Menu Utama

Selangor Semakin Kucar-Kacir, Nepotisme dan Kronisme Bermaharajalela

Semalam adalah kemuncak kekecohan yang melanda negeri Selangor. Kesungguhan Anwar Ibrahim untuk membolot kuasa di dalam keluarganya, telah mendorong beberapa orang penjilat tegarnya sama ada dari dalam PKR mahupun dalam PAS untuk keluar membuat sidang media atau forum demi menunaikan kehendaknya, berakhir dengan kegawatan.

Ternyata Khalid Ibrahim yang dilihat lemah sebelum ini, tidak sebagaimana yang ditanggapi. Khalid Ibrahim sewaktu ditemuramah selepas merasmikan pembukaan jambatan ketiga di Kelang, tidak menafikan tentang surat tawaran yang diterimanya dari Setiausaha Agung PKR, meskipun pada masa yang sama, Saifuddin Nasution menyatakan bahawa surat tersebut adalah palsu.

Menariknya, di dalam surat berkenaan terkandung penyelesaian bagi Khalid Ibrahim sekiranya dia bersetuju untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor secara sukarela untuk digantikan oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim.

Biarpun andaian bahawa kontroversi dan kekecohan yang berlaku ini adalah satu lakonan dan drama semata-mata, tetapi yang pasti, kekecohan di Selangor semalam bukanlah dibuat-buat. Pendedahan beberapa pucuk surat yang kemudiannya dinafikan oleh PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution, menambahkan lagi kehangatan drama ini. Apatah lagi surat tawaran yang mempunyai unsur-unsur rasuah kepada Khalid Ibrahim jikalau Khalid bersetuju untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang, turut diiakan oleh Khalid Ibrahim dan mengulas tentang surat tersebut, Khalid menyatakan, tiada gunanya tawaran dibuat kepadanya memandangkan dia akan terus mempertahankan jawatan tersebut.

Kekecohan yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya memberi kesan yang bukan sahaja kepada rakyat Selangor, tetapi juga kepada Lembah Kelang dan seluruh Malaysia. Ini adalah kerana Selangor merupakan kawah ekonomi utama Malaysia. Dengan pelbagai masalah lain gagal diselesaikan termasuklah bekalan air terawat, kekecohan yang dicetuskan demi serakah kuasa oleh Anwar Ibrahim itu sekadar menunjukkan kepada umum betapa rakusnya seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Segala-galanya bermula dengan LANGKAH KAJANG yang dicetuskan oleh Rafizi Ramli. Perancangan asal yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai calon dan ‘pembayaran saguhati’ kepada bekas ADUN Kajang yang meletak jawatan, telah pun mencerminkan tentang langkah seterusnya.

Pada ketika itu, Khalid Ibrahim yang sedar bahawa kedudukannya terancam dengan segera merampas jawatan sebagai pengendali Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Tidak sahaja membekalkan kewangan, bahkan Khalid merupakan perancang utama yang memenangkan Wan Azizah dalam pilihanraya kecil yang membazir itu.

Kini, Khalid cuba dijadikan korban. Anwar Ibrahim seperti yang didedahkan semenjak lama dahulu, merupakan seorang yang sangat lapar dengan kuasa, mahu menjadikan Selangor sebagai harta pusaka keluarganya. Setelah gagal merampas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ditambah pula dengan kegagalan PKR untuk berkembang sebagaimana yang dirancangkannya dari awal, satu-satunya cara adalah dengan menaikkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor. Begitu juga dengan anaknya.

Dia sendiri, boleh berehat sebentar di dalam penjara sebelum isterinya menggunakan pengaruh sebagai Menteri Besar Selangor untuk membebaskannya dari penjara. Apatah lagi, Wan Azizah memang seorang pelakon air mata yang sangat bagus selain berjaya menarik simpati daripada orang ramai seperti yang pernah dibuktikannya.

Cuma masalahnya sekarang ialah, secara tiba-tiba PAS keluar sebagai ‘hero’ membela Khalid Ibrahim. Mesyuarat Majlis Syura pada 9 Syawal, memutuskan bahawa Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar konsensi Pakatan Rakyat, tidak boleh dipecat atau digulingkan selagimana bukti kesalahannya tidak ditampilkan.

Mungkin disebabkan itulah, PKR begitu kemaruk untuk mewujudkan pelbagai bukti ke atas Khalid Ibrahim dan Khalid Ibrahim pula segera membalas dengan keberaniannya meminta SPRM untuk menyiasatnya. Dan pada masa yang sama, sudah pun merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution.

Apa kesudahannya drama yang pengarahnya adalah Anwar Ibrahim ini?

Kita tunggu sama-samalah kerana biasanya drama-drama yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim, kesudahannya boleh diagak.






6 Komen to Selangor Semakin Kucar-Kacir, Nepotisme dan Kronisme Bermaharajalela

  1. Baba says:

    Drama queen ni tak habis2 berdrama

  2. AlJuburi says:

    kesudahannya??

    ia tidak akan berkesudahan walaupun selepas as sheikh anu war berahi al juburi dihantar ke penjara sungai buloh, melainkan selepas al juburi mampos dan dibuang ke laut !!!

    Nampaknya Allah memperkenankan Qunut Nazilah bulan Ramadhan yg baru lepas untuk menghancurkan angkatan ah zab pimpinan Sheikh Ketum Anu War Al Juburi

  3. semangat dato' haron says:

    UMNO Selangor haruslah proaktif mengambil kesempatan dlm keadaan du Selangor untuk kembali mengukuhkan pengaruh di Selangor. Muhasabah diri dan mula bekerja keras di akar umbi. Gerak kerja tersusun dan strategik haruslah dimulakan.

  4. Anak Selangor says:

    Dalam kekecohan & permainan kuasa di Selangor , watak2 utama adalah bukan anak selangor mahupun yg bermaustatin di Selangor (yg benar2 mahu Selangor maju & sejahtera). Watak2 menonjol sekarang ini kebanyakkannya hanya mahu kuasa & kekayaan Selangor. Sayang Selangor….

  5. kulaan says:

    Aku amat bersetuju dengan kenyataan Semangat Dato’ Haron…

  6. kulaan says:

    Tapi kena betulkan sikit Ketua Pemuda UMNO…..

Leave a Reply

Threesome