Menu Utama

MB Selangor: Nik Aziz Tolak Cadangan Anwar, Tak Perasan Ke?

nik_aziz-MBSel

MEDIA pro pembangkang dua ke tiga hari ini terpaksa kreatif sikit dalam memberi tajuk kepada perkembangan semasa berkaitan krisis Menteri Besar Selangor.  Kreatif yang dimaksudkan disini bukan positif, tapi negatif – nak kelirukan orang, spinlah senang kata.

Ini memandangkan PAS dan Pakatan (sebut Anwar) tak sependapat dalam soal berapa nama yang nak dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

PAS nak dua nama, Azmin dan Azizah, sementara Anwar berkeras mahu hanya nama Azizah saja jadi calon tunggal.  Nik Aziz pun punya pendirian sama macam PAS Pusat, bukan Anwar.

Bukan mudah nak selindungkan benda terang macam ini dari pandangan orang melainkan guna silap mata bahasa – sekali lagi, maksudnya spin.

Nasib baik majoriti balaci semuanya tak cerdik, sebab itu dia pusing sikit keputusan PAS dengan Pakatan Rakyat, dah ramai balaci tarik nafas sebab sangka konflik dah selesai.

Walhal, apa yang selesai?  Wan Azizah masih lagi nama tunggal yang akan dipersembahkan untuk ganti Khalid, sama macam kenyataan pertama Anwar 23 Julai lepas, takde apa pun yang berubah walaupun riuh rendahnya macam nak tenggelam kampung.

Bagi kita yang melihat secara rasional ni, nampaklah apa isunya, tapi bagi balaci pembangkang yang cari alasan untuk berasa lega, dia nampak pun buat-buat tak nampak.

Persoalannya, sampai bila nak tipu diri sendiri?  Dulu pun macam itu jugak, dah kita sebut Khalid ni tunggu masa nak menyembah bumi, balaci dok sibuk perpaduan, persepakatan dan apa jadah yang lain.

Bila benar-benar kejadian Khalid dibuang untuk buka jalan kepada bini Anwar, kelam kabut pulak masing-masing cari ayat apa yang sesuai untuk menjustifikasi apa yang UMNO dah ramal dari dulu.

Akan sampai masanya nanti, semua ini akan terbongkar dengan sendiri, tak payah UMNO terlibat dimana-mana pun.

Logiknya, macam mana pulak Sultan nak perkenan hanya satu nama bila baginda tahu Pakatan ada 43 ADUN?  Takkan yang lain tak boleh, kenapa hanya bini Anwar saja yang layak?

Masa itu nanti Anwar tahulah goyang tak goyang macam mana sebab pusing tang mana pun, kuasa melantik masih di tangan Sultan.

Dengan PAS punya pendirian masih ditengah-tengah, penulis tak terperanjat kalau krisis ini berlanjutan ke tahap DUN dibubar dan satu pilihanraya negeri diadakan.  Yang akan susah akhirnya adalah rakyat kerana nafsu peribadi Anwar dah menguasai diri.






19 Komen to MB Selangor: Nik Aziz Tolak Cadangan Anwar, Tak Perasan Ke?

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: MB Selangor: Nik Aziz Tolak Cadangan Anwar, Tak Perasan Ke? […]

  2. alimedanbaru says:

    Apapun Nik Aziz dan Hj Hadi sepatutnya faham tapi buat-buat tak faham
    bahawa Mat Sabu dan spesisnya dalam Pas langsong tak hormat dengan Majlis Syura.
    Semasa membuat kenyataan mengumumkan nama Wan Jijah dan Azmin Pisang semua gang Mat Sabu tak berkopiah dan berserban.
    semua tunjuk jari tanda bagusss!
    Maksud mereka – ‘MAJLIS SYURA BOLEH BELAH’!

  3. bujuk says:

    Bila Presiden tak turun.. itu menunjukkan PAS tak ambil berat sangat isu ni atau PAS tak setuju cara politik PKR ni. Itu bahasa politik bila presiden tak turun dalam isu2 besar begini. Ia juga sebagai amaran jangan buat lagi perkara begini.

  4. WTF says:

    Hahahaha, Presiden PAS dah jadi Presiden AMARAN!!!

    Hadi Awang bagi amaran kat siapa Bujuk!!!

    Cuba ulas lebih lanjut sikit!!!

    Ada baiknya Bujuk jadi ENFORCER kepada Presiden AMARAN, tapi hang jangan ambik hati kalau puak2 Mat Sabu, Anwar dan Lim Kit Siang buat donno AMARAN dari Presiden AMARAN!!!

    Lagipun, bukankah dana nak menulis semula di MYKMU dah disalurkan semula oleh DAP bila kepada Bujuk bila PAS setuju buat U Turn takkan sokong Khalid Ibrahim!!!

    Hehehehehe

  5. raplahjingaa says:

    oooooo…..macam tu ke bujuk ?? presiden tak turun maknanya presiden bagi amaran jangan buat lagi pekara begini ??

    oooooooo….dulu kini dan selamanya PAS perlukan orang macam hang !! hahahahahahaha……mat spin !

  6. mooo says:

    Tak pa lah..kamu bukan buta tuli sokoooooooooooooooooooooooooooooooggg je..! macam parti tu,..

    Nanti parti tu akan ada lah perhimpunan pok amai-amai… Pemimpin rasuah, gangster dan low IQ akan dok atas pentas. Kat bawah akan kipas se kipas-kipasnya.. siap dgn pantun dan lawak jenaka….

  7. Pak Tho says:

    Bila tengok press confrence mustafa hadi dan nik ajis, ditanya wartawan mengapa hanya w jijah diusulkan kpd sultan bukan 2 nama seperti diputuskan ,jawapan yg diberikan nmpak berbelit macam sarban daa. Kesian ….Anwar yg berak, ulamak pas yg beria- ia mahu cebukkan punggung bertaik nuar tu.

  8. WTF says:

    Siapa pemimpin rasuah, gangster dan low IQ tu Mooh??

    Yang aku tahu, sifat2 tu ada pada pemimpin PR!!!

    Oh ya Mooh, hang janganlah dok mention pasal KIPAS, kang terasa nanti bakal mak mertua hang si Wan Azizah tu Mooh!!!

    P/S: Bila Mooh nak nikah dgn Nurul Izzah, saudara raplahjingaa tak sabar nak sponsor bunga telur ni!!!

  9. alimedanbaru says:

    ITU LAH WAJAH PAS SEBENAR-BENARNYA
    dalam masa satu dunia kutuk dan pinggirkan Israel Zionis tapi PAS berbaik sesungguh lagi dengan kawan Yahudi…anwar brahim
    dalam sesebuk rakyat pulaukan produk Yahudi macam Mc Donald..tapi Pas masih suka dengan produk amarika dan yahudi..siapa lagi…anwar brahim lah
    Depan mata Plalestin dan Gaza kena pom dan dititik oleh Yahudi
    Orang UMNO berkonvoi sabung nyawa hantar bantuan
    yang pelik pemimpin Pas tak peduli itu semua..masih bangga bermusuh dengan UMNO
    ASYIK NAK BERPOLITIK
    MASIH SAYANGKAN SPESIS YAHUDI PENYOKONG COMANGO, MENYAMARATAKAN AGAMA, KEBEBASAN SEX, JUAL KALIMAH ALLAH, AMBIL JAWATAN ANAK BERANAK DLL
    SAH..PAS BUTA MATA, BUTA HATI DAN MATI HATI!

  10. baba says:

    nik ajis memang tak setuju dgn pencalonan jijah tapi sebab peranan pas hanya sbg barua dlm pakatan kenalah terima

  11. reds says:

    abang bujuk kata:

    Bila Presiden tak turun.. itu menunjukkan PAS tak ambil berat sangat isu ni atau PAS tak setuju cara politik PKR ni. Itu bahasa politik bila presiden tak turun dalam isu2 besar begini. Ia juga sebagai amaran jangan buat lagi perkara begini.

    presiden jenis apa yang turun padang…sedangkan kes begini melibatkan kesejahteraan rakyat ngan negeri….ini bukan tukar ketua kampung…tapi mb (orang pas laa kata)
    tapi macai hardcore super islamik cakap pas x ambil berat isu nih…..senang citer sumer berbelit laa pas nih……buat malu agama jekk…..

  12. itsme says:

    tak ada nak dihairankan jika pas u turn, yg hairan bila pas jalan tegak dan lurus.. itu baru ada ummp!! setakat u turn biasa dah kita dengar dan sememangnya semua dah jangka akan jd begitu punnnnnnn!!

  13. gambus says:

    ahhahaha presin PAS bukan sahaja presiden amaran tapi tahap badut dan patung , seperti ulamak mereka semua yang dah jadi bisu dan dibisukan hahahahah hebat kau bujuk punya spin

  14. arhi says:

    Tak boleh percaya lagi nanti buat u turn atau coner baring pula terlopong mulut para pengikut dah nasib

  15. rapahjingaa says:

    Nik ajis dan aji adi dah tak dapat nak kawal PAS 360, puak anwarinas dah mula tunjuk belang, majlis syura dah tak berpengaruh lagi, dah jadi macam majlis istiadat bersiram.

    Ada ke satu itenti Islam, yang menyokong kepimpinan seorang wanita ? Darurat sangat ke ??

  16. lang buana says:

    Ha ha ha…dia org dah abis idea nak spin story

  17. anakbochek says:

    moo pukul anak sindir menantu? Hehehe… semua trait tu ada pada pembangkang. Low IQ (mahfuz, mat sabu), gengster (ronnie liu), rasuah (semua ada) dan kipas mengipas (itu Wan Jijah bro…). Terimakasih atas pencerahan mooo

  18. bujuk says:

    Yg. pastinya…. umno gigit jari dengan langkah PAS. Yg. berangan nak jadi exco paling kecewa…. kerana PAS siap bagi amaran pada Khalid akan tarik sokongan jika yb umno d lantik.

  19. apahal? says:

    Apa yg ko merepek ni bujuk? Masw bila UMNO ckp nk jadi exco. Ko ni bodho ke apa. UMNO ada 12 kerusi je, nak jadi exco apa..bujuk, kalau ko bodho jangan tunjuk sangat laaa..

Leave a Reply