Menu Utama

Pemilihan PKR: Masih Berkesankah RoS Lagi?

ros

DIFAHAMKAN pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) akan memanggil parti keluarga Anwar Ibrahim, PKR untuk menjawab beberapa laporan yang dibuat ke atas parti itu berkaitan pemecatan Khalid Ibrahim kerana tidak mengikur prosedur.

Persoalannya sekarang, apa selepas itu?  Penulis tidak mengharapkan PKR sampai ke tahap diharamkan kerana sebuah parti baru boleh ditubuhkan pada bila-bila masa, tapi sekurang-kurangnya rakyat mahu melihat tindakan dikenakan ke atas parti ini kerana cara parti ini diuruskan, betul-betul macam sarkas.

Bukan sebuah parti politik seperti mana sepatutnya.

Selain kes membabitkan pemecatan Khalid Ibrahim, PKR juga terpalit dengan macam-macam contoh tadbir urus yang tidak baik seperti kewujudan jawatan yang tidak ada dalam perlembagaan (Ketua Umum) dan  pemilihan parti yang penuh drama dan haru biru.

Kerusi melayang, calon tolong pangkah kertas undi, kertas undi disepahkan, kertas undi dikira dalam bilik hotel, kepala pecah dan pelbagai lagi, semua ini telah mmeberi gambaran tidak baik kepada negara luar akan cara sebuah pertubuhan berdaftar diuruskan di Malaysia.

Dan ini bukan pertama kali.  2010 dulu pun berlaku, 4 tahun kemudian pun perkara sama masih berulang, seolah-olah RoS tidak ada jawapan bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut.  Sekarang dah tambah cara PKR memecat ahlinya pulak.

Ini belum sebut lagi kemelut pemilihan DAP yang masih tidak selesai sehingga sekarang, walaupun pemilihan semula telah diadakan Ogos tahun lepas.

Penubuhan begitu banyak pertubuhan dan NGO tertentu yang menggunakan pelbagai nama, turut membimbangkan rakyat.  Contoh paling jelas, Pakatan Rakyat.  Nama Pakatan Rakyat ini telah digunakan Anwar untuk menipu rakyat Malaysia dalam pilihanraya.

Banyak janji-janji manis dibuat di atas nama Pakatan Rakyat sehinggakan ramai orang terpedaya dan memberi undi kepada mereka dalam PRU13 yang lepas.

Walhal kita tahu, kalau pembangkang menang pun, tidak ada kewajipan untuk mereka menunaikan semua janji-janji tersebut kerana Pakatan Rakyat bukan pertubuhan berdaftar dan dengan itu tidak ada kewajipan menunaikan janji yang telah ditebar.

Persoalannya, apa peranan RoS untuk membasmi kegiatan seperti ini dan mengelakkan rakyat dari terus terpedaya?

Sebab itu penulis minta kerajaan melihat semula fungsi dan peranan RoS supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan pendekatan-pendekatan tidak bermoral untuk berkuasa dengan cara menipu seperti kewujudan Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama menaikkan imej pertubuhan di negara ini supaya tak jadi macam PKR.  Buat malu saja.






8 Komen to Pemilihan PKR: Masih Berkesankah RoS Lagi?

  1. itsme says:

    dlm keadaan skrg ada lg baik RoS buat siasatan biasa shj, krn puak2 extremis tgh cr point2 penting utk “amok” umno & gov servant bg menutup aib mrk… ini satu peluang terbuka yg anwar tunggu2 & ditakuti pegawai2 diRoS yg tak brp nak kuat “iman” akan goyang pulak.. jd sy harap RoS ambil tindakan dgn cara sesempurna mungkin bg mengelakkan kejadian2 tak diingini berlaku..yg malu nanti umno jugak, mana nak letak muka DSN nanti..

    satu hal lg aku pun tak rasa RoS dpt buat sesuatu kejutan, jika kail pangang sejengkal jgn diduga lautan dalam bang oii..

  2. raplahjingaa says:

    Dengan lebel pembangkang depa ingat depa boleh buat apa depa suka ?? bila depa langgar undang-undang, setiap tindakan yang diambil depa tuduh kerja UMNO nak lemahkan depa….sekolah mana depa bi belajar dulu aku pun tak tau…..

  3. hentam ajelah says:

    ….kalau asal pun pendatang…dituduh pula penceroboh….apabila duduk dlm krajaan menjadi pengkhianat….setakat parti pun tidak mampu didaftar bukan masalah pun kpd cinabeng2 tu….najib kena srmbelih hidup2…..

  4. ROS memang tkda teloq la, cuba kalo persatuan2 yg tk berkait dgn politik cepat je nk amik tindakan, apa yg takot sgt dgn DAP dan PKR tu…kalo kita buat kerja dgn betol apa yg perlu kita takot….

  5. Mr Y says:

    Ambiga mana?… Pak Samad mana?… Mana Bershit?

  6. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Suasana serba salah serba serbi tak kena sekarang sengaja diwujudkan oleh pihak pembangkang agar pihak berkuasa tidak berani bertindak……tetapi pihak berwajib perlu diingatkan yang negara ini mempunyai undang-undang dan apalah ertinya undang-undang kalau tidak dikuatkuasakan.

    Mungkin pihak berkuasa/kerajaan berharap akan dipuji sebagai kerajaan yang sangat baik dan mesera rakyat/pertubuhan dsb, tetapi percayalah kerajaan sekarang tidak akan dihargai/dipuji sebagai kerajaan yang bertimbang rasa dan baik tetapi akan dikenali sebagai kerajaan yang lemah lagi bodoh malah akan tetap berterusan dihina.

    Keadaan bercelaru (ciptaan pembangkang) sekarang lebih menampakkan kelemahan dan kebodohan pihak berkuasa dan kerajaan serta akan menjadikan rakyat bertambah tidak yakin/percaya kepada keupayaan kerajaan untuk mentadbir negara. Bayangkan apa akan berlaku jika rakyat yang dulu yakin dgn keupayaan dan menyokong kerajaan sekarang sudah tidak lagi yakin.?.

    Kerisauan ini bukan hanya saya rasai seorang tetapi dirasai juga oleh majoriti rakyat, malah TunM seorang negarawan ulung dan berpengalaman memerintah negara pun berasa risau dengan keadaan yang negara hadapi sekarang.

    Pihak pembangkang tak perlupun memenangi pilihanraya untuk memerintah negara ini kerana kerajaan sekarang sebenarnya memerintah bagi pihak pembangkang.

    Kerajaan najib perlu hentikan kebodohan ini kerana ramai rakyat merasakan undi/keyakinan mereka telah dikhianti.

  7. alimedanbaru says:

    apabila sebut tantang kelemahan pemimpin tertinggi
    maka yg selamat macam kura-kura sembunyi kepala dalam badan adalah
    pegawai kerajaan yg diamanahkan menjalankan tugas
    mereka tidak tegas
    mereka lambat bertindak
    mereka menunjukkan ketidakadilan dan zalim kpd bangsa sendiri
    Melayu akan segera dikenakan tindakan
    hingga keluar gelar -‘tindakan terpilih’.. memilih-milih ambil tindakan
    yg peliknya kalau orang bukan Melayu..lambat liat dikenakan tindakan
    ini bukan zaman keris dan lembing
    tetapi
    orang Melayu tetap bersabar dan memendam rasa
    jangan sampai keris berkarat diasam limau
    dan tombak berdebu dikilatkan
    menyampah
    meluat
    KES DAP MACAM TERGANTONG
    KES ANWAR MACAM SENGAJA DILAMBATKAN
    KES PKR MACAM TAK DIHIRAU LANGSONG
    KES HINA AGAMA ISLAM BERLALU GITU SAHAJA
    KES HINA BANGSA MELAYU JADI TERGANTONG..ALASAN KURANG BUKTI
    KES HINA RAJA MELAYU, HINGGA PESALAH MATI DAN BUANG KES
    INILAH NAMANYA agensi kerajaan MAKAN KERAJAAN
    AGENSI KERAJAAN SELAMATKAN PEMBANGKANG
    dan makan bangsa Melayu
    begitu juga apa sahaja yg berkaitan Melayu termasuklah syarikat ATAU NGO Melayu
    Najib jugak yg disalahkan….

  8. Jambol says:

    Apa jadi dengan siasatan ROS mengenai pemilihan dalam DAP ? Sudah senyap dan tiada tindakan ROS walaupun aduan demi aduan dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri !

    Tidakkah ini menimbulkan tanda-tanya besar yang terang-terang menunjukkan ROS takut mengambil tindakan terhadap DAP ?

Leave a Reply

Threesome