Menu Utama

Selagi Ada Pemikiran Menyokong dan Bersetuju Dengan Anwar Ibrahim, Kita BELUM LAGI MERDEKA!

Sehingga ke saat ini, Anwar Ibrahim masih gagal menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor. Walaupun dia cuba bermain alasan cliche kononnya, isterinya mempunyai keupayaan dan pengalaman, tetapi penyanggahan terhadap hujah-hujahnya itu membungkamkan mulut Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun yang mencermati kemelut di Selangor akan tertanya-tanya apakah permainan sebenar Anwar Ibrahim yang berkeras mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor, sehinggakan tidak seorang pun ADUN PKR apatah lagi PAS, mempunyai kelayakan untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Lebih menarik lagi ialah, kesungguhan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP untuk mempertikaikan pula kuasa DYMM Sultan Selangor sehinggakan sudah ada konco-konco Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang mengatakan DYMM Sultan Selangor tidak mempunyai sebarang peranan dan kuasa kerana yang berkuasa adalah Dewan Undangan Negeri serta parti-parti politik.

Hujah mereka, Raja Berperlembagaan bermaksud raja-raja hanyalah rubber stamp manakala kuasa pula adalah parti-parti politik kerana parti-parti politik bermaksud rakyat.

Dalam bahasa yang lebih mudah, mereka mahu menyatakan bahawa Institusi Raja-Raja sudah tidak diperlukan lagi dan wajar digantikan dengan sistem Republik yang membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Presiden pertama Malaysia bersandarkan kepada JUMLAH UNDI POPULAR yang diperolehi pada PRU-13 lalu.

Kemelut kepimpinan di Selangor hanyalah sebahagian daripada drama 16 September yang tergendala pada tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim gagal memperolehi sokongan atau Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mahu lompat parti sebagaimana yang didakwanya. Ada juga yang berkata, memang tidak wujud isu lompat parti kerana sebenarnya Anwar Ibrahim hanya berpolemik semata-mata untuk mewujudkan kekacauan dan kekeliruan setelah mangsa liwatnya membuat laporan polis.

Dengan kata lain, Anwar Ibrahim cuba menutup malu bagi membolehkan sejarah hitam amalan homoseksualnya tidak tercatat dalam sejarah untuk ditatap oleh anak cucunya pada kemudian hari.

September 2014 juga nampaknya perkara yang sama juga berlaku. Menjelang kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang sehingga kini tidak menyebelahi Anwar Ibrahim, drama sepertimana yang berlaku pada September 1998 dan September 2008 perlu diulang-ulang.

Kerana itulah, Anwar Ibrahim berkeras untuk Wan Azizah, isterinya sendiri dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar Ibrahim hanya menunggu dan mencari alasan untuk meneruskan apa yang dilakukanya pada September 1998. Dan kalau perlu melakukan pemberontakan mahupun peperangan bersenjata itu jugalah yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Malangnya, beberapa percubaan sebelum ini telah digagalkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Cuma satu sahaja yang kelihatan berjaya bagi setiap usaha Anwar Ibrahim iaitu memecah belahkan perpaduan kaum.

Dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng serta konco-konco mereka mempropagandakan isu-isu berkenaan walaupun merekalah yang menjadi pencetus dan perintis kepada masalah berkenaan. Dengan mempertikaikan segala-galanya dan kemudian meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim dan DAP dilihat sangat berjaya memecah belahkan dan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat Malaysia.

Ditambah pula dengan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, menjadikan pelbagai masalah sedia ada, tidak terusik bahkan semakin menjadi-jadi.

Bukan tidak ada yang memerhati dan bukan tidak ada yang dapat berfikir, namun jmlah yang terlalu kecil berbanding mereka yang lebih banyak menggunakan emosi dan cenderung kepada konsep anti-establishment kononnya mereka lebih bijak dan tidak mahu dilihat bodoh, membuatkan perkara semudah pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan rangka perancangan Anwar Ibrahim untuk membersihkan catatan sejarah hitamnya daripada ditatapi oleh anak cucunya, sukar diperhalusi.

Di sebalik laungan MERDEKA, sebenarnya sebahagian besar rakyat Malaysia terjajah dek kebebalan, kebodohan dan kejeleken cara fikir.

Barangkali kerana Malaysia terlalu makmur dan rakyat Malaysia hidup cara mudah, membuatkan mereka gagal sama sekali berfikir dan bertindak secara bijak.

Merdeka sangatkah kita?

 






8 Komen to Selagi Ada Pemikiran Menyokong dan Bersetuju Dengan Anwar Ibrahim, Kita BELUM LAGI MERDEKA!

  1. memang terok says:

    Pengkhianat dan penjarah tetap terus wujud sebagaimana wujudnya penjenayah. Ditangkap dan dihukum seorang, yang lain akan muncul meneruskan aktibiti. Ini kerana penjenayah hanya akan lihat cara jenayah saja yang membolihkan dia mendapat sesuutu. Cara lain tak ada baginya. Sekurang2nya untuk jangka masa waktu yang tertentu dimana fikirannya hitam, mindanya tertutup dan hatinya tidak terbuka untuk menimbang perkara yang baik dan elok buat mendapatkan sesuatu.

    Terpenjaranya AnwarIbrahim nanti akan muncul lagi yang lain dengan modus operandi yang mungkin berbeza tetapi goal/matlamatnya sama.

    Untuk itu apa yang negara perlu buat. Kemaskan penguatkuasaan, tegas dan jangan ada sedikit ruang tolak ansur pun diberi kepada mereka ….. Untuk apa. Untuk memastikan keamanan, kesejahteraan berpenjangan dinikmati rakyat, kerana negara adalah rakyat.

    Dimana ISA, dimana OSA . Hidupkan semua ini semula dan kita lihat samaada masih bolih bergerak kah mereka ini lagi. Yang mana sudah tidor atau bercuti sekian lama,.. bangun dan bergerak dari sekarang.

    AnwarIbrahim memang dilahir sebagai pengkhianat. Kita tak boleh ubah dia. Sebaliknya kita jugak tak bolih buruk sangka tentang kejadian ini kerana AnwarIbrahim jugak makhlok Allah saperti kita, dijadikan oleh kuasa Agong yang sama. Namun, kita bolih singkirkan dia dengan cara tidak mengikhtirafkan dia. Memuja, memuji seolah ngeri dan takut pada setan dan iblis akan hanya menmbuatkan makhlok ini jadi bertambah besar dan rasa berkuasa. Demikian juga AnwarIbrahim

  2. kancil says:

    Makin hari makin jelas ketidakseimbangan antara pembangunan negara dgn pembangunan insan. Mungkin TS Prof. Syed Naguib betul, ketika hampir 30 tahun lalu mencadangkan supaya kita beralih daripada konsep pembangunan negara kepada pembangunan yang berpaksikan pembangunan manusia. Pembangunan manusia lebih mendasar berbanding pembangunan negara. Elok jangan terlalu percaya pembangunan negara akan menghadiahkan sebuah kekuatan dalam menguruskan manusianya. Apa yang ada didepan mata telah membuktikannya. Kini kita ramai orang pandai tapi tak nampak pandai, mengaji tinggi tapi pemikiran tak pula tinggi. Semakin merebak pula orang yg nampak baik-baik, berada di tempat yg baik-baik, berjawatan baik-baik, bergelar baik-baik tapi buat perangai hodoh-hodoh. Para pemimpin pendidikan, ahli sosiologi, budayawan perlu rumuskan sesuatu yg lebih kukuh asasnya, bijaksana dan bertahap intelektual tinggi yang boleh diterapkan dalam pelbagai sektor pembangunan insan. Jika tidak kita akan terus menyaksikan drama bertemakan kisah mudahnya para orportunis memanipulasi rakyat atau mudahnya rakyat merelakan diri mereka dimanipulasi. Kembalikan kebijaksanaan…..

  3. Uturn says:

    Sokong anwar ni umpama sokong penjajahan

  4. rafrash says:

    Moga ramai lagi rakyat malaysia berfikiran seperti Hero Tua.

  5. semangat dato' haron says:

    Say NO!!! to KJ. Anwar Ibrahim in the making

  6. dagang says:

    Andai kita menjengok kembali ke tahun2 60an dan awal 70an, masa dimana keperluan asas seharian penduduk cukup zaif sekali. Setiap kelompok penduduk menyuarakan kepada kerajaan untuk sebuah pembangunan menaik taraf pembelajaran dan keperluan penduduk, makanan, air bersih, elektrik, tv, dan jalan raya. Kesengsaraan dirasai penduduk amat memeritkan dan pembangunan material amat2 diperlukan.

    Demikianlah anjakan paradigma semasa itu dengan rakyat berdiri teguh dibelakang kerajaan bangun merubah sosio ekonomi dari sebuah Negara pengeluar bahan mentah kepada gabungan pertanian dan perindustrian. Peluang pekerjaan berpendapatan sederhana tinggi berkembang pesat . Era baru dan canggih berkembang pesat, pertanian berteknologi tinggi, jalan2 berselerak, barang keperluan harian berlambak dipasaran, kemudahan pasarana mencukupi dan pusat2 pengajian tinggi tumbuh pesat dalam Negara.

    Namun ini semua pada awalnya memang disyukuri rakyat yang rata2nya melalui zaman jerih perih , zaman berjuang membangun ekonomi Negara dan zaman mengecapi hasil kemajuan diperolihi.

    Masa berlalu dan generasi pelapis yang lahir ketika guni beras tidak pernah kekosongan merasakan hidup mereka masih perlukan lebih banyak keseronokan untuk ‘enjoy’. Dengan bermatalamatkan wang maka algojo2 mula menyerang Negara, merasuah, mengedar dadah, pusat2 perjudian dan macam2 lagi aktiviti pemuas nafsu serakah. Rakyat termagu2 dengan penyerangan ini dan anak2 muda mula terpesong jauh hanyut dalam budaya baru yang nyata sekali merosakkan akidah dan masa depan mereka.

    Dan kesan dari fonomena ini juga membuka jalan untuk anasir subversive bangun semula dengan topeng2 pejuang politik bersih Negara lalu bangun memfitnah, merosakkan identity bangsa Melayu selaku peribumi dan mengajak rakyat berrefomasi meruntuhkan kerajaan sediaada yang telah mereka cemarkan dan runtuhkan keagungannya.

    Kini hanya kesedaran rakyat sahaja untuk kembali kepada memertabatkan hak2 peribumi sapertimana asas perjuangan asal dahulu. Kata2 penindasan dan kata2 tidak adil dan saksama itu sebenarnya menggambarkan mereka (subversive ini) dibendung dari membolot seluruh kuasa ekonomi dan kuasa memerintak Negara dengan menjadikan penduduk peribumi sebagai rakyat kelas ketiga.

  7. sireh ke gagang says:

    Hujah mereka, Raja Berperlembagaan bermaksud raja-raja hanyalah rubber stamp manakala kuasa pula adalah parti-parti politik kerana parti-parti politik bermaksud rakyat. – hahaha.. celaka betul kenyataan ini .

    untuk macai pakatan , ini maksud sebenar Raja berpelembagaan itu ( Constitutional Monarchy)

    Constitutional monarchy is a form of democratic government in which a monarch acts as a non-party political head of state within the boundaries of a constitution, whether written or unwritten. While the monarch may hold formal reserve powers and government may officially take place in the monarch’s name, they do not set public policy or choose political leaders. Political scientist Vernon Bogdanor, paraphrasing Thomas Macaulay, has defined a constitutional monarch as “a sovereign who reigns but does not rule.”

Leave a Reply