Menu Utama

Sekali Lagi Anwar Ibrahim Berjaya Buktikan, Dia Memang Pakar Alih Isu

Ketika semua pandangan tertumpu isu Menteri Besar Selangor, ada beberapa perkara lain yang turut berlaku dan ia sebenarnya jauh lebih besar berbanding Khalid Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin Ali. Isu Menteri Besar Selangor telah sengaja dicipta untuk mengalihkan tumpuan daripada perancangan sebenar Anwar Ibrahim.

Dengan kata lain, semua orang tertipu dengan lakonan mantap kesemua mereka yang terlibat dalam drama di Selangor.

Pakatan Rakyat menguasai dua pertiga jumlah kerusi DUN di Selangor. Dengan kata lain, walau apa pun yang berlaku, tiada apa-apa yang berubah pun. Kalau dikatakan Pakatan Rakyat, maka ketua dan jalan ceritanya adalah mengikut Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Namun berbanding UMNO dan Barisan Nasional, yang paling teruk terkena adalah PAS.

Mengapa PAS yang terkena getah ulah Anwar Ibrahim?

Umum sedia maklum, struktur PAS yang paling utama adalah Dewan Ulama dan Majlis Syura. PAS seringkali bermegah-megah dengan kewujudan kedua-dua entiti tersebut. Kononnya entiti-entiti tersebutlah yang membezakan PAS dengan UMNO di mana PAS kelihatan jauh lebih Islam apabila meniru bulat-bulat hierarki dan kewujudan entiti-entiti di dalam organisasi daripada Syiah Ithnasya’ariyyah yang berjaya memerintah Iran dan membentuk Republik Islam Rakyat Iran.

Cuma sedikit perubahan dibuat agar elemen Syiah tidak terlalu ketara namun teras utama Syiah ialah beriman kepada kepimpinan dan pemimpin, kini telah menjadi darah daging para pengikut PAS sehinggakan sebahagian besar daripada mereka percaya, untuk masuk syurga, negara atau wilayah harus dipimpin oleh pemimpin yang mengikut spesifikasi dan standard yang mereka tetapkan.

Perlu juga kita ingat, pemilihan PAS sepatutnya berlangsung pada tahun hadapan. Penggal Mat Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad dan golongan yang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan profesional dalam PAS, kian berakhir. Sebahagian besar daripada mereka telah menimbulkan kejengkelan kepada para pengikut dan penyokong PAS sendiri.

Dan biarpun ahli-ahli kumpulan ini atau lebih dikenali di kalangan orang PAS sebagai parasit seringkali mendapat tumpuan lensa kamera mahupun mikrofon media, di kalangan ahli-ahli marhein mereka tidak popular. Kebanyakan ahli PAS melihat, golongan ini sedang memusnahkan PAS. 17 Ogos merupakan tarikh yang menyaksikan segala pendaman perasaan ahli-ahli marhein PAS menjadi kenyataan. Kumpulan tersebut telah berjaya menjadikan PAS sebagai tukang angguk kepada DAP dan PKR. Walau apa pun yang dikatakan kepada Presiden dan Mursyidul Am PAS berhubung insiden 17 Ogos, yang pasti dengan lebih 27 orang parasit di dalam Jawatankuasa PAS Pusat menyebabkan Majlis Syura, Dewan Ulama, Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Mursyidul Am PAS seperti jeneral kehilangan seluruh anggota batalionnya.

Pakatan Rakyat hanya boleh berjaya jikalau PAS berada bersama-sama. Tanpa PAS, PKR dan DAP akan kembali kepada asal. DAP mungkin boleh mengekalkan kedudukan serta penguasaan mereka sekarang tetapi PKR bakal berhadapan dengan kepupusan dan kehilangan pengaruh yang amat kuat. Apatah lagi PKR hanya bergantung sepenuhnya kepada pelbagai cerita sensasi dalam kaedah ‘hit-and-run’.

Dengan masalah pemilihan yang masih membelenggu PKR selain rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa serta terdedah kepada orang ramai dan ketiadaan hala tuju, membuatkan Anwar Ibrahim dan konco-konconya memikirkan kaedah yang lebih baik untu mengalihkan perhatian bagi mengelakkan kelemahan dan kepincangan PKR.

Disebabkan itulah, pelbagai drama berlangsung.

Walau apa pun teori yang wujud untuk drama-drama ini, yang pasti, titik pertemuannya adalah untuk memperteguhkan kuasa serta kedudukan Anwar Ibrahim. Menggabungkan, menguasai dan seterusnya menjadikan macai setia adalah kaedah yang digunapakai oleh Anwar Ibrahim semenjakdia masih berada di dalam UMNO dan Baisan Nasional.

Kemenangan mutlak bagi Anwar Ibrahim ialah apabila permainannya dituruti dan diikuti memandangkan sebagai seorang yang tiada apa-apa, Anwar perlu membuktikan yang dia adalah seorang yang istimewa, sebagaimana gelaran ‘ANUGERAH TUHAN’ yang diberikan oleh isterinya.

Drama demi drama yang dilakonkan oleh Anwar Ibrahim sentiasa bersahut dan bersambut. Walaupun sudah ramai yang sedar, semua itu hanyalah cubaan untuk mendapatkan perhatian, namun umpanan yang dibuat oleh Anwar dimakan dengan penuh berselera.

Justeru, tidak keterlaluanlah kalau kita nyatakan dan iktiraf Anwar Ibrahim sebagai JUARA MENGALIHKAN ISU!






3 Komen to Sekali Lagi Anwar Ibrahim Berjaya Buktikan, Dia Memang Pakar Alih Isu

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Sekali Lagi Anwar Ibrahim Berjaya Buktikan, Dia Memang Pakar Alih… […]

  2. Baba says:

    Anwar kan anugerah tuhan mcm jijah cakap tu, dia boleh buat apa saja…..kalau dia kata hitam itu putih, macai dia termasuk anak bini dia mesti percaya punya

  3. alimedanbaru says:

    APA PUN TUHAN BERKATI KERANA NIAT
    NIAT utama Pas adalah UNTUK MERUNTUHKAN UMNO
    maka dengan sebab itu sampai kiamat pun Pas tak akan berjaya
    sebaliknya UMNO berniat mahu mempertabatkan Islam dan meninggikan bangsa dengan saluran politik dan menawarkan Pas berpadu untuk sama-sama berjuang
    lalu ALLAH pilih niat murni UMNO tersebut.
    PAS berniat bila dia bergabung dengan DAP dan PKR dia rasa boleh tumbangkan UMNO
    dan Pas tahu dengan gabungan itu ..ISLAM sukar dimartabatkan dan tidak akan disokong oleh DAP dan PKR
    maka jelas niat Pas bukan kerana ALLAH tetapi kerana UMNO yg mesti ditumpaskan
    sesungguhnya Pas hanya boleh mempertabatkan ISLAM dengan bergabong dengan UMNO
    perjuangan Islam UMNO jelas manakala
    DAP hitam gelab dan PKR kabur jihad Islamnya
    Pas pilih yg hitam gelab dan kabur
    maka sebab itu Pas bercelaru, lintang pukang dan Majlis Syura jadi bubur lambuk dan bubur asyura untuk dihirup oleh puak anwar saja dalam Pas..
    masih tak sedar ke kau bujuk, moo n the gang?

Leave a Reply

Threesome