Menu Utama

Peguam Negara Setuju Akta Hasutan Dikekalkan?

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail semalam didesak oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian agar mengekalkan AKTA Hasutan dan menyelesaikan segera kes-kes tertunggak membabitkan isu penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi kesultanan.

Menurut sumber, Peguam Negara bersetuju Akta Hasutan dikekalkan dengan beberapa pindaan. Ini bermakna kemungkinan besar Akta Keharmonian Nasional tidak akan dibentangkan di Parlimen, tetapi beberapa perkara dalam deraf akta tersebut akan dimasukkan ke dalam Akta Hasutan.

Sejak kebelakangan banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membantah cadangan Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. Malahan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkkan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang bertanggungjawab membantu deraf Akta ini telah “dirampas” oleh pembangkang dan kumpulan liberalisme.

Turut membantah sebelum ini ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan

Sementara itu, Bernama melaporkan pertemuan semalam bahawa, seramai 60 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam mahukan berhubung kes penghinaan terhadap agama dan kaum di laman sosial yang masih belum disiasat atau diambil tindakan.

Kumpulan yang diketuai Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu mengadakan pertemuan hampir dua jam setengah, bermula 3 petang semalam.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi.

Dalam sidang media kemudian, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pertemuan hari ini kerana wujudnya banyak persepsi masyarakat seolah-olah terdapat kes pendakwaan terpilih sehingga menyebabkan banyak yang tertangguh serta tidak selesai.

“Semasa pertemuan ini, kami telah mendapatkan penjelasan dan kesimpulan yang kami dapat ialah terdapatnya kelompongan dari segi undang-undang, ada undang-undang yang lemah dan perlu dipinda,” katanya.

Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata semasa pertemuan itu juga pihaknya bersetuju dengan peguam negara bahawa terdapat beberapa undang-undang perlu ditambah baik seperti Akta Hasutan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak peguam negara juga bersetuju untuk mempercepatkan kes-kes yang tertangguh dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Katanya kes-kes penghinaan perlu dipercepat bagi mengelakkan wujudnya ketegangan kaum dan keadaan huru-hara.

– Bernama






2 Komen to Peguam Negara Setuju Akta Hasutan Dikekalkan?

  1. Baba says:

    Akta hasutan wajib dikekalkan.

  2. Anti Pengkhianat says:

    Yang terbaik kembalikan ISA.

Leave a Reply