Menu Utama

Rafizi : Langkah Kajang Demi Prinsip Dan Agama Kristian Atau Islam?

rafizi2

Baru-baru ini Rafizi telah mengeluarkan kenyataan kononnya “Langkah Kajang” dilaksanakan atas alasan prinsip dan agama. Ini merupakan antara kenyataan Rafizi yang paling lucu setakat ini. Sebenarnya siapa lagi yang Rafizi cuba “perbodohkan” setelah beberapa pemimpin tertinggi pakatan pembangkang telah membuat kenyataan yang cukup bercanggah dengan kenyataan Rafizi ini.

Kita sebenarnya tertanya-tanya agama yang dipertahankan oleh Rafizi itu merupakan agama Islam ataupun Kristian? Sebelum ini DAP telah bersuara dengan lantang bahawa kegagalan Khalid Ibrahim menangani isu Bible versi bahasa Melayu yang telah dirampas oleh JAIS sebagai alasan yang kukuh untuk memecat beliau dari jawatan Menteri Besar. Jelas mereka amat tidak berpuas hati dengan tindakan merampas Bible versi bahasa Melayu walaupun ianya selari dengan peruntukkan undang-undang yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Tambahan pula Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh juga pernah mengakui bahawa kegagalan Khalid menangani isu rampasan 321 Bible berbahasa Melayu dan Iban sebagai antara punca kejatuhan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat seperti dalam kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). Ini merupakan titik tolak yang amat penting untuk menggerakkan “Langkah Kajang”.

Selain daripada itu juga, dalam satu video Tony Phua telah mengakui bahawa Khalid gagal menyelesaikan isu Bible versi Melayu yang dirampas sepertimana yang dikehendaki oleh DAP. Tindakan Khalid Ibrahim yang membiarkan isu rampasan Bible menjadi teka-teki sehingga lebih enam bulan menyebabkan rakyat kecewa, terutamanya rakyat penganut Kristian.

Dalam bahasa mudah, kita boleh buat kesimpulan seolah-olah Rafizi sedang berjuang untuk mempertahankan “maruah” dan prinsip agama Kristian. Kononnya apabila soal prinsip, agama, PKR tak boleh ada kompromi walau sebesar kuman pun.

Pernahkah kita dengan PKR bangkit mempertahankan maruah Islam apabila bible versi Melayu diedarkan seolah-olah untuk memurtadkan umat Islam? Pernahkah kita dengar PKR “berdemo jalanan” mempertahankan agar Kalimah Allah tidak digunakan oleh Kristian dan menghalang agenda “murtad” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Pernahkah kita dengan PKR mempertahankan prinsip dan moral yang baik dengan menghalang berleluasanya aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dengan erti kata lain, kita melihat Rafizi cuba “bullshit” dengan rakyat Malaysia apabila beliau mengeluarkan kenyataan “Langkah Kajang” dijalankan demi mempertahankan soal prinsip, agama yang mana PKR tak boleh ada kompromi walau sebesar kuman pun.

Dengan mengunakan alasan yang terlalu “plastik” ini, Rafizi cuba menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur secara baik dan jangan menyusahkan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau apa pun kita mahu melihat Selangor bangkit semula selepas merudum dengan teruk di bawah pentadbiran pakatan rakyat sebelum ini dan kita amat maklum bahawa Wan Azizah bukanlah calon yang sesuai untuk membaiki kerosakkan yang berlaku di Selangor. Tidak mungkin seorang wanita yang hanya mahu menjadi nenek mampu menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar.






4 Komen to Rafizi : Langkah Kajang Demi Prinsip Dan Agama Kristian Atau Islam?

  1. alimedanbaru says:

    apa nak hairan
    kan telah dibuktikan siapa anuar ibrahim, apa perjuangan dia
    siapa penyokong dia dalam dan luar negeri
    dalam negeri DAP sekutu terkuat dan maha penting bagi PKR
    Pas hanya budak suruhan
    diluar negara Amerika dan NGO Yahudi penyumbang Anuar dan PKR
    KITA TAHU MISSI UTAMA ANUAR – TUMBANGKAN UMNO WALAU APA CARAPUN
    dan dia menghalalkan cara dan gunakan semua kesempatan
    samaada gunakan isu agama walaupun mengorbankan Islam
    dan gunakan Pas sebagai kambing bodoh bagi menyokong tindakannya
    katakan apa saja perjuangan PKR..
    untuk Kristian
    untuk DAP
    untuk kebebasan sex
    untuk kebebasan agama
    semua betul demi hancurkan UMNO dan Anuar jadi PMyg pakai mahkota bodo…

  2. kayu says:

    DAP merupakan cabang gerakan ZIONIS di negara ini ,agama kristian merupakan modal politik mereka untuk menarik sokongan dan diperguna sebagaimana perancangan yahudi memperguna US untuk mendominasi dunia seperti parasit ……lihat sini…

    ,,
    http://misterimh370.blogspot.com/

  3. Baba says:

    Dulu jijah kata resign sbg ahli parlimen sebab nak jaga cucu, lepas tu tiba2 jadi adun balik. Munafik sungguh.

  4. orang ulu says:

    Yang hairan kenapa jijah beria beno nak jadi mb. . . Sebelum itu kenapa tski sebagai mb dan nuar sebagai penasihat ekonomi beria beno kumpul reserve sampai 3 billion sedangkan banyak pekara diselangor tak selesai.. . .sampah tak terurus. . . Perumahan mampu milik untuk raayat selangor tak nampak naik. . .masjid baru entah kemana. . . Yang nampak rumah swasta tak mampu milik. . . Teman bayar cukai bayar zakat kat selangor. . . Tujuh tahun teman menunggu. . . . Mana kebajikannya.. . Nak balik kampong harga getah jatuh teruk. . . Mungkin sabotaj ekonomi terancang dah mula . . . maklumlah kami orang orang diulu ramai penyokong kuat bn.. . .Nak tunggu elaun warga emas lambat lagi.

Leave a Reply

Threesome