Menu Utama

PKR Bijak Mencatur Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos Ini!

2 adun pas

Semua terkedu apabila Wan Azizah berjaya mendapatkan sokongan majoriti mudah ADUN Selangor dalam usaha menjadi “bateri” kepada hayat politik suaminya. Nepotisma? Kronisma? Apa sahaja yang anda mahu katakan, hakikatnya kini merekalah “juara” permainan politik Selangor.

Tentunya ramai yang sudah menyangka, bahawa Saari Sungib bakal mengambil tindakan menentang keputusan Majlis Ulama PAS berhubung kemelut yang melanda. Semua tahua siapa dia Saari Sungib. Cuma, ramai yang agak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh ADUN Morib, Hasnul Baharuddin. SMS bertalu-talu masuk ke telefon mudah alih penulis, dengan maklumat bahawa satu lagi ADUN PAS telah pun berikrar menyokong Anwar dalam kemelut ini, tetapi mengambil sikap “chameleon” kerana memadai dengan 2 ADUN PAS yang sedia ada persis bak ungkapan Anwar “I have the numbers”.

Ke mana halatuju PAS menjelang mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Ogos ini?

Apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan PAS selaku sebuah parti. Ia selaras dengan “kasta” PAS selama ini di dalam Pakatan. Tolaklah ke mana pun, PAS akan tetap berada di “kasta” terbawah dalam hierarki Pakatan.

Dengan pembuktian kehadiran ADUN yang menyokong Wan Azizah disamping surat akuan bersumpah amalan Anwar Ibrahim, mesyuarat yang dijangka menentukan hala tuju politik Khalid Ibrahim dan Pakatan amnya di Selangor sudah tamat. Apa pun keputusan yang dibuat nanti, ia tidak memberi sebarang kesan atas kegagalan hakiki PAS dalam mentarbiyahkan waima ADUN mereka sendiri.

Pengkaderan Anwarisma di dalam PAS selama bertahun-tahun lamanya kini membuahkan hasil, dengan sebuah majlis ulama di dalam sebuah parti yang diwar-warkan memperjuangkan Islam, tetapi diingkari oleh ADUN sendiri.

Tentu sahaja Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tidak kisah dengan keputusan mesyuarat kepimpinan tertinggi PAS nanti. “I have the numbers” kata Anwar Ibrahim. “We have the numbers” kata Wan Azizah.

Mau tak mau, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sudah boleh membuat keputusan seawal jam 5 petang hari ini. Penulis menjangkakan bahawa mesyuarat itu nanti akan menurut sahaja dakwaan yang dibuat oleh Wan Azizah.

Kalau pun masih wujud “pejuang Islam” di dalam PAS, mungkin mesyuarat itu nanti akan membuat ketetapan bahawa mereka mahu kekal di dalam Pakatan Rakyat dan bersetuju agar Khalid Ibrahim diganti. Tetapi, penggantinya haruslah seorang lelaki!

Itu sahaja pilihan terakhir untuk PAS dalam usahanya untuk bermaruah, dan tidak melanggar “fatwa” yang dikeluarkan oleh Majlis Syura mereka sendiri.

Tapi, sejak bila PAS bermaruah di dalam Pakatan?

Kan?






22 Komen to PKR Bijak Mencatur Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos Ini!

  1. Najibulghunnah says:

    malam ni PAS buat mesyuarat menilai keupayaan kak jijah….
    kak jijah MB selangor baru soon… hahahahah aminnnn

  2. baba says:

    pas buat mesyuarat semata2 utk kekal jadi barua anwar

  3. semangat dato' haron says:

    Shaari sungib laknatullah melanggar baiah. Time for Change Hulu Kelang

  4. Anak Lenggong says:

    Parti PAS kan sebuah parti kuli batak..diaorang cuma berperanan untuk dijadikan kaldai, budak upahan @ suruhan nuar brahi dan keluarga kit siang jee..apa jugak mainan Pas bila disergah nuar..abis semua kecut teloq dan angguk bagaikan burung belatuk..cuma ahli nye yang bangang ataupun sengaja buat bangang yang tak mengerti..cara terbaik mereka nak melepaskan diri dengan menyalahkan UMNO sedangkan dalam soal s’gor UMNO buat tak tau je..

  5. tony gunawan says:

    aku tak faham kenapa umno sanggup menyokong KI yang begitu gila kuasa dan jawatan???

  6. bajak says:

    bile plak umno sokong???yg anwar tu la gila kuasa ko sokong…

  7. apahal? says:

    Maruah PAS berada di dalam lubang najis..

  8. Pak Tho says:

    Setelah puas ludah meludah dikalangan pakatan rakyat,mereka sedang menjilat balik ludah masing² dengan lahapnya. Jijik betul pr ni.

  9. Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang mana tanpa keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian oleh masyarakat.

    Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.

    Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus ditegakkan.

    Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.

    http://bit.ly/1AaHaHv

  10. Nusantara Jones says:

    Yg bodohnya majoriti rakyat Melayu membuang masa melayan karenah ahli politik pembangkang. Ahli politik hidup senang dgn gaji dan elaun yg besar, korg Melayu kelas pertengahan dan miskin sama saje, xde apa yg berubah dlm hidup korang. Nak hidup kena kerja makan gaji, gaji tak cukup, harga barang mahal, petrol naik, dan b’mcm-mcm masalah hidup. Hahahahaha…………nasib baik aku x mcm korg.

  11. raplahjingaa says:

    Dey togay….tak kan la UMNO nak sokong makcik dari ceruk tok kun seberang perai, Pulau Pinang….untuk jadi menteri besar selangor, apa yang dia tau pasal selangor ????

  12. Anonymas says:

    hahaha Saari Sungib langgar baiah…ceraikan bini cepat

  13. yon76er says:

    Telor Adun PAS nie dah kena kulum olih Al;Jub , semua org tahu dan expect dia nya stand..tapi yg lagi sorang nie..apalah Sepat Kering & AlJub dah janjikan..??????

  14. WTF says:

    Salah tajuk ni wahai Ameen Latif, sepatutnya PKR tak pandai mengatur strategi, tapi PAS yang BODOW tak sedar ramai peminat KETUM dalam kepimpinan PAS!!!

    Tulah antara sebab aku sukar percaya yang parti PAS akan keluar dari BAHALUL SYIAH dgn PR!!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  15. Anak_Nogori says:

    So…apa yg pas dah belajar dari kemelut ini?..

  16. anakbochek says:

    Aduhhh… malang sungguh nasib PAS. Konar kot mana sekalipun mereka tetap jadi macai. Hancur harapan PAS dengan kepimpinan ulamak di Selangor. Kalau dulu orang PAS ber”ulamak”kan Khalid kini mereka ber”ulamak”kan isteri peliwat yang bakal menghuni Lodge de Prison.

  17. Mek esah says:

    Anak sungib ni meme sialan….sanggup lawe tokey demi jilat nwar….

  18. Raman says:

    Hahaha…. bila Khalid Ibrahim lwan tokey tak dikatakan jilat pulak….. bangang betul . Itu la sebab berhutang,,,sanggup dengar cakap UMNO…. aduh…… polisi parti tak diikuti… Kenapa beriya2 nak kekal jawatan MB…. hahahah….semuanya berkaitan dengan HUTANG…

  19. anakbochek says:

    Maka bertaubatlah Mek, tinggalkan parti PAS yang tidak membawa apa2 faedah tu. UMNO dah terkena dengan Anwar takkan nak tunggu PAS terlungkup baru nak sedar kot Mek.

  20. alimedanbaru says:

    APA PUN SEJAK AWAL PAS DAH SILAP BESAR
    BILA DAH BERKAWAN DENGAN SETAN
    MAKA SEGALA TINDAKAN DAN PERBUATAN ADALAH KERJA SETAN
    PERTAHANKAN ANUAR MELIWAT ADALAH KERJA SETAN
    SOKONG DAP DALAM ISU KALIMAH LLAH ADALAH KERJA BAPAK SETAN
    MELAWAN UMNO YG MELAYU ISLAM SETENGAH MATI MEMANGLAH KERJA SETAN
    MENGHARAPKAN ADUN PAS JADI BAIK BILA BERKAWAN DENGAN SETAN ADALAH MUSTAHIL
    BILA ANUAR NAKJADIKAN BINI DIA PEREMPUAN LEMBIK DAN TAK ADA TOKOK ADALAH PERANCANGAN SETAN
    MAKA PAS TERJEBAK DALAM PERMAINAN SETAN
    PERSETANLAH KAU PAS..TEMPIAS SETAN SUSAH NAK BUANG
    HARUN DIN PUN KANTOIIII

Leave a Reply

Threesome