Menu Utama

RTM Sedia Siarkan Secara Langsung Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim

Kementerian Komunikasi dan Multimedia tiada halangan untuk penyiaran secara langsung prosiding kehakiman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pihak mahkamah membenarkan, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian turut pernah memohon untuk penyiaran langsung proses Pilihan Raya Umum ke-13 daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

shabery cheek k pop“Saya sendiri dahulu pernah meminta supaya proses pengundian pilihan raya di buat secara langsung kerana waktu itu ada pihak mengatakan proses yang dilakukan tidak betul, namun pihak SPR tidak membenarkan,” katanya selepas merasmikan aplikasi mudah alih ‘Citra Merdeka 57’ di sini hari ini.

“Bagi saya jika mahkamah membenarkan ia disiar secara langsung, saya rasa tidak ada masalah untuk pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya,” katanya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan siaran langsung perbicaraan rayuan kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun bagi Ahmad Shabery, permintaan daripada PKR itu hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi ketua pembangkang itu.

“Ketika memegang jawatan dalam kerajaan, dia (Anwar) tidak pernah menyarankan perkara sedemikian.

“Dia buat hanya untuk dirinya bukan untuk bina sistem yang lebih terbuka. Pada zaman dia pun sidang Parlimen tidak ada siaran langsung,(tapi) zaman saya sekurang-kurangnya ada,” katanya.

Mengulas dua stesen radio yang gagal mematuhi tempoh bertafakur sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi Malaysia Airlines MH17 pada 22 Ogos, Ahmad Shabery berkata mereka diminta untuk memberi penjelasan dan surat tunjuk sebab kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pihak SKMM akan menghantar surat kepada mereka bagi mendapatkan sebab dan penjelasan mengenai mengapa ia tidak berlaku seperti yang dikehendaki (berkabung),”katanya.

Beliau berkata perkara itu akan dinilai dan tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh pihak SKMM sebagai pihak yang memberi lesen kepada stesen radio.

— BERNAMA






17 Komen to RTM Sedia Siarkan Secara Langsung Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim

  1. Baba says:

    Terbaiklah, biar mahkamah putuskan.

  2. Mr Y says:

    Haha.. eksekutif kena dengar keputusan legislatif dulu boleh atau tidak siaran langsung… jika hakim kata tak boleh… maka janganlah dihina mahkamah kata tak adil pula…

  3. korokstabang says:

    bodoh mangkuk hayun azmin duk cabar pm apa ke jadah serah pada mahkamah lah

  4. Pak Tho says:

    Sapa anwar ,Majistret, doktor, lawyer. Apa! Peliwat?. Pantang datuk nenek aku peliwat di beri keistimewaan.

  5. itsme says:

    kononnya tak tunjuk yg mrk teraniaya.. cuba salahkan najib dll.. jgn nanti malu sendiri, jgn sampai 7 keturunan tak mengaku atuk sudah ler nuar.. jgn tunjuk jantan tak bertempat kelak kamu yg diketawakan.. hahahahaha

  6. jooo says:

    Jgn sembang je kata nak siarkan dlm tv.. Buktikan la.. Tunjuk kat org bangang dlm m’sia yg mana percaya anuar tu peliwat. Berani ke kerajaan nak kasik?

  7. dagang says:

    Bab siaran langsung dari mahkamah ini jangan di buat. Ini kerja gila. Jangan ikut kata orang bodoh nanti diri kita diperbodohkan. Hakim , pendakwa dan peguambela bukan pelakun. Mereka ini golongan profosional undang2. Jangan gangu tugas mereka. Dan rakyat juga jangan terlalu bodoh mengangap mahkamah itu bolih dijual beli keputusan penghakimannya. Itu semua prasangka buruk semata2. Tak malukah pengamal undang2 semua kalau diri sendiri sanggup mempertikaikan keputusan mahkamah. Mana sumpah kamu semua untuk berlaku adil terhadap perundangan dimahkamah.

    Entahlah. Mungkin sekarang ini pengamal undang2 sudah ada kiblat masing2. Kena ikut telunjuk orang tertentu. Terlalu bodoh sekiranya ini terjadi. Amanat dari emak bapa sendiri pun dihianati.

  8. gambus says:

    siaran langsung kes anwar??? masa anwar kena bicara duluu dia sendiri mintak perbicaraan tertutup bila saksi dan kenyataan tertentu terhadap dia .. awat ???

  9. cahaya bulan purnama says:

    Bukan Mangkuk hayun tapi hayun mangkuk ke mukanya. Bior padan muka

  10. Jinkun says:

    jam omegay pun org mintak nak tgk tak nak bg tgk….kehkehkeh. ada hati lak nak buat sidang mahkamah secara langsung. ni mesti kes mabuk ais kerim.

  11. alimedanbaru says:

    tak perlulah siaran langsung tv
    tanpa siaran langsung pun dari mahkamah hingga keluar mahkamah dan masuk kesetiap pintu rumah-rumah rakyat Malaysia, bau busuk kekejian salahlaku anwar telah terbau.. semua orang telah tahu
    wbp anwar ada berani ka lu
    yg pasti dia akan minta peguamnya menghalang siaran langsong spt live bolasepak!

  12. Jambol says:

    Kenapakah perlu perbicaraan ini disiarkan oleh RTM. Apakah perbicaraan ini begitu penting kepada negara untuk disiarkan dalam tv ? Inilah “the best stupid idea” (idea bodoh yang terbaik) yang difikirkan oleh menteri yang berkualiti. Mungkin dia nak jadi popular. Ada banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkannya olehnya, seperti media-media sosial yang menyebarkan fitnah dan pembohongan serta menggugat hubungan kaum dan ugama, dan berbagai-bagai lagi. WOW !!!

  13. dkds says:

    Baiklah disiarkan ceramah agama….buang masalah layan mat liwat anwar ini..masa perbicaraan boleh plak peliwat ini tidak mahu disoal oleh pendakwaraya….

  14. raplahjingaa says:

    Ya betul…baik masa tu TV siarkan secara langsung forum perdana istimewa….panggil ustaz-ustaz PAS minta depa huraikan dosa meliwat menurut Islam. Tapi bab liwat bini jangan kasi depa buka mulut !! bahaya…..

  15. anakbochek says:

    Shabery Chik sepatutnya STFU. Period. Jangan layan kerenah pembangkang. Dia patut komen ‘kalau saya dapat perintah mahkamah untuk siar, saya siar lah”. Jangan biarkan RTM dan kementerian penerangan melayan tuntutan KETUM. Anda patut lebih “firm” dalam hal dan jangan nak memandai-mandai untuk dapatkan kebenaran mahkamah.

    Anwar memang gila publisiti, pada dia “any publicity is a good publicity”. Paling best ialah kalau dapat buat “publicity stunt”. Satu Malaya impak dia.

  16. Hadisuhaimi says:

    Aku nak minta rtm siarkan adigan nyonyot kote azmin dlm tandas, agak2 boleh tak…

  17. alfie says:

    Nampak nya UMNO sudah masuk perangkup pembangkang. Kita sudah tengok apa telah jadi semasa sebelum PRU lepas di mana MCA dan DAP ada ‘live’ perbahasan di TV. Konon nya naik jadi ‘liberal’ lah MCA tapi ahkir nya DAP yang memperbodohan kan MCA.

    Contoh di sesi debat ini bila MCA di tanya soalan pasal isu ekonomi,mereka akan jawab isu itu. Bila DAP Guan Eng di tanya soalan hal ekonomi dia guna ini untuk kutuk BN/UMNO secara TERANG2 bahawa UMNO korup.

    Bila MCA di tanya isu pasal undang2 mereka akan jawab sepenuh hati tapi Guan Eng di tanya soalan isu ini dia akan secara TERANG2 tuduh bahawa UMNO korup.

    Bila MCA di tanya soalan tentang isu Business mereka akan cuba jawab dengan tepat tapi soalan yang sama di tuju kepada Guan Eng dia akan secara TERANG2 tuduh bahawa UMNO korup.

    Bila MCA di tanya soalan pasal isu pendidikan mereka menjawap soalan itu dengan faktar dan angka tapi giliran Guan Eng menjawap secara TERANG2 dia tuduh bahawa UMNO korup/.

    Kesimpulan nya debat di TV Astro semasa PRU lepas sesi ini di guna oleh DAP untuk hanya maki dan tuduh UMNO korup secara ‘live’ dan tidak ada satu jawapan Guan Eng yang TEPAT . Dan setiap kali Guan Eng habis menuduh TERANG2 UMNO korup,semua hadirin akan tepuk KUAT KUAT.

    Kesimpulan nya DAP telah mengguna peluang di beri untuk KUTUK UMNO terang terang kepada ‘wider’ audience di Malaysia. Secara tak langsung MCA telah memberi DAP platform dan peluang untuk agenda mereka.

    Jadi isu siaran langsung kes Anwar ini hanya di guna oleh Anwar dan lawyer2 nya untuk maki UMNO/BN saja. Kita jangan jadi BODOH macam Ah Jib Gor yang percaya semua cadangan orang Cina/pembangkang macam menghapuskan ISA lepas tu kes membunuh meningkat di negara kita.

Leave a Reply

Threesome