahim tak mampu nak tolong naik pangkat jadi MB Selangor!!

    MEROYANLAH HANGPA SEMUA!!!

    HAHAHAHAHA!!!!

  13. anakbochek says:

    Kalau nak bersidang besok, tolongla jangan ikut stail orang Perak bersidang bawah pokok. Cari le tempat lain ie bawah porch, bawak jejantas atau bawak kanopi majlis kahwin.

Leave a Reply

Threesome