Menu Utama

Pemuda Pas Selangor Keliru Mengenai Khalid

Oleh Hasniza Niza

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh menafikan kecemerlangan perkhidmatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada PRU13 lepas.

“Kami menyokong penuh kenyataan Persuruhjaya Pas Selangor Ir Iskandar Samad yang menegaskan bahawa Abdul Khalid perlu dikekalkan sebagai MB Selangor.
“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada PR di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya” katanya.

Abdul Khalid seharusnya kekal sebagai Menteri Besar Selangor, sebarang usaha menggantikan beliau dan melantik Menteri Besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Percaturan tukar Menteri Besar ini mungkin disebabkan oleh ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap Abdul Khalid.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan jawatan Abdul Khalid. Adakah benar semua pihak didalam parti itu bersetuju dengan pengumuman itu? Atau apakah konspirasi di situ? Ada juga yang cuba menimbulkan masalah salahlaku yang menjadi penyebab krisis penyingkiran ini.

Jika benar seperti yang diperkatakan bahawa Abdul Khalid mempunyai masalah salahlaku politik dan kewangan, adalah wajar jika Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, kita masih belum tahu sejauh mana kebenaran hal itu.

Konflik ini menjadi semakin bercelaru kerana banyak pihak yang cuba memainkan peranan, masing-masing ada agenda samada menjatuhkan mahupun mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Hal ini sedikit sebanyak membongkar masalah dalaman Parti Keadlian Rakyat dan Pakatan Rakyat sendiri.






4 Komen to Pemuda Pas Selangor Keliru Mengenai Khalid

  1. Parpu@pelukan keramat says:

    Samada wan jijah atau khalid , satu pun tak boleh pakai.

  2. korokstabang says:

    ketua pemuda pas nasruddin tantawi pun ada dedah mengapa khalid di kecam teruk termasuk projek lebuhraya kidex, kenapa tak bising pasal lim guan eng bagi projek terowong laut rm 4.63 billion yang di biayai oleh kerajaan negeri pulau pinang, lim guan eng bagi projek tu pada syarikat construction zenith BUCG s/b bukan secara tender terbuka tapi secara runding terus kenapa pemimpin pakatan haram tak bising takut pada khalifah guan eng kaa atau sudah dapat share

  3. sukarno says:

    PAS memang bodo sejak azali pun…..

  4. adi says:

    Maaf korokstabang jika bolih tak payah panggil lge kalifah dia tak layak di panggil begitu. Lebih elok panggil dia en, yb atau cm.

Leave a Reply