Menu Utama

Sah Nurul Izzah Fitnah Raja Nong Chik

Kuala Lumpur – Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

“Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,” katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik berkomplot dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Beliau juga mengimplikasikan Raja Nong Chik mempunyai kepentingan dan keuntungan peribadi dalam transaksi tanah tersebut serta melakukan salah guna kuasa.

Nurul Izzah turut mendakwa, YWP telah memberikan tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang mana ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jumlah sebanyak RM475 juta.

Nurul Izzah turut mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL.

Bagaimanapun Nurul Izzah sebenarnya berbohong dan membuat fitnah kerana tanah yang dimaksudkan sebenarnya adalah dua lot tanah yang berbeza.

Lot pertama melibatkan pemberian semula tanah seluas 12 ekar yang dipajak oleh Berjaya Corp. daripada DBKL yang kini masih dalam peringkat perbincangan.

“Terdapat cadangan dari pihak DBKL yang mahu mengekalkan tanah tersebut sebagai kawasan hijau tetapi masih dalam peringkat perbincangan, dan belum lagi diputuskan. Jadi tiada sebarang pindah milik berlaku terhadap tanah tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Manakala lot tanah kedua seluas 12 ekar milik YWP di Bukit Kiara adalah pemberian kerajaan, berasingan daripada tanah yang dinyatakan.

Pemindahan tersebut merupakan kelulusan di peringkat kabinet untuk YWP menyelesaikan masalah penempatan semula pekerja ladang estet di Bukit Kiara melibatkan 100 penduduk di situ.

Selain itu, tanah tersebut juga akan dibangunkan dengan rumah mampu milik selaras dengan sasaran kementerian bagi mewujudkan 30,000 rumah jenis itu dalam masa lima tahun.

“YWP sedang menyediakan RFP (Permohonoan Untuk Tawaran) bagi menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk memberikan cadangan pembangunan kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, YWP belum menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak, jadi tanah itu masih milik YWP dan tiada sebarang pindah milik berlaku. Oleh itu, tuduhan Nurul Izzah yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah diserah oleh YWP kepada Kiara Mas adalah tidak benar dan berniat jahat,”






14 Komen to Sah Nurul Izzah Fitnah Raja Nong Chik

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Sah Nurul Izzah Fitnah Raja Nong Chik […]

  2. raplahjingaa says:

    hehehehehe…….

  3. Anak_Nogori says:

    Aku tak pandai bab2 hukum ni Bujuk, Moo, Tony Gunawan.

    Jadi aku nak tanya……halal, haram, harus ke Nurul dapat hasil jadi MP dgn memfitnah Non Chik ni?..

  4. Lan Halmi says:

    Saman aja Datuk.ingat reputasi yg rosak mudah nak ganti dengan perkataan maaf.

  5. dkds says:

    Celaka kau nurul izzah…patutlah kau jadi janda..

  6. alimedanbaru says:

    bila parti dan orang-orang keliling dia
    semua salah guna kuasa
    semua membujur lalu melintang patah
    dia ingat orang macam dia dan puak dia jugak
    kau silap besar Nurul
    kalau kemenangan kau dulu hasil kerja memfitnah orang
    jawabnya hasil jadi MP haram lah tu
    kalau namanya haram
    daging yg terbentuk dan darah yg mengalir dalam tubuhnya
    tak ada tempat lain
    NERAKA
    (BANYAK AHLI POLITIK TAK SEDAR PERKARA INI)
    kau ingat yg haram tu.. RASUAH SAHAJA KE?

  7. warga prihatin says:

    Letak jawatan kalau ikhlas minta maaf. Baru ada integriti.

  8. adi says:

    Kalau dah memfitnah letak jawatan aje macam adun kajang, takan nak makan hasil dari memfitnah. Bersihkan jiwa nurul, bertudung bukan bererti berakhlak dan beriman mukin fesyen. Hati tuhan saja dan diri sendiri yang tahu, orang ramai melihat dari luar saja. Jangan jadi muflis di akhirat nanti jika kita percaya hari akhrat.

  9. WTF says:

    Berikut adalah keputusan masa PRU13 Parlimen Lembah Pantai

    Jumlah Pengundi: 72,396 Pecahan Kaum: M:54.56% C:27.04% I:18.21% L:0.26%
    Jumlah Undi: 60,855 Undi Rosak: 519 Peratus Mengundi: 84.06

    Nurul Izzah Anwar = 31,008 (1,847 Majoriti)
    Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin = 29,161
    Rusli Baba = 167

    http://www.myundi.com.my/pru13/kualalumpur.aspx

    Rasanya kalau bukan sebab fitnah Nurul Izzah terhadap Raja Nong Chik, rasanya Nurul Izzah KALAH pada PRU13 yg lepas!!!

    Tapi baik sungguh hati Raja Nong Chik, tak meneruskan samannya terhadap Nurul Izzah dan setuju untuk settle out of court!!!

    Nasiblah koranglah semua penduduk Lembah Pantai, dpt MP yang kaki fitnah, tumpang glamour, suka ambik kredit kerja org lain dan tak buat kerja serta suka cuti2 sana sini!!!

  10. arhi says:

    Senang saja minta maaf setelah sengaja membuat fitnah dan kini beroleh kemenangan hasil dari kerja memfitnah dan kini menikmati gaji lumayan yg seterusnya menjadi darah daging yg akan dibakar di neraka jahanam nanti.Masya Allah nampaknya bolehlah dikatakan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,bapa borek anak rintik

  11. reds says:

    memang keluarga penipu diorang nih……dan gila seks….

  12. Anak Lenggong says:

    Buat apa diselesaikan diluar mahkamah..teruskan je saman tu sebab lain kali mereka akan buat fitnah lagi menjelang pilihanraya tapi bila dah menang dengan senang hati menuntut maaf..dan kata tersilap cakap….sampai bila nak biarkan puak PR berperangai camni…ajar laa sikitt..baru dia tau langit tinggi ke rendah..kalau tidak perkara camni mereka akan ulangi

  13. WTF says:

    Tu yang aku tak berapa berkenan akan tindakan balas dari Raja Nong Chik, patutnya settlekan perkara ini dalam mahkamah, bukan di luar mahkamah!!!

    Barulah adil kepada penduduk Lembah Pantai yang kena tipu dgn Nurul Izzah akan fitnahnya!!!

  14. yon76er says:

    Tapi dia sedar atau tak,,,,Allah dah bagi COD kit dari perbuatan FITNAH dia pd Nong Cik..apa?????…Keluarga TERBARAI…klu xsedar2 xtau lah wahai Nurul a/p Nuar…

Leave a Reply