Menu Utama

Sama Ada Pakatan Rakyat Memang Betul-Betul BAHLOL Atau Sengaja Nak Tunjuk Derhaka!

PAS menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad telah menyatakan bahawa PAS Pusat membuat keputusan untuk menamakan tiga orang ADUN dari PKR untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR pula hanya menamakan Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal untuk jawatan yang telah menimbulkan keributan di seluruh negara.

Istana Selangor telah mengeluarkan sepucuk surat yang memaklumkan bahawa Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) perlu menghantar lebih dari dua nama setiap parti. Dengan kata lain, jumlah paling mininum nama calon yang perlu dihantar adalah enam. Walau bagaimanapun, memandangkan DAP keseluruhan ADUN adalah Cina dan India serta bukan beragama Islam, secara automatik tidak layak untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

PKR dan DAP selagi boleh cuba menarik dan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dalam isu ini. Tuduhan demi tuduhan dilempar, kononnya UMNO menjadi dalang kepada kemelut yang melanda walaupun semua orang tahu bahawa yang sibuk nak menukar Menteri Besar Selangor dan menaikkan dirinya sendiri adalah Anwar Ibrahim. Kepala konspirator pula adalah Rafizi Ramli dengan dibantu oleh Saifuddin Nasution.

Paling menarik ialah, DAP yang dibarisi oleh peguam-peguam ‘hebat’ cuba menjadikan isu perebutan jawatan di Selangor sama seperti apa yang berlaku di Perak pada Februari 2009 apabila Pakatan Rakyat kehilangan Kerajaan Negeri Perak apabila tiga orang ADUN mereka melompat menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Masalahnya di Selangor ialah, tiada sesiapa pun yang melompat menyertai mana-mana parti. Kemelut tercetus apabila Anwar Ibrahim yang sangat kepingin menjadi Perdana Menteri, melihat hukuman penjara 5 tahun sebagai penamat kepada kerjaya politiknya. Anwar Ibrahim sendiri yang memecah belahkan PKR sama seperti yang dilakukannya pada penghujung 2008 menerusi LANGKAH BEHRANG yang menyaksikan penguasaan DAP ke atas negeri Perak berakhir secara tragis sehingga membuatkan Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak dari PAS terus sakit otak sehingga ke hari ini.

PRK DUN Kajang adalah kemuncak daripada kegilaan Anwar Ibrahim. Memandangkan dia tidak layak, dia melantik isterinya sendiri sebagai calon. Dan mujurlah kerana Barisan Nasional tidak bersedia dan bersikap sambil lewa di Kajang, Wan Azizah menang sekalipun majoriti kemenangannya menurun secara drastik.

Sudah dua kali nama Wan Azizah ditolak oleh Istana Selangor. Sehinggakan DYMM Sultan Selangor mengeluarkan titah bahawa Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar Selangor yang bersifat remote control.

Dengan kata lain, bagi orang yang mudah faham dan berfikiran jelas, amat memahami bahawa Wan Azizah bukanlah calon yang dikehendaki oleh Istana Selangor.

Menariknya, DAP sudah mula memberikan amaran kepada DYMM Sultan Selangor agar akur sahaja dengan tuntutan mereka. DAP cuba menjadikan DYMM Sultan Selangor sebagai individu yang tidak mempunyai sebarang kuasa di negeri baginda sendiri. Peguam-peguam pro-Pakatan turut memainkan peranan yang sama. Istana Selangor diserang dan tentera-tentera mereka di alam maya, telah melancarkan serangan paling biadap, kurang ajar dan berlagak tolol terhadap Perlembagaan Negeri Selangor yang jelas menyatakan kuasa DYMM Sultan Selangor dalam hal memilih Menteri Besar Selangor.

Perangai biadap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor amat jelas dan amat terang. Sama ada mereka benar-benar bahlol sehingga tidak memahami bahasa yang digunakan oleh DYMM Sultan Selangor, atau barangkali mereka sengaja hendak menunjuk keras kepala kononnya sebagai parti politik, mereka mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan mengatasi segala undang-undang di Selangor mahupun di Malaysia.






7 Komen to Sama Ada Pakatan Rakyat Memang Betul-Betul BAHLOL Atau Sengaja Nak Tunjuk Derhaka!

  1. Uturn says:

    Saja nak tunjuk keras kepala saja

  2. semangat dato' haron says:

    Melayu kena kuat ekonomi sekaligus politik juga bertambah kuat. Kerajaan harus terus melipat gandakan usaha melahirkan usahawan melayu. Dh tiba masanya melayu kembali di persada dunia dan bkn hanya mengharapkan cina membangunkan negara ini.

  3. Syed says:

    Berwaspada lah wahai kaum & saudara ku melayu & Islam …. terhadap tindak tanduk biadap pendatang …. juga si kitol alaf moden …. sejarah mungkin berulang ….. rapat lah barisan umno – pas …. kita tiada pilihan …. bersatulah demi negara, agama dan bangsa … agar menempuh kecermelangan masa hadapan….

  4. alyabu says:

    Tak payah Syuro tak payah penasihat diraja…..pelajar undang2 tahun 1 pun tahu utk menyelesaikan masaalah perlantikan MB Selangor ..Sultan sebagai ‘above politic’ seharusmya bersetuju cadangan parti yg mempunyai majoriti melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor yg baru…utk membuktikan bahawa Sultan tidak memihak dan mengikut perlembagaan Undang2 Tubuh negeri Selangor..

    Masaalahnya terdapat penasihat2 Sultan yg mempunyai kepentingan peribadi yg mahukan baginda mencampuri urusan politik negeri dimana rakyat telah nampak bahawa baginda telah memihak..dan tidak suka kepada PKR/Datin Seri Wan Azizah/Dato’ Seri Anwar Ibrahim..

    Peranan Penasihat2 Raja atau Rasputin mcm inilah yg sejarah telah membuktikan banyak kerajaan telah runtuh dan masuk Museum..yg terakhir sekali sekali ialah Kerajaan Beraja Nepal kerana Raja Nepal mencampuri politik dan memihak atas nasihat haramjadah2 ni akhirnya Raja Nepal pun masuk museum..

    Samada MB itu diremote control, boneka, mesti anak Selangor, kuda tunggangan adalah merupakan ANDAIAN atau HEARSAY semata2 dan ianya tidak terdapat dalam perlembagaan Undang2 Tubuh Negeri Selangor….dan tak guna ada parti politik kalau tak ikut perlembagaan..

  5. memang terok says:

    Biarkan mereka dengan kerbahalulan mereka. Sultan pastinya dikelilingan pembantu dan penasihat yang hafal perlembagaan dan undang2. Sultan pasti kenal orang itu siapa, yang ini apa.

    Masakan baginda sultan tidak tahu istilah puppet, patong , wayang kulit dan dalang. Memilih MB bukan saperti mimilih tukang cuci yang kerjanya mop lantai dan dinding. Hari ini dilantik esok ditukar tugas menebas rumput pulak.

  6. PakLong says:

    Heheheha! Memang betul pelajar undang2 tahun 1 pun tahun untuk menyelesaikan masalah perlantikan MB Selangor. Akan tetapi pelajar Tingkatan 1 pun sangat arif dan faham kenapa DSAI desak ADUN berketurunan Cina tu letak jawatan, suruh Wan Azizah masuk bertanding dan menang, suruh TSKI letak jawatan tetapi TSKI enggan mengikut telunjuk DSAI, kemudian dipecatnya TSKI dari PKR, dan mengeluarkan kenyataan akbar bahawa bini dia sorang je pilihan untuk jawatan MD Selangor. Rakyat Selangor bukanlah begitu bodoh ke mau diperkotak katikkan oleh mantan dan bakal banduan Penjara Sungai Buloh.

  7. yon76er says:

    Alyabu…..namapon dah mcm Nama PONDAN (aly + Abu)…..bdk darjah 1 bolih selesaikan..hahahahaa…jadi SiNuar@Sepat Kering or PR standard mereka hanya TADIKA sajalah kan…sbab hal nie pon xdpt selesaikan.dah bebulan…..dah BODOH bin Binggal..susah nak diajar kalau dah Tua nie, kalau budak2 senang aje di tekeh2 kepala mereka.

Leave a Reply