Menu Utama

Pas pusing lagi, 13 Adun enggan tandatangan sokongan

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.”

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan “dalam masa terdekat” bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Bukti sokongan

Malaysiakini difahamkan, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.

Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah.

Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu.

PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebut.






32 Komen to Pas pusing lagi, 13 Adun enggan tandatangan sokongan

  1. korokstabang says:

    nak mesorat lagi bila mau abis inilah padahnya rakyat pilih gabungan parti cap ayam sebagai kerajaan selangor amik nko rakyat selangor

  2. Rohee colnago says:

    Kecoh lah… Pergi ambik P. Pinang jea. Tak kan DAP x nak kasi… Geng sama-sama jahat kan.

    Kejap lagi PAS spin … Macam biasa.

  3. dina says:

    Aritu duk sama2 dgn lks,ai,lge etc menyatakan sokongan.
    Makna nye PAS ni kuat menipu lah ye.
    Sifat Islam terserlah.

  4. adi says:

    Ingat la pengundi pengundi pr yang kapir bila mati tetap kafir conform ke neraka, pemimpin islam yang kaya di dunia jangan jadi muflis di akhirat jika percaya rukun iman. Ini adalah petunjuk dari allah kerna tak bersyukur dan terima fitnah dari pemimpin yang tak ada keimanan. Menang dengan majoriti pengundi yang banyak bukan bermakna allah suka dan kalah bukan allah benci tapi allah tetap suka orang yang bertakwa di jamin kesorga allah. Doa dari kita semuga allah melindungi orang yang berkidmat untuk masyarakat.

  5. raplahjingaa says:

    laaaaaaa…..tak settle lagi ke ??? PAS buat u turn lagi ??? adoi laaaa………..

  6. anonymous says:

    Hebat, pengkhianat 2 orang boleh berbalik menekan 13 orang.
    Oh lupa, sebab AJK pusat jugak.

    Jadi siapa yang langgar baiah sekarang?Yang berdua atau yang 13?

  7. Baba says:

    Punggah, drama yg tak habis2 lagi

  8. raplahjingaa says:

    alaaaaa…bang non tak ada dalam mesyuarat tu…berani la PAS nak acah-acah, tak mau sign konon…tunggui bang non balik nanti…dia jeling jer, lentang pukang lebai PAS akan sign pengakuan tersebut….orang yang pertama akan sign ialah khalid samad.

    Politik PAS ni…so predictable.

  9. raja kongkiak says:

    alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….besok depa tuh pi laaaaaa,biasaklaaaaa buat-buat ketegaq sekit lepas tuh..ermmmmmmmmmmmmmm…agaq-agaq laaaaa..

  10. reds says:

    contoh terbaik parti politik islam dalam menyelesaikan masalah…….macam hampas…

  11. alimedanbaru says:

    dalam buat-buat degil tak mahu sokong wan azizah
    lebih baik Pas terus menamakan orangnya jadi MB
    ADA BERANIKAH?
    kalau betul Pas parti bermaruah bagi tunjuk sikit awakpun boleh memerintah
    ini tak masih macam kura-kura, simpan kepala dalam badan
    bermaruahlah sikit wahai Pas
    Majlis Syura kalau anak jantan
    sila arahkan Pas Selangor menamakan calon MB
    atau Pas boleh dianggap kecut dengan Anwar dan Dap!

  12. tuah says:

    anwar si desperado tua yg mabuk gila kuasa.

  13. Mohd daniel iskandar says:

    Nampaknya lim gong gong dan aljuburi kena sogok lebih dari ape yg mat sabu dan kuncu kuncu mereka dapat semasa perbincangan yg kepas sehingga menyebabkan pas buat U turn…

  14. Anak_Nogori says:

    Mesorat PAS pusat kata..kami tak mahu jawatan MB tu…kalau tak mahu..awat tak mahu sign?.

    Ka..memang PAS tak mahu wanita jadi MB dan seterusnya exco2 PAS dengar cakap boss wanitanya.

    PAS tak leh cakap terus terang ka?..mesti cakap berbelit2 ka?.

  15. siluman says:

    itu semua drama arab+hindustan….takut kalau khalid cadangkan bubar DUN…

    pasIAL dulu kini dan selmanya…..

  16. mangkok hayun says:

    PAS duri dalam daging dalam PR dan juga duri dalam daging penyatuan bangsa melayu dan islam.Parti mcm ni bakal hancur kerana tiada siapa yg akan percaya parti putar belit

  17. hentam ajelah says:

    Betul tu…..pas dah macam main bontot pulak….sekejap sorong sekejap tarik…time tarik nampak byk kunyit cepat2 sorong balik…

  18. stingray says:

    Kalau hukum hakam agama pun depa dok pusing keliling….inikan pulak isu MB Selangor tu…pasai tu kalau selisih jln dgn puak2 ni, kita kena baca ayat Al-Quran, supaya dijauhkan dari hasutan syaitan yg direjam…

  19. adi says:

    Betul apa yang stingray tulis mereka ni macam tak tahu hukum agama yang mana halal yang mana haram yang mana sunat yang mana makruh dan yang mana harus. Mungkin dah lama berpolitik maka terlupa membaca al quran dan hadis. Mereka sekarang terlalu membaca bukan kitab allah tapi buku jingga sebab tu tak jumpa macamana nak jadi pemimpin yang di redhai allah. Dalam buku tu how to be a leader buka how to be a good leader dunia dan akhirat. Ya allah kau jauhi la pemimpin yang bukan pemimpin.

  20. anonymas says:

    Ah, senang2 bagi jelah hadi awang jadi MB

  21. dkds says:

    Nyonya kipas punya hal…huru hara satu negeri kerana diliwat anwar

  22. bujuk says:

    SU majlis syura dah maklumkan… PAS tak terima wanita jadi ketua dan akan usaha pertahankannya. PAS sokong MB dari PKR kerana itu termaktub dalam perjanjian.. 13ADUN PAS belum bagi persetujuan kerana masih tunggu perkenan Tuanku Sultan dan menjaga kedudukan Sultan. Tuanku tentu tiada pilihan selain tunduk dengan desakan Anwar/PKR jika semua ADUN PAS setuju K.Wan jadi MB. Tapi dengan tindakan PAS sekarang Tuanku masih mempunyai pilihan untuk meminta calon ke-2 dari PKR atau bubarkan DUN s’gor. Aku harap Tuanku bubar DUN jika PKR terus berkeras dengan 1 calon. Biar K.Wan tahu dia menang sebab sokongan PKR semata2 atau sokongan PAS.

  23. arhi says:

    Umnoo usah peduli ttng pas ini lantak pilah dgn kerenah flip flopnya perkemaskan jentera parti takut2 akan diadakan pilihanraya dlm masa terdekat ibi jgn dok syok sendiri, belajar dari pengalaman lalu dgn tersungkurnya Umno di sini akibat terlalu over confident

  24. Anak_Nogori says:

    tuhan sudah bayar cash.

  25. rakyat selangor says:

    Mana pergi suara dan kuasa Dewam Ulamak Pas? Sebelum ini kuar statement xnak Wan Azizah. Tp lps AJK mesyuarat statement berubah. Xperlu ada dewan ulamak jika pemimpin pas sdiri xbole nk hormat dewan ulamak. Memalukan sungguh jika suara ulamak dipertikaikan dan dipandang remeh. Jangan jadi munafik.. Cakap lain buat lain. Parti yg gunakan nama Islam xseharusnya menunjukkan attitude mcm ni. Rakyat xbodoh dan boleh nilai semuanya.

  26. rakyat selangor says:

    Ulamak di sanjung tinggi konon… Tp pemimpin sdiri xdengar suara ulamak. Dewan ulamak kuar statement lain AJK kuar statement lain. Sini saja bukti pemimpin dan pengikut sdiri tolak ulamak. Ulamak dlm parti sdiri pun ditolak jgn kata ulamak bukan parti… Lagi la xnak dengar. Sape yang tolak ulamak sebenarnya? Nmpk kuasa anuar dpt jajah pemikiran pas. Hebat anuar boleh control korg. Sememangnya Pas adalah macai Anuar yg sudah terserlah kepekungannya sekarang.

  27. WTF says:

    PAS ni dah bukan kira Parti U Turn, tapi boleh considered Parti Roundabout!!!

    Pusing2 duk kat situ jer, bila PAS nak game!!!

    Sekiranya Sultan Selangor sekali lagi offer jawatan MB Selangor kepada PAS, ambik jer… dan pedulikan PKR dan DAP tu!!!

    Lebih baik PAS hidup ada bermaruah daripada dok kena panggil keldai PKR dan DAP!!!

  28. bujuk says:

    WTF tak payah apikan PR, umno pun tak rebut kerusi KM p.pinang masa umno ada lebih kerusi berbanding Gerakan dan MCA. PAS tak mungkin mungkir janji.. kecuali semua parti setuju PAS mengetuai s’gor.

  29. raplahjingaa says:

    Tak kan DAP dan PKR setuju PAS mengetui Selangor, kecuali ianya diatur macam PAS mengetuai Perak dulu….nizar jadi puppet ngeh bersaudara.

  30. WTF says:

    Minta PAS ambik hak yang dikurniakan oleh Sultan Selangor pun hang kira aku api2kan PR???

    Hahahaha, memang SAH yang PAS ni KELDAI kpd PKR dan DAP!!!

    Dan jangan takut Bujuk, PKR dan DAP takkan setuju dgn PAS untuk memerintah negeri Selangor!!!

    Aku pula sudah pasti takkan setuju, sebab KESIAN kat org Selangor jadi mundur dan miskin macam KELANTAN!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKA!!!!

  31. PakLong says:

    13 DUN PAS enggan tandatangan memorandum sokongan? Alahai…itu cuma wayang opera Cina sahaja. Berapa lama sangatlah mereka boleh bertahan camtu. Sekejap lagi bila DSAI pergi Murshidul Am, maka layulah ketegaq 13 ADUN tu. PAS kan suka U-Turn.

  32. anakbochek says:

    Ayoyo… ini PAS bukan bikin U turn lagi, tapi sudah bikin roundabout dan merry go round.

Leave a Reply

Threesome