Menu Utama

Shamsul Iskandar Kata Ada Syaitan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menyelar golongan berpengaruh yang didakwanya cuba memecah-belah Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak.

Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa “suara sumbang” oleh golongan yang disifatkan sebagai “panglima parti” itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.

“Di dalam krisis menteri besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada di antara panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah bisikan syaitan! Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat.

“Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh.

“Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini.

Sanggup hilang kuasa

Beliau yang baru dilantik ke jawatan naib presiden PKR bagaimanapun lega kerana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah termakan dengan bisikan itu.

Bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan pihak tertentu yang sanggup kehilangan kuasa di Selangor atau sanggup membiarkan sehingga DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru.

“Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar. Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dewan negeri dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap,” katanya.

Shamsul menegaskan krisis itu sebahagian besarnya berpunca daripada sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyukarkan keadaan.

Beliau antara lainnya membangkitkan sikap “tiada komitmen kepada proses musyawarah dan displin untuk mematuhi keputusan yang dicapai”.

“Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat.

“Pergantungan kepada penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarkan lagi keadaan,” katanya.

Oleh sebab itulah Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa pemimpin gabungan parti bertemu Khalid unntuk mencari penyelesaian, katanya.
menyelar golongan berpengaruh dalam PKR yang didakwanya cuba memecah-belah Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak.

Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa “suara sumbang” oleh golongan yang disifatkan sebagai “panglima PKR” itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.

“Di dalam krisis menteri besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada di antara panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah bisikan syaitan! Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat.

“Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh.

“Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini.

Sanggup hilang kuasa

Beliau yang baru dilantik ke jawatan naib presiden PKR bagaimanapun lega kerana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah termakan dengan bisikan itu.

Bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan pihak tertentu yang sanggup kehilangan kuasa di Selangor atau sanggup membiarkan sehingga DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru.

“Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar. Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dewan negeri dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap,” katanya.

Shamsul menegaskan krisis itu sebahagian besarnya berpunca daripada sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyukarkan keadaan.

Beliau antara lainnya membangkitkan sikap “tiada komitmen kepada proses musyawarah dan displin untuk mematuhi keputusan yang dicapai”.

“Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat.

“Pergantungan kepada penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarkan lagi keadaan,” katanya.

Oleh sebab itulah Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa pemimpin gabungan parti bertemu Khalid unntuk mencari penyelesaian, katanya. – Malaysiakini.






14 Komen to Shamsul Iskandar Kata Ada Syaitan

  1. yon76er says:

    SYAITAN??????….MEMANG PON SEMUA DLM PR ADALAH SYAITAN…1 sebab yg terang2 dan semua tahu..bila kamu bersekutu dgn Parti yg menolak ISLAM @DAPigs …So apa yg MEGHAIRANKAN apabila kamu berkata ada Syaitan dlm PKR or PR…..Very FUNNY man…

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Shamsul Iskandar Kata Ada Syaitan […]

  3. alimedanbaru says:

    bukankah selama ini merekalah yg bersama syaitan
    membuat beratus siri demonstrasi diseluruh negara dengan menyusahkan rakyat
    merekalah yg menganjurkan BERSIH konon memprotes SPR yg tidak telus, tidak adil dan menipu
    namun hakikatnya merekalah syaitan yg menipu sesama sendiri dalam pemilihan barisan kepimpinan mereka
    merekalah syaitan yang mengadakan semula pilihanraya kecil diKajang tanpa sebab
    semata-mata rancangan syaitan Anwar nak menaikkan isteri dia sebagai MB
    Anwarlah syaitan yang sanggup memecat Khalid dan menggugat kestabilan negeri Selangor demi nafsu gila kuasa keluarganya
    sipakah syaitan yg paling besar yg menyokong setengah gila dalam isu KALIMAH ALLAH
    PKR dan PAS lah yg berwatak syaitan gondol yg nak melelong kalimah suci itu demi nak undi kafir
    merekalah syaitan yg berketuakan seorang manusia yg penuh dengan noda dan dosa
    merekalah syaitan yg hilang maruah kemanusiaan kerana masih mengangkat Anuar yg telah dijatuhkan kesalahan meliwat Samsul. Kalau bukan keputusan tertinggi mahkamah yg mesti diakui maka keputusan manalagi yg amat sahih?
    merekalah setan yg menyokong kebebasan sex,kesamarataan agama yg diperjuangkan oleh Comango
    merekalah setan yg menjadi perisai dan bantal untuk Ambiga selesa memperjuangkan kelakuan binatang pd manusia dgn perlakuan homosex san lesbian
    merekalah setan,setan dan setan
    yg cuba melemahkan kuasa raja-raja-Melayu
    bahasa Melayu
    keistimewaan bangsa Melayu dalam Perlembagaan
    Dasar Ekonomi untuk Melayu
    dan memperkecilkan agama bangsa Melayu – Islam
    memang betullah kamu kata WAHAI SYAMSUL
    DALAM PKR PENUH DENGAN SYAITAN-SYAITAN!

  4. gambus says:

    Pakatan laa syaitan yang sebenar , dia lupa kaa yang buat huru hara tu laa syaitan anak beranak anwar

  5. veteran says:

    Tepat sekali kiasan Shamsul — ada syaitan dlm PR.Bukankah syaitan yg meliwat dan meratah Chinadoll? Bukankah syaitan yg “sudi bersekongkol dgn syaitan” dan menolak sesama Islam yg dibawa UMNO? Bukankah syaitan yg menentukan dosa kita,sembelihan org UMNO haram?PAS adalah parti bertuankan syaitan.Sama dgn Dapig dan PKR.

    Tak hairan.

  6. Baba says:

    Baru nak perasan ka dlm pakatan tu penuh syaitan, yg sam ketot tu pun syaitan juga.

  7. Pak Tho says:

    N ajis rela berkawan dengan syaitan dari Umno,maknanya pkr dan dap lah syaitan. Syaitan kutuk sesama syaitan. Ha…ha

  8. Rohee colnago says:

    La ada tanduk kat kepala sendiri pun tak perasan ke?
    Bukan ke setan suka menggalakkan kemaksiatan, umpat keji, fitnah dan segala macam kejahatan lagi.
    Baru hari tu anak perempuan kepada bapak setan engko mengaku melakukan fitnah.

    Setan mana lagi yang engko maksud kan. Seekor setan kata, rumahtangga huru hara sebab angkara setan. Tinggi darjat ilmu firasat nak menilik tu… Setan..setan

  9. raplahjingaa says:

    hehehe…apa lagi syamsul ?? panggil ustaz-ustaz PAS pi tangkap syaitan hantu jembalang tu semua….masukkan dalam botol kicap dan pi humban kat sungai kelang.

  10. decepticon jr. says:

    golongan ulama cerdik pandai agama di gelar setan dan pkr la ulama/ustaz pr yg urban menjadi trend masakini.

  11. memang terok says:

    Nak berangan pun agak2 lah. Asyik buat orang ketawa saja , apa feadahnya. Untuk cari pengganti MB Selangor pun tak ada calun. Ini kan pulak nak naik tahta putra jaya. Kata mereka , mereka boleh beli. Setelah membeli mereka pasti miliki team lengkap yang diperlukan.

    Shopping manusia, bukan kerja senang dan ini harus dingat. Tidak semua akan rela badan mereka dibeli.

    Agak2 lah kan. Ukur kasut dikaki sendiri, jangan jadi nafsu saja besar, tapi tenaga tak ada.

  12. ancus says:

    bila syaitan berbicara.

  13. omega says:

    Sam ketot sekarang dah naik pangkat jadi syaitan besar. jadi tak ada hal la utk spin isu

  14. bujuk says:

    Ni pulak kenyataan Zahid Hamidi…

    “Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sikap mudah terikut-ikut dan ‘bertuhankan’ kepada sesetengah pemimpin parti demi kepentingan diri sendiri tidak wajar diamalkan dalam perjuangan UMNO.”

Leave a Reply