Menu Utama

Pertukaran Menteri Besar Hanya Gimik Politik

Oleh Hasniza

Pakatan Rakyat Selangor tidak sepatutnya menyalahkan Barisan Nasional dalam kegagalan mereka mentadbir Selangor.

Tuduhan yang dilemparkan bahawa Barisan Nasional adalah penyebab yang mengagalkan Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor adalah tidak benar sebaliknya mereka harus melihat kegagalan itu adalah berpunca dari mereka sendiri yang terlalu tergopoh gapah mengadakan Pilihanraya Kecil Kajang.

Sepatutnya kes mahkamah DSAI diselesaikan dahulu sebelum keputusan mahu mengadakan Pilihanraya Kecil Kajang Mac lalu. Beliau sendiri tahu bahawa kes mahkamah beliau sudah hampir, mengapa begitu terdesak mengadakan Pilihanraya Kecil atau #KajangMove dan sebagainya. Bukan juga salah Kerajaan Barisan Nasional jika DSAI tidak layak menjadi calon kerana beliau sendiri sedia maklum akan hal itu.

Dalam kekalutan krisis penukaran Menteri Besar Selangor, mereka seakan sedang merancang satu gimik politik untuk menarik perhatian rakyat yang semakin kucar kacir. Wayang yang sedang dimainkan oleh Pakatan Rakyat ini hanya akan menampakkan kegagalan dan kelemah parti mereka.

Datuk Seri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berpendapat, pertukaran Menteri Besar ini hanyalah wayang gimik politik mereka yang hanya untuk menarik perhatian rakyat.

20140805_122638-1“Ini semua cara Pakatan Pembangkang yang perangai dari dulu apa saja yang mereka gagal nak buat, mereka akan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional.”

“Dalam isu pertukaran Menteri Besar, itu hanya gimik politik mereka kerana mereka tahu sekarang ini, Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat dalam keadaan yang lemah pemilihan parti yang belum selesai dan sebagainya” kata Datuk Seri Noh Omar.

Parti Keadilan Rakyat seharusnya menyelesaikan isu masalah dalaman mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat penukaran di pihak atasan Kerajaan Negeri, jangan hanya mementingkan politik sedangkan banyak lagi kelemahan yang belum dapat diatasi.






12 Komen to Pertukaran Menteri Besar Hanya Gimik Politik

  1. Pak Tho says:

    Sejak khalid ibrahim enggan melepaskan jawatan MB yg disandangnya, ramai pemimpin Pkr meroyan dan meracau dgn kenyataan ² bangang mereka tu. Apa pun nampaknya bang non semakin serabut menjelang 8hb ni
    Tanya sama pkr apa pasal goyang
    Nnti jwb pkr, anwar yg goncang

  2. Baba says:

    Parti ni mana nak berjuang utk rakyat, asyik berebut jawatan saja.

  3. itsme says:

    kekadang pemimpin umno spt noh omar ni perlu muhasabah diri lebih dr anwar.. ini krn umno masih lg boleh bertahan dan sementelahan peluang masih ada maka mrk ini pemimpin2 umno perlu muhasabah diri agar lbh komited dlm perjuangan mengakkan agama dan memajukan bangsa. politik simpang siur hr ini tidak lebih hanya sebahagaian cubaan dan dugaan yg Allah turunkan kpd umno sbg peringatan agar lbh tulus dan ikhlas dlm membela rakyat bukan melebihkan fulus utk tembolok sendiri. Masakan boleh kaum china yg sedikit dan anwar yg tak berdaya ini dpt menumpaskan umno yg gah ini jika bukan atas ketentuan Ilahi. Jd kpd Noh Omar.. muhasabah diri dan perbaikki diri sendiri agar jd lebih baik dr anwar dan pakatan haram mrk.

  4. Siamang Gagap says:

    Selamt berhijrah bang non. Semoga insaf dan bertaubat

  5. korokstabang says:

    kalau pkr mau gila kaa pi gila sorang2 lah jangan sampai menyusahkan rakyat

  6. dkds says:

    Ingatkan BN sahaja yg terkesan dgn gimik anwar….rupanya PKR pun sama…rasanya lepas dia masuk penjara baru aman dunia politik Malaysia ini

  7. Jambol says:

    Orang-orang PKR menyatakan bahawa Khalid Ibrahim meletakkan “PKR at ransom” dengan kedegilannya tidak mahu melepaskan jawatan MB Selangor. Tetapi sebenarnya si Anuarlah yang meletakkan PKR “at ransom” demi kepentingan dirinya dan keluarganya sendiri. Sebagai kompromi, Anuar patut suruh isterinya mengosongkan kerusi DUN Kajang agar cucunya bertanding, dan setelah menang, melantik cucunya itu sebagai MB Selangor. Bukankah baik ? Cina Kajang dan PAS Kajang mesti sokong punya !!!

  8. WTF says:

    Bersuara jugak kau Noh Omar, ingat dah takder TARING lagi!!!

    Bak kata saudara itsme,

    “Jd kpd Noh Omar.. muhasabah diri dan perbaikki diri sendiri agar jd lebih baik dr anwar dan pakatan haram mrk.”

    Semoga Allah SWT merahmati UMNO selamanya di bumi Malaysia ini.

  9. raplahjingaa says:

    Hangpa jaga…..noh omar baru balik dari betapa….

  10. Mek esah says:

    Khalid tak gagal cuma nwar je meroyan nak jd MB

  11. syaa says:

    ko memang bongok mek selama ni ko sokong nuar.kena kencing dgn nuar jer la.

  12. WTF says:

    Lihatlah sokong Mek Esah pada Anwar Ibrahim dahuu

    Mek esah (February 7th, 2014 at 7:53 AM)

    Alaaaaa bagi je le kat nwar tu berkempen kebih sikit…naya kat dia…dia tak dak tv dan radio…umno ni sepanjang masa berkempen…bukan setakat berkempen secara bersih…siap kelentong dan goreng2 gitu….naya makcik dan pakcik kat kat kampung yg tak ada sumber melainkan “tv umno” shj

    http://www.mykmu.net/?p=39836

    HIPROKRIT SUNGGUH HANG NI MEK ESAH!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

Leave a Reply