Menu Utama

PAS “U-Turn” Kali Kedua? Pening Rakyat Fahami Dirimuuuu….

PAS u turn lagi

Artikel penulis yang bertarikh 14 Ogos 2014 telah menyatakan keputusan yang bakal berlaku pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos 2014. Sememangnya itu telahan penulis, yang rupanya dizahirkan oleh kepimpinan PAS sendiri.

Anda boleh baca artikel berkenaan DISINI.

Dilanda dengan pelbagai kritikan termasuklah dari ahli-ahli mereka sendiri akan sifat “U-Turn” nya apabila tidak sekata dengan keputusan oleh majlis yang mereka sendiri masyhur dan agungkan, iaitu Majlis Syura Ulama PAS.

Tidak tahan dengan hujah tentang kebenaran dakwaan “U-Turn” dari segenap lapisan masyarakat, hari ini PAS, melalui Setiausaha Agung parti, Mustafa Ali membuat pusingan “U-Turn: Part 2” apabila menyatakan mesyuarat kedua Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan bahawa  parti itu menyerahkan keputusan berhubung perlantikan menteri besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengikut kefahaman penulis, ini bermaksud, segala keputusan pertama tidak lagi boleh digunapakai. Bukan kah begitu? Apakah yang sebenarnya PAS cuba corakkan ?

Apa yang penulis boleh katakan, PAS cuba bersikap “playsafe” dengan tidak mahu dilihat “tidak berpijak di bumi yang nyata” dalam menentukan perlantikan Menteri Besar berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor. Tindakan PAS ini juga  diharap dapat meredakan api kemarahan di kalangan pengikut PAS yang setia kepada golongan ulama PAS hasil dari sistem pentarbiyahan yang telah bertahun-tahun lama diamalkan.

Lihat sahaja apabila 2 orang ADUN mereka yang dikhabar melalui media telah berbai’ah taat setia kepada parti menjelang PRU yang lalu, tetapi berpaling tadah dan ingkar arahan parti! PAS sedar, jika asas ini tidak dipelihara, kelak hilanglah rasa hormat ahli kepada kepimpinan parti.

Tidak mustahil juga sekiranya ada yang menganggap “U-Turn” kali kedua ini bersikap “damage control”. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh PAS kerana gagal menetapkan pendirian mengikut amalan lazim parti tersebut. Akar dan dasar perjuangannya telah diracuni oleh ejen-ejen Anwarinas, sehinggakan akar tunjang yang menjadi teras mula layu sambil menanti bungkam ke bumi. Hibanya Nik Aziz dan Hadi Awang bukan kepalang apabila kata-kata mereka tidak lagi digunapakai oleh ahli sendiri.

Namun, dengan tindakan terbaru PAS ini, apakah boleh dikategorikan sebagai penarikan diri daripada Pakatan secara halus kerana enggan menuruti kemahuan Anwar Ibrahim dan menolak Presiden PKR sebagai Menteri Besar?

Mustafa menyifatkan dua nama calon yang dikemukakan dalam mesyuarat sebelum ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘tidak berbangkit’. Begitu juga dengan kewujudan surat berkanun hitam putih yang ditandatangani oleh 2 ADUN PAS, juga berstatus “tidak berbangkit”.

Apa maksud “tidak berbangkit”? Tidak relevan? Tidak digunapakai lagi? Atau apa? Mustafa enggan menyatakan maksud “tidak berbangkit” secara terperinci. Apakah nasib Wan Azizah dan Azmin Ali dalam drama “U-turn” terbaru ini?

PAS juga telah mengesahkan baki 13 ADUN nya tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar. Malah, Saari Sungib pula mendakwa dirinya bersama-sama dalam sidang akhbar Wan Azizah sebelum ini hanya untuk menyatakan pendiriannya untuk tidak menyokong Khalid Ibrahim, bukannya menyokong Wan Azizah!

Wow… politik apakah yang sedang dinukilkan oleh PAS? Apakah Anwar Ibrahim bakal mengalami mimpi ngeri “Tragedi Kajang” tatkala lambaian Sungai Buloh dipatrikan pasti?

Apa pun jenis permainan politik PAS, penulis ingin ucap tahniah kerana tampil dengan resolusi kedua ini yang dilihat lebih bijak  berbanding resolusi pertama 17 Ogos yang lalu, dengan syarat harus ada pimpinan PAS pusat yang berani berkata bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah terbatal serta merta!

Ada berani? Atau sekadar untuk melepaskan diri?

Asyik “u-turn” manjang, tak pening ke?






21 Komen to PAS “U-Turn” Kali Kedua? Pening Rakyat Fahami Dirimuuuu….

  1. arhi says:

    Harap Pas dapat membuat pendirian tegas dalam hal ini demi menjaga maruah parti sebagai yg tidak tetap pendirian dan pengecut

  2. alimedanbaru says:

    Apa pun elok lah juga sesekali Pas ‘ajar’ sikit Anwar Ibrahim
    anwar ingat semua kata dia adalah pemutus
    semua orang kena ikut
    semua kena setuju
    anwar ni kalau dia jadi PM
    DIA TAK PERLUKAN MENTERI KABINET
    DIA BOLEH ARAH TERUS APA YG NAK DIBUAT & DILAKSANAKAN TERUS
    TAK PERLU BINCANG
    TAK PERLU KAJI
    BUAT SAJA
    elok sangatlah Pas ajar PKR
    wbpun Pas masih takut-takut berani
    tak yakin dengan diri sendiri
    masih berlapik tal terus terang

    rumah kosong elok dikunci
    kena tinggal nangis tak berlagu
    kalau benci katakan benci
    biar anwar tak tertunggu-tunggu
    hehe

  3. Madu 3 says:

    Tengok Stopa…ingat spendar putih.

  4. memang terok says:

    Kita sering cuba control diri dari mengutuk, walaupun pihak mereka tidak pernah berhenti mengutuk.

    Yang jelasnya macamana kita boleh henti mengutuk pihak2 beliau ini. Tengok muka Setapa… mengingatkan kita apa? Tengok muka AnwarIbrahim, lagilah….

  5. samad says:

    munafik memang macam itu lah perangai dia.

    apa nak heran dengan PAS.

  6. siluman says:

    org UMNO jgn tertipu lagi dgn SIAL pas….depa ni takut DUN bubar tak pun pasal PRK d PK. Tak dengor ke camna timbalan mb kelantan kata apa ?! UMNO ni disamakan dgn nasib MH17……tunggu kerat kepala aje nasib UMNO ni katanya. Org UMNO ni awat yg tak sedar2 lagi ni, sudah la kena main dgn pas…..pemimpin2 UMNO cam kj zahid pun turut sama membodohkan parti sendiri !! ggrrrrrr….

  7. Pak Tho says:

    Yang peningnya statement stopa, serah pada kebijaksanaan Tuanku Sultan utk memilih, yg peliknya pkr hanya calonkan jijah je. Yang lain tu mana?.

  8. kulaan says:

    UMNO tak harapkan apa-apa. Harapkan Pemuda UMNO..? Tak ada telur langsung…Takkan nak harap Najib juga..? Fikirla..Ketuanya kata tak apa pekerjanya sokong PR,,kalau apa yang dibincangkan sulit di MT UMNO terbocor..? sapa susah..?

  9. decepticon jr. says:

    da mcm israel plak aku tgk.skjap gencatan senjata ,sekejap bom plak.kemudian gencatan lg.klu puak 2 ni yg memerintah negara,ada nti ,5 syawal baru kita sambut hari raya.dieorang asik berbalah je sesama sendiri.geng yg ni setuju,geng satu lg bantah pulak pasal anak bulan.dah biase sgt tgok bulan purnama jew.

  10. Tubir says:

    tak hairan dan tak terperanjat pun seban pas dari dulu lagi memang munafik dan pembohong serta kaki fitnah.

  11. Baba says:

    Patut highway kat kelantan tak boleh nak buat,asyik jalan sikit saja dah u turn

  12. reds says:

    pening…..kesian rakyat selangor…..

  13. PakLong says:

    Berapa kali mau U-Turn daaaaa?

  14. raplahjingaa says:

    PAS la ni serba tak kena….nak tunjuk kuat, takut diluku oleh anwar….nak ikut anwar, takut pulak dituduh pengecut oleh ahli sendiri.

    la ni tinggal la lebai-lebai PAS dok usung labu…tunggu air laut pasang, pakat-pakat nak terjun.

  15. Azhar Bin Zain says:

    PAS sebenaq nak nak jawatan MB tu tp malu2 kedberi. sbb tu pura2 sokong wan azizah cadang plak azmin sbb tahu dah dua2 ni lahir obersea mana leh jadi MB

    terang2 la skrg ni jawatan tu boleh kat PAS. tu yg u-turn balik kata serah pada kebijaksanaan tuanku. klu tuanku pilih lepa…lepa kata tuanku bijak…klu tuanku bubar dewan….ayam berak kapoq la PAS

  16. system baru says:

    dengan kuasa ada pada sependa putih ”anwar ketakutan cuba bayangkan anwar ini bergusti wwf dengan sependa putih lawan kerusi siapa akan menang

  17. wan aisyah says:

    mtk mf ye sedara dan sedari…ok sy nk bg pndangan je…tp mf klw pndangan yg sy beri tdk mmuaskn hati sume…satu soalan yg sy nk tnjuk kpada pkomen2 bijaksana…adakah anda tahu ape yg akn tjadi pada ari esk???lusa???bulan dpan???adakah anda tahu sape yg akan mmerintah ngara suatu hri nty???adakah anda tahu bila anda akan mati???sy ney xpndai owgnya.,.bodo la jgk…sekolah pn mlz…jd sy pn xpndai dlm hal politik ney…jd sy nk ty pkomen2 yg bijaksana…apakah hukum mhina dan mcaci sesama manusia???apakah dalam Al Quran mgajar kita hdup mhina dan mcaci ssama sndri tambah pula seagama???pnah Nabi S.A.W mgajar umatnya sbegini???maafkn sy…assalamualaikum///

  18. yon76er says:

    bujuk@AHJ & Moooo@siLembu!!!!!!!! apa komen???sonyap ajor…???

  19. sireh ke gagang says:

    presiden tak mahu wan aziziah . alasan = agama dan kelayakan
    13 adun tak mahu azmin .alasan = tidak diketahui .

    So PAS , telah nyata disini , di dalam parti kamu berlaku 1 pergolakan hebat antara geng ulama & geng anwarinas . sekian lama macai , pengampu dan pejuang2 PAS menafikan , akhirnya Tuhan yang maha besar lagi maha mengetahui , telah pun membuka aib kamu. lebih lama lagi kamu bersama kafir DAP & PKR , akan banyak lagi bala bencana menimpa ke atas kamu . sedarlah org2 PAS. parti kamu makin mendapat malu saban hari. ini bukan perancangan manusia. tapi kerja sebaik2 tukang perancang .

  20. shimo says:

    Inilah organisasi yg xpatut anda masuk..@ ikut..sbb ktua dia dh xde kuase…dgn kate lain lemah
    sub2 dlman parti xde kuase mcm yg dpruntukn…Ianye skang umpama dendangan lagu rakyat mlayu yg masyhooo ” Hadi oh Hadi…knape engkau sedih”….”mcmane aku x sedih…..”

  21. raplahjingaa says:

    Aik, abang stopa…janda mami kelang tu sudah break off ke ?? boleh tahan jugak hang noooo…..hehehe…..cheh ! PAS haram seduit pun tak guna.

Leave a Reply

Threesome