Menu Utama

Sedarlah Anwar dan Azizah, Hormatlah Tuanku Sultan

Oleh Nur Azlina Shaari

Sumber terapat dengan istana telah memaklumkan hari ini bahawasanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan Menteri Besar Selangor yang akan menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim perlulah menjadi MB yang berjiwa rakyat serta memahami keperluan kehidupan yang diperlukan rakyat.

Ini kerana, dengan adanya sikap seperti itu akan memudahkan proses pentadbiran kerajaan negeri serta dapat mengelakkan masalah yang melibatkan rakyat sekiranya berlaku di masa hadapan.

thestar-tuankuMalah, menjadi seorang MB Selangor perlu mempunyai daya pemikiran yang bagus dalam perancangan agar mampu menaikkan kerajaan negeri itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain dari nilai ini yang diperlukan untuk menjadi MB Selangor, Sultan Selangor juga mahukan MB Selangor yang bakal dipilih nanti bukanlah individu yang dikawal oleh orang lain atau menjadi boneka untuk merealisasikan matlamat parti atau pihak-pihak tertentu.

Justeru itu, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor ini, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah patut sedar ia bukanlah omongan kosong semata-mata dan tidak harus dipandang remeh.

Ini adalah kata-kata yang boleh dikatakan kenyataan yang amat serius dikeluarkan oleh Sultan Selangor memandangkan krisis MB Selangor tidak pernah surut dengan adanya kontroversi yang dicipta sendiri oleh Anwar hinggakan pihak istana terpaksa campur tangan.

Siapa yang tidak tahu, Wan Azizah sejak dahulu lagi sememangnya menjadi boneka kepada suaminya sendiri untuk mengatur langkah dalam mencapai matlamat buat parti pembangkang lebih-lebih lagi suaminyas.

Namun, biar pun tahu dirinya hanyalah boneka dan bertindak untuk partinya dengan mengikut telunjuk Anwar, Wan Azizah dengan rela dirinya diperlakukan seperti itu asalkan suaminya tetap dipandang dengan penuh rasa hormat oleh pelbagai pihak.

Selain itu, dalam terlalu rakus untuk menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor dan mahu meletakkan Wan Azizah sebagai pengganti, tindakan itu sebenarnya telah memperlihatkan Wan Azizah tidak mempunyai ciri pemimpin yang berjiwa rakyat.

Kerana, dengan merelakan dirinya diangkat menjadi boneka sekali lagi oleh suaminya, ia samalah dengan tindakan memperjudikan nasib kehidupan rakyat negeri Selangor hanya mahukan memenuhi matlamat kepentingan parti PKR dan DAP yang nyatanya keputusan mencalonkan nama Wan Azizah sahaja tidak dipersetujui oleh parti PAS.

Untuk itu, dua insan ini perlu sedar, kenyataan Sultan Selangor itu sudah banyak memberikan petanda awal di mana sekiranya benar keputusan MB Selangor yang baru berpihak kepada Wan Azizah, ini akan mewujudkan situasi tegang antara pemimpin kerajaan negeri Selangor yang baru dengan pihak istana memandangkan Sultan Selangor juga mahukan MB Selangor mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana.






9 Komen to Sedarlah Anwar dan Azizah, Hormatlah Tuanku Sultan

  1. memang terok says:

    Kita tahu dimana2 negeri pun MB kerja hand to hand dengan sultan. Tak ada MB yang dilantik tanpa restu sultan atau bila sultan tidak suka calun yang dinamakan tidak boleh jadi MB. Kita masih ingat Dato’ Rahim Bakar (arwah) yang bertahan tak sampai sepenggal selepas dilantik MB kerana tidak sesuai bekerja sengan sultan Pahang.

    Bagi Anwar itu semua tidak penting kerena agenda Anwar terlalu besar. Dia perlu bini dia berada diatas jika tidak PKR akan terkubur begitu saja selepas ketiadaan dia diluar nanti. Madu dia bukan orang harapannya lagi kerana madunya kerap menunjukkan sifat derhaka atau lawan tokeh. Hayat PKR terlalu penting baginya untuk memastikan kesinambongan bini dan anak dia.Mereka ini bakal hilang nafas selepas PKR dibatu nisankan.

    Anwar memang jenis muka tak malu, ayam tak patok, itek tak sudu. Ini semua tak ada dalam diari hidup Anwar. Mutakhir kita tengok lepas sorang, sorang pahlawan dia kena dakwa. Dia sendiri naik pening kepala. Babi kita itu semua perkembangan yang baik.

  2. memang terok says:

    Bagi kita…. bukan baxx kita. Opps

  3. azmir says:

    Apakah seperti ini kualiti seorang bakal MB yang kita mahukan??

  4. Mat Sebu says:

    Pengkalan Kubor, pengkalan mengkuburkan PKR

  5. Mat Sebu says:

    PKR akan dikuburkan oleh PAS krn PAS akan bertanding di Pengkalan Kubor dan akur menerima lantikan jadi MB Selangor

  6. anonymous says:

    PAS kuburkan PKR?

    Calon MB Selangor pun PAS kononnya nak bagi nama orang PKR, kuburkan apa bendanya?

  7. lokman hakim says:

    selayaknya wan azizah dan anuar tu pencen la… dah tua pun… angan2 nk jadi PM tak kesampaian …. tua dah … bagi la pak khalid tu jadi MB … atau susah susah sangat kawin je pak khalid tu dgn anak hangpa … baru lah bagueh jadi kan MB besar dan kuasa politik anak beranak jadi pemerintah

  8. lokman hakim says:

    anuar dah tua… wan azizah pun dah tua… mcm mana wan azizah nak jadi MB… cakap pun tak betoi… lemah semangat… semangat yg ada tak layak dah monopaus nk jadi MB tak boleh tak boleh Tuanku sultan tak setuju.. biar lah baik burok pun anak jadi selangor yang jadi MB…. bodoh klu org luar jadi MB…. angan angan nk jadi PM tak kesampaian .. ligan pulak kerusi MB … aduhai kesian noo

Leave a Reply

Threesome