Menu Utama

Rodziah Ismail Bersama Anwar, Khalid Ibrahim Tertipu atau Menipu?

Menteri Besar Selangor “dalam buangan”, Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa hari lalu memberitahu seorang pemberita, secara peribadi, beliau ada jumlah yang mencukupi bagi menyokong kedudukannya kerana ada 3 ADUN PKR bersamanya.

Bila ditanya, beliau menyatakan “off the record” salah seorangnya ADUN Batu Tiga dan Exco Selangor, Rodziah Ismail. Sebab itu banyak poster bertaburan di media sosial menyatakan Rodziah antara EXCO PKR yang akan dikekalkan dalam kabinet Khalid Ibrahim.

Apabila Khalid mengumumkan kesemua EXCO PKR dan DAP dipecat, ramai beranggapan Rodziah turut dipecat sehinggalah Tuanku Sultan kemudiannya mengeluarkan titah memperkenankan pemecatan lima EXCO dari PKR dan DAP tanpa nama Rodziah. Ini menimbulkan spekulasi baru bahawa Rodziah masih bersama Khalid.

Malah Khalid dengan penuh yakin membuat sidang akhbar menyatakan beliau akan mengekalkan Rodziah sekiranya ADUN Batu Tiga itu sedia berkhidmat. Ini memberi gambaran seolah-olah Rodziah telah bersamanya.

Namun semalam Rodziah yang kononnya baru pulang dari luar negara berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya oleh Malaysiakini.com sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.

Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand malam tadi tadi.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Rodziah ini menimbulkan tanda tanya sama ada Khalid Ibrahim sedang menipu ramai orang kononnya beliau mempunyai jumlah mencukupi; atau beliau tertipu dengan permainan Anwar Ibrahim melalui sokongan-sokongan rekaan bagi mewujudkan keyakinan palsu kepada Khalid?






2 Komen to Rodziah Ismail Bersama Anwar, Khalid Ibrahim Tertipu atau Menipu?

  1. kluangman says:

    Mungkin itu menimbulkan kerosakan kepada master plan khalid sebanyak 0.1%

  2. raplahjingaa says:

    hehe…setakat ni firasat aku semuanya tepat !! hanya tinggal siapa yang akan jadi MB selangor…kak jijah atau assmin, atau akan ada calun lain ??

Leave a Reply

Threesome