Menu Utama

Semua Keputusan Mesyuarat EXCO Selangor Melalui Undian – EXCO DAP & PKR

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.

DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

12 Ogos 2014






10 Komen to Semua Keputusan Mesyuarat EXCO Selangor Melalui Undian – EXCO DAP & PKR

  1. dkds says:

    Pulak…

  2. kluangman says:

    Itu hak mereka nak bercakap dan buat pendirian.
    Khalid belum komen dan mungkin belum nak lucut antara mereka

  3. jackal47 says:

    sejak bila lak dia org pikir pasal rakyat? sbb selama ni mmg segalanya adalah ttng Al Juburi..Al juburi..dan Al Juburi…tapi..napa anak dia senyap yea?

  4. itsme says:

    untuk pengetahuan anwar n the gang, rakyat bkn shj sgt bosan ngan dia ttp keseluruhan parti pkr itu sendiri yg ternyata lebih sudu dr kuah malah juga boleh diibaratkan sbg sikudung mendapat cincin.. jika hr ni rakyat bertanya apakah jasa pkr n PR selama 6thn diselangor, pasti jawapannya zero. Jika ini mnjadi kayu ukur pasti rakyat Sgor tdk akan meletakkan nasib mrk dibwh PR.

  5. dkds says:

    Dah kena pecat semuanya…kah kah kah….bodoh punya pkr dan Dap…

  6. WTF says:

    Setelah menerima kenyataan media di atas, maka Khalid Ibrahim membalas dan berkata:

    “Your opinon on this subject are noted, and by the POWER vested in me as MB Selangor, you are all FIRED!!!”

    WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!

  7. reds says:

    nganggur la exco diorang skang nih…..kihkih…abis sumer kena tendang….katak sudah melompat….

  8. Pak Tho says:

    Dah macam rancangan Apprantice ,bila Donald Trump sebut ” You’re fired”. Anwar kena check mate lgi. Ha…ha..

  9. yon76er says:

    Bukan Macai@ nie saja kene Kick-Out…President@ Sepat Kering nak jumpa DYMM pon kene REJECT…………huhuhuhu…Depa ingat Negeri Selangor nie Mak Bapak dia punya kaaaaaaaaaa…..suka2 aje apa nak buat…Negeri Demokrasi BERAJA tau….

  10. omega says:

    Bodo ka apa kebenda punya kenyataan media PR nie. Hak utk pecat EXCO adalah hak MB. Dah kena pecat main letak syarat kononnya MB peralihan. Kalau nak jugak maka mereka perlu buat permohonan khas kepada DYMM untuk dipanggil Sidang DUN Khas bagi membincangkan usul mereka. Itu pun kalau DYMM perkenaan la untuk diadakan Sidang khas DUN. Kalau tak dapat jgn mimpi la boleh buat usul tak percaya kpd MB.

Leave a Reply