Menu Utama

Pegangan Kuat Identiti Asal Halang Wujud Identiti Bangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir

MAHATHIR2-e1406194700571Usaha membentuk identiti bangsa Malaysia sukar dicapai kerana rakyat negara ini masih berpegang kuat dengan identiti, budaya dan bahasa masing-masing selepas negara mencapai kemerdekaan hampir 57 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata halangan itu bukan sahaja melebarkan jurang perpaduan tetapi turut membantutkan usaha kerajaan dalam melahirkan generasi baharu bangsa Malaysia.

Katanya sebaliknya aspek itu berlainan di negara jiran Indonesia, Filipina dan Thailand apabila rakyat pelbagai kaum, bahasa dan budaya menerima satu identiti untuk kepentingan dan masa depan negara.

“Kita di Malaysia bersetuju bahawa masing-masing kekalkan identiti mereka. Ia adalah persetujuan di bawah kontrak sosial pada ketika itu (1957).

“Tetapi kita kekalkan identiti negara asalnya. Atas sebab itu, kita tidak mahu berubah, dan itu tidak akan dapat melahirkan bangsa Malaysia sebenar,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk ‘Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia’ anjuran Akademi Belia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Lebih 150 belia dan siswazah daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan menghadiri siri kedua diskusi inspirasi itu.

Menurut Dr Mahathir, kurikulum pendidikan negara juga perlu menitikberatkan pembentukkan keperibadian mulia dan bukan ilmu semata-mata dalam melahirkan generasi berwibawa.

“Kita mengisi pelbagai ilmu kepada anak-anak kita, tetapi kita tidak membentuk peribadinya, dengan itu ilmu mungkin disalahgunakan,” katanya.

Dr Mahathir juga berpuas hati dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus bagi enam bulan pertama 2014, berbanding 4.4 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Memang baik. Kita boleh tumbuh dengan lebih pesat lagi kalau kita tak ada masalah perbezaan ekonomi antara kaum.

“Kalau kita cuma utamakan pertumbuhan tanpa agihan yang saksama, ia juga mungkin akan membawa kepada masalah ketegangan antara kaum,” katanya.

Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata negara dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi melebihi 5.5 peratus bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014.

Bernama.






8 Komen to Pegangan Kuat Identiti Asal Halang Wujud Identiti Bangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir

  1. semangat dato' haron says:

    Mudah sahaja pendidikan satu aliran sahaja. Hapuskan sekolah cina lubuk melahirkan pengganas dan kongsi gelap. Say NO!!! to CHINESE SCHOOL

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Pegangan Kuat Identiti Asal Halang Wujud Identiti Bangsa Malaysia… […]

  3. korokstabang says:

    selagi adanya srjk ni di malaysia sampai khiamat lah akan tetap ada jurang perpaduan kaum malah kalau di ukur dari dulu sampai sekarang jurang tu semakin membesar kalau tak percaya bina lah lagi srjk biar lagi banyak pasti akhirnya ia akan menjurus kepada kekecohan kaum

  4. Rohee colnago says:

    Kita respek dengan ayahanda. Pandangan dan buah fikirannya sentiasa dapat membuka minda kita.
    Jati diri untuk setiap bangsa sangat penting untuk d pertahankan. Kita, bangsa Melayu tidak terkecuali. Untuk melahirkan bangsa Malaysia setiap rakyat sewajibnya mempunyai jati diri ini. Untuk perpaduan, keamanan dan hak, sifat dan sikap bertolak ansur sangat diperlukan. Dan sifat dan sikap ini sudah ada dan berakar umbi dalam bangsa Melayu. Dan telah jelas terbukti.
    Malangnya sifat dan sikap ini tidak wujud pada kaum pendatang yang menceroboh. Dan telah jelas terbukti.
    Kita tidak racist tapi mereka. Kita telah mengalah demi perpaduan tapi adakah mereka? Kita telah bertolak ansur demi kekayaan tapi sanggupkah mereka? Kita telah berjanji melindungi mereka dan telah kita lakukan tapi apakah balasan mereka?
    Apakah mereka lupa? Siapa mereka…

  5. syaa says:

    boleh klu nak berpegang pada identiiti asal tapi JANGAN EGO SANGAT

  6. Jambol says:

    Pegangan kuat identiti asal memang penghalang besar kepada kewujudan Bangsa Malaysia yang sebenar. Punca utamanya ialah dasar pendidikan yang memecah-belahkan rakyat Malaysia. Cina Malaysia mahu menjadi Cina’s Chinese, Taiwanese dan Hongkies; India Malaysia mahu tetap menjadi Indian India. Lahir, membesar dan menjadi kaya-raya di Malaysia, tetapi cakap Melayu pun tak tahu. Macam mana kamu nak jadi Malaysian.

    Tetapi kalau menjadi rakyat Amerika, Australia, New Zealand atau Jerman, pandai pulak bertutur dalam bahasa tempatan dengan cepat walaupun tidak dilahirkan di negara tersebut !!!

    Kami merindui zaman-zaman bersekolah tahun 1960’n dan tahun-tahun sebelumnya dimana pergaulan mesra kami di sekolah dan di luar sekolah tidak mengira bangsa dan ugama. Hari ini apa dah jadi !!! Perpaduan yang ditunjukkan hanyalah “superficial” saja.

  7. raplahjingaa says:

    Yup betul…..PLKN pun satu kegagalan besar, aku tak nampak kebaikan yang significant pun dengan PLKN ni, buat perabih duit je. Kalau hangpa tak caya hangpa tengok bebudak PLKN semasa outing, cina duduk dengan cina, india duduk dengan india dan melayu duduk dengan melayu….mana intergrasi nasional yang diwar-warkan ??? elek !!

  8. Baba says:

    kalau benar bangsa lain mahu status samarata, sanggupkah mereka tinggalkan identiti negara asal mereka dan bercakap dalam bahasa kebangsaan sahaja dan bersekolah kebangsaan sahaja tanpa jenis kebangsaan? kalau tak sanggup jangan cerita pasal

Leave a Reply

Threesome