Menu Utama

Rafizi Akui Pakatan Rakyat Amalkan “Nepotisme Halal”

Oleh Riana Abd Aziz

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menyatakan adalah tidak adil mendakwa parti itu mengamalkan nepotisme kerana semua parti komponen Pakatan Rakyat mempunyai isu yang sama.

“Sekiranya Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual eksklusif bersama Roketkini.

“Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Itulah Rafizi, panglima perang Anwar yang tidak pernah jemu bermain kata-kata memuji ‘bosnya’ dan juga tidak pernah ada rasa takut melontar rekayasa tentang sesuatu isu memburukkan UMNO dan BN.

Setinggi langit nampaknya Rafizi melambung Wan Azizah demi untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Pengarah Strategik parti Pkr. Beliau dilihat sudah boleh menarik nafas lega berikutan Pas akhirnya tunduk kepada kehendak Dap dan Pkr tentang kedudukan Wan Azizah.

Idea “Langkah Kajang” yang kononnya ciptaan beliau pada mulanya ditentang hebat oleh akar umbi Pkr kerana dilihat sebagai “Langkah Perpecahan Parti” bukan langkah yang mampu menguatkan perpaduan dalam Pkr itu sendiri. Hinggakan ada desakan agar Rafizi dipecat dari jawatan tersebut.

Tanpa wujud rasa malu dan hina, beliau cuba membuat penafsiran baru tentang apa itu Nepotisme. “Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Kalau dulunya mereka yang sama inilah yang bersungguh-sungguh menyerang mana-mana pemimpin UMNO-BN dalam isu nepotisme dan kronisma. Bagi mereka berdosa dan bersalah besarlah kalau kita benarkan anak pinak diberi keutamaan memegang jawatan dalam pemerintahan ataupun perniagaan yang bersangkut-paut dengan kerajaan.

Bila batang hidung sendiri yang terkena, baik yang bergelar ulama maupun yang bertaraf profesional, semuanya jadi halal. Segala yang pernah dihamun dahulu kepada orang lain, mereka sanggup jilat dan telan. Semuanya kerana perjuangan mengisi tembolok mengatasi perjuangan untuk kebajikan rakyat yang mereka pimpin.

Maka nepotimse dan kronisme hanya haram bila dilakukan oleh Barisan Nasional dan menjadi halal bila dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat Selangor kalau masih belum celik hatinya maka bersedialah untuk melihat kodok menaiki junjung.






12 Komen to Rafizi Akui Pakatan Rakyat Amalkan “Nepotisme Halal”

  1. rhg says:

    ada juga istilah nepotisma halal……gila dah rafizi ni.

  2. raplahjingaa says:

    Nepotisma halal ?? pondan bekas jambu anwar ni akan pusing merata alam demi mempertahankan bekas kekasih gay dia.

  3. Anak_Nogori says:

    jadi cakap Ketum dulu sapu bawah karpetlah..dgn harapan org akan lupa..

  4. WTF says:

    Hm…mengaku jugak akhirnya yang PKR, DAP dan PAS mengamalkan nepotisme!!!

    Jadi kalau siapa2 pandai dok ngata dan fitnah yang UMNO dgn BN kononnya mengamalkan nepotisme, kita quote sahaja kata2 Rafizi Ramli!!!

    Hehehehehehe

  5. adi says:

    Kesian dgn pengundi pengundi pr di perbodohkan olih pemimpin mereka. Mengatakan umno macam macam. Bila dah menang dan berkuasa allah tunjukan terang terang pemimpin pr memang bukan utk rakyat tapi untuk menkayakan keluarga taniah untuk orang selangor bila dah senang masa bn lupa diri tak bersyukur konon nya nak lagi baik undi pr maka sekarang terima la natijah orang tak bersyukur. Kebanyakan dalam pemimpin pr ada lah bekas ahli umno. Masa tu nak makan lebih tak ada peluang ahli umno pandai. Ingat la kaya di dunia cuma sementara takut nanti di akhirat menjadi muflis sebab menipu rakyat tak kirala parti mana yang beragama islam. Pemimpin kafir bila dah mati memang tak de harapan surga. Ingat la pemimpin islam jangan muflis di akhirat.

  6. reds says:

    hahaha……dah mengaku pon….pkr memang parti untuk ahli politik gila kuasa pon…. pastu jaja diri sebagai pejuang rakyat….nak termuntah…uwekk..

  7. Alpha Zulu says:

    Si Sotong ni tunjuk lagi kebodohannya

  8. sireh ke gagang says:

    rakyat yang cerdik akal , waras dan sayangkan malaysia , takkan pilih , undi atau menjadi ahli kpd parti2 pakatan haram .simple . hanya orang2 yang suka hidup dalam khayalan , angan2 mat jenin , hidup dalam kepura-puraan shj rela menjadi ahli sekaligus menjadi barua upahan atau pra bayar untuk parti2 pakatan .

  9. alimedanbaru says:

    sebab itu apa sahaja yg anwar buat semua HALAL
    SKANDAL LIWAT – HALAL
    MAIN DENGAN BETINA CINA – HALAL
    SEMUA VIDEO SKANDAL – JENIS DIHALALKAN alasan fitnah
    apa pun semua halal
    hitam dan puth jawabnya putih
    halal dan haram jawabnya sama saja halal
    kroni halal
    nepotisma halal
    kebebasan sex halal
    kesaksamaan agama halal
    mahkamah TELAH SAHKAN DIA DIHUKUM SEBAB MELIWAT – HALAL
    memang macam setan semua pengikut anwar

  10. omega says:

    Sementar masih dilihat Jambu oleh bang non beliau bebas merencana apa sahaja. Kelak bila dah tak berguna maka seperti Khalid Ibrahimlah jadinya. Tunggu dan lihat

  11. jamaludinjepun says:

    Apa benda yang diistilah haram dalam PKR ini ? Kerana mereka ikut hokum akal bukan ikut hokum syarak.

  12. jamaludinjepun says:

    Halal -haram adalah dibawah hokum syarak . Contohnya, BERSIH lah konon ,ada orang islam ikut . Bersih dari dari hokum mana–? akal atau syarak ? Bagaimana nak kata bersih saandainya penganjur dan memimbinnya tak pernah mandi wajib. Bukan hokum-hokum islam itu lengkap

Leave a Reply

Threesome