Menu Utama

Sanggup Hilang Selangor Kerana Bini Tak Dapat Jadi MB

IMG-20140827-WA0000

AGAK tak masuk akal Pakatan tak boleh beri lebih dari satu nama kepada DYMM Sultan Selangor untuk baginda pertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim yang meletakkan jawatan.

Ini setelah Pakatan Rakyat yang sekarang hanya terdiri dari PKR dan DAP malam semalam umum bahawa mereka berkeras mahu calonkan satu nama dan satu nama saja – Azizah aka bini Anwar.

Anehnya, kalau Pakatan kurang ADUN tu tak mengapalah juga, masalahnya, tolak Khalid, ada 43 nama yang boleh disenarai pendek untuk diserahkan kepada DYMM Sultan seperti mana yang dititahkan kelmarin.

Justeru, majoriti rakyat Selangor keliru, apa yang susah sangat Pakatan nak bagi 3 atau lebih nama kepada DYMM Sultan sebab selama ini rakyat Selangor disogokkan dengan dakwaan bahawa Pakatan ini mengutamakan kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi.

Tapi bila masih nak asak satu nama itu juga untuk Sultan Selangor pertimbangkan, mana ada lagi dah kepentingan rakyat, nampak sangat kepentingan peribadi mengatasi yang lain.

Soal dulu (2013) Sultan minta 4 nama tapi Pakatan bagi satu nama (Khalid Ibrahim) dan masih dapat perkenan, itu cerita lain.  Sebagai yang berkuasa melantik, terpulang kepada baginda nak memperkenan atau tidak nama yang diserahkan walaupun tak sebanyak yang dititahkan.

Lagipun pada waktu itu Pakatan tak macam sekarang – berpecah belah.  Kesemua 44 ADUN Pakatan solid menyokong Khalid, tak macam sekarang bila 13 ADUN PAS enggan mengakui Azizah sebagai bakal Menteri Besar.

Jadi baginda Sultan Selangor bertindak betul dalam hal ini, Pakatan sahaja yang sengaja cari masalah untuk entah apa agenda tidak baik yang nak mereka lakukan.

Maka itu rakyat Selangor boleh berkira-kira nak memangkah sekali lagi (dalam tempoh kurang 2 tahun) sebab penulis rasa krisis ini akan berterusan, bukan kerana Sultan, tapi sebab Anwar tak mahu beralah bila kepentingan peribadinya tidak dilayan.

Orang Kajang lagi best, dakwat hari tu pun masih ada kesan, dah nak kena celup lagi.  Semuanya sebab Anwar satu orang punya gila, rakyat yang susah mengundi banyak-banyak kali.






10 Komen to Sanggup Hilang Selangor Kerana Bini Tak Dapat Jadi MB

  1. raplahjingaa says:

    Anwar dengan segala kerakusan nak jadi PM, dah jadi tak tentu arah, aku pun hairan apasal lah dia nak kan sangat bini dia jadi MB selangor, dan aku jugak pura-pura hairan apasal DAP lebih kuah dari nasi sokong pencalunan kak jijah. A

  2. dkds says:

    Memang betullah…pakatan syaitan ni menyusahkan rakyat

  3. alimedanbaru says:

    kalau wan azizah jadi mb selangor
    akan terjadilah tragedi
    seorang mb akan mengatasi sultan dan kuasa sultan
    anwar dan dap mempertaruhkan wan azizah untuk strategi jangka panjang
    untuk meruntuhkan kesultanan melayu
    bermula dgn mencabar sultan supaya melantik juga bini di sebagai mb
    selepas dilantik
    wan azizah akan gunakan peruntukkan yg ada supaya sultan kena setuju semua yg diputusan oleh kabinetnya untuk meratah negeri selangor!
    kita jangan lupa misi dan vissi pembangkang
    seperti yg telah didedahkan sebelum ini
    selangor adalah satu-satunya peluang yg tinggal
    untuk mereka menjadikan tabung uji untuk next action!

  4. Pak Tho says:

    Dia nak terajui BALKIS.

  5. an says:

    tunggu anuar masuk jel dulu baru buat pilihanraya…

  6. itsme says:

    maka benarlah telahan ramai… bukanlah tski jadi isunya, wan azizah lah isu nya skrg.. kalau tski tak credible utk pimpin sgor maka boleh shj pr calonkan sesiapa yg terlebih layak dr tski dan dah tentu bkn wan azizah sorg yg ada dlm pr yg mampu jadi mb.. alasan ini shj sudah memadai utk rakyat sgor mengatakan akan adanya rompakan besar2an jika wan azizah naik mb.. malahan kerosakkam lebih besar pasti akan berlaku. secara sedar dan tidak anwar cuba utk mengatakan semua ahli pkr adalah tdk layak dan tdk sesempurna bini dia.. senang cakap yg lain termasuk rafizi, azmin, iskandar, dll itu semua banggang belaka.. anwar juga seakan mengatakan yg lain itu adalah “plastik” tdk spt bini dia, kristal.

    apa buta ke org2 pkr ni????!! biar buta mata bang jgn buta hati dan perasaan, sekalipun anwar itu idola kamu namun dia juga manusia spt kamu dan yg lbhnya dia cuma, lidah bercabang, liwat kuat, sombong dan pelbagai lagi. jgn lah dok ikut buta woiii..

  7. Akulaz says:

    Selangor mempunyai kewangan yang besar dan PKR harapkan ini utk survive. Kalau diadakan PRN, PKR tidak berupaya kerana urusan kewangan masih dipegang oleh TSKI dan mereka tidak dapat gunakan jentera Kerajaan Negeri utk berkempen. nak harap bantuan PAS dan DAP, mereka hanya akan beri keutamaan pada calon mereka sahaja. Ingat PAS ada Kelantan dan DAP ada Penang. PKR ada apa?

  8. yon76er says:

    PKR hanya ada SiJub & Sepat Kering dan Penyokong yg Tarak Otak…

  9. Jambol says:

    Walau apapun yang kita cakap, Cina Selangor akan tetap mengundi DAP dan rakan-rakan sebantalnya. Mereka ini sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga walaupun berlakunya nepotisma yang dipraktikkan di hadapan mata mereka, kenaikan cukai berganda-ganda, dan kemerosotan perkhidmatan majlis tempatan.

    Tidakkah rakyat Selangor bertanya kepada diri mereka sendiri yang mereka ini sedang diperalatkan untuk kepentingan peribadi Anuar ?

Leave a Reply

Threesome