Menu Utama

Pas, PKR, DAP perlu kemukakan lebih dua nama calon sebelum 3 September ini

khalid_ibrahim_sultan_selangor_1108_840_564_100Istana Selangor meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar sebelum 3 September ini.

Utusan Malaysia difahamkan, tempoh itu diberikan Istana Selangor menerusi surat rasmi yang dihantar melalui serahan tangan ke pejabat ketiga-tiga parti itu hari ini di atas nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng.

Dalam surat yang diutuskan melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu, Istana Selangor meminta ketiga-tiga parti berkenaan menyerahkan senarai tersebut bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pertimbangan serta memberikan perkenan kepada mana-mana calon yang difikirkan baginda adalah layak untuk menduduki jawatan itu.

Proses itu sejajar dengan konvensi yang sudah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Utusan.






8 Komen to Pas, PKR, DAP perlu kemukakan lebih dua nama calon sebelum 3 September ini

  1. yon76er says:

    DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..

  2. itsme says:

    sure punya pas pusing blk dan sokong dswa.. pas yg aku kenal pun lbh kurg nuar..

  3. Sekiranya PKR, PAS dan DAP gagal berbuat demikian pada atau sebelum tarikh berikut, kekalkan TSKI sebagai MB Selangor atas dasar dia dilantik menjadi MB Selangor pada masa itu atas dasar sokongan majority.

    Tidak perlu dia digugurkan dari jawatan MB hanya kerana telah dipecat partinya kalau DYMM Sultan Selangor yang berhak mengesahkan perlantikanya sebagai MB masih menaruh kepercayaan penuh kepadanya.

    Paling penting TSKI sebagai MB Selangor tidak melakukan kesilapatan berdasarkan undang undang dan perilaku yang mewajarkannya letak jawatan.

    Jangan layan golongan yang tamak kuasa dan sombong. Dagang merempat lagi di negeri Selangor!

  4. sireh ke gagang says:

    syabas Tuanku . Tunjukkan kpd barua2 politik ini , peranan raja & istana dalam pemerintahan negeri . Selangor Darul Ehsan negeri berdaulat , rakyat sepakat berdiri bersama Tuanku.

  5. cakulacawacangah says:

    Saya anak selangor berdiri bersama Tuanku…..jangan bagi muka puak puak yg rakus ….. …..buat yg terbaik untuk Negeri Selangor

  6. raplahjingaa says:

    Macai Pakatan haram dok kecoh siapa mengkianati siapa,…..tak dak siapa pun yang ambil peduli ke arah manakan Selangor harus dihalakan dari segi pentadbiran, ekonomi, siasah diri dan kemajuan secara am.

    Akibat anwar dan keluarga dia….haru biru jadinya selangor, DAP seperti biasa akan menyokong pihak mana saja yang sanggup mengharu birukan orang melayu dan agama Islam, kerana itu ialah tujuan utama mereka sebelum mengusai negara ini. Sekarang DAP dah dapat proxy yang paling boleh diharapka iaitu anwar dalam bentuk PKR.

    Sebenak-benak PAS, depa mula menarik brake bila melihat kemungkinan pertembungan krisis antan sultan dan anwar, mereka tahu sangat anwar akan kerahkan ahli-ahli PAS untuk buat demonstrasi malah boleh menjerumus kepada rusuhan. Aku rasa PAS dah belajar dari pertembungan yang sama di Perak 4/5 tahun yang lepas. Di mana atas hasutan DAP macai PAS sanggup menderhaka pada sultan, sedangkan cina-cina DAP ni semua cuci tangan, dan menuding jari pada PAS. Akhirnya…..PAS jugak yang menerima akibatnya. Cina Perak sempat dapat tanah berstatus 999 tahun…melayu PAS dapat apa ??? habis-hais sangat kontrek cafeteria di bangunan SUK.

    Kesian jugak aku kat aji adi…..dah berserabut dia sejak semenjak ni, manakan nak senangkan hati puak anwarinas dalam PAS, dan pada yang sama, untuk menghalang mereka dari merosakkan PAS dari dalam. Harun Din dah jadi bisu sejak kes kalimah Allah dulu, majlis syura dah tak dihormati lagi….so kemana arah tuju PAS ??

  7. baba says:

    tak bagi juga senang saja, sultan lantik saja sesiapa dr adun2 yg ada utk perintah sehingga pru14

Leave a Reply