Menu Utama

PAS Jenis Tidak Tahu Hormat Kawan, Bersikap Munafik Dalam Persahabatan

Oleh Riana Abd Aziz

Nampaknya Pas masih belum bersedia untuk menutup mulut dan jauh sekali untuk tunjukkan sikap dayus dalam isu penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Kali ini penulis melihat wujudnya sekumpulan ‘pemimpin kecil’ yang sudah tunjukkan rasa meluat bila dicabar DAP. Kumpulan ini mempunyai nama di peringkat ahli parti dan mereka popular dengan gelaran “Geng Ustaz”. Walaupun mereka bukannya berada di saf kepimpinan tertinggi namun suara mereka selalu menggegarkan pentas ceramah Pas di seluruh pelusuk Markaz Pas di seluruh Malaysia.

Terbaru, mereka bangkit menyokong Presiden mereka, Hj Hadi Awang dalam isu Khalid-Wan Azizah ini. Malah mereka juga mendokong kenyataan tegas beserta ‘nas’ yang dikeluarkan secara rasmi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor ini.

Paling memeningkan kumpulan pro Mat Sabu, Geng Ustaz ini dengan pantas melancarkan kempen Solat Hajat Perdana bagi menyelamatkan Selangor.

Menurut sumber, penulis dimaklumkan bahawa Geng Ustaz ini adalah ‘NGO’ yang kononnya ditubuhkan menyokong Pemuda Pas Pusat dan Pas amnya. Justeru, program Solat Hajat Perdana ini adalah kerjasama antara Geng Ustaz dan Pemuda Pas Pusat serta dibantu oleh Pemuda Pas Selangor.

Program mengejut ini mendapat reaksi yang amat kurang senang kepada kumpulan Pas beraliran Anwar atau lebih dikenali dengan gelaran Anwarinas. Mereka pertikaikan kalau ingin selamatkan atau pertahankan Kerajaan Selangor, kenapa program ini dibuat di Kediaman Menteri Besar Selangor? Bukankah kebiasaannya Pas akan arahkan solat hajat khas dibuat di Markaz Pas di seluruh Malaysia?

“Solat Hajat ini untuk Khalid atau Selangor?” inilah persoalan yang sudah mula berlegar di media sosial dan juga di warung-warung kopi.

Memalukan juga bila penulis dengar bahawa nama anak Tuan Guru Nik Aziz dikaitkan terlibat dalam program Solat Hajat Perdana ini, Nik Abduh, walaupun nama dan gambar beliau tiada dalam poster atau baner yang sudah mula dipasang di tempat-tempat strategik di sekitar Shah Alam khasnya dan seluruh Selangor amnya.

Bagi kem Mat Sabu, mereka mula menjalankan kempen secara berfakta kononnya;

Mandat melantik Menteri Besar Selangor telah dipersetujui diberikan kepada PKR. Maka PKR yang akan memilih dari kalangan ahli partinya yang difikirkan paling layak dan yang mahukan Menteri Besar sekarang ditukarkan ialah PKR. Kenapa pula PAS pula yang naik kalut !

Jika PKR tidak ganggu perlantikan Menteri Besar Pas di Kelantan dan Perak serta Kedah (pada 2008) dan Ketua Menteri DAP di Pulau Pinang, mengapa Pas mahu mengganggu hak PKR di Selangor? Apakah PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah tidak berhak menetukan Menteri Besar Selangor seperti mana Hadi Awang menentukan di Kelantan, Kedah dan Perak atau Lim Kit Siang di Pulau Pinang?

Pas sebenarnya menghampiri ciri-ciri manusia munafik, yang apabila berjanji ia berdusta, apabila bersahabat oia mengkhianati sahabat, apabila beragama ia berdolak dalih atas kepentingan duniawi.

Akhirnya, apakah Pas rasa menjadikan nama Islam melalui solat hajat ini bagi menyelamatkan Khalid sudah boleh menghapuskan sikap munafik mereka?






14 Komen to PAS Jenis Tidak Tahu Hormat Kawan, Bersikap Munafik Dalam Persahabatan

  1. kulaan says:

    Walau apa jua keadaan, jangan mudah kita menuduh seseorang itu munafik. Bahaya……Sila rujuk pihak yang lebih muktabar. Tak kira dia UMNO ka, PAS ka….

  2. WTF says:

    Apahal pulak PAS anjurkan solat hajat nak selamatkan Khalid Ibrahim supaya terus jadi MB Selangor!!!

    Bukankah lebih baik PAS buat solat hajat supaya pembekalan air bersih mencukupi, tiada lagi kes denggi, sampah sarap dikutip dgn sempurna, dan macam2 lagi yang boleh didoakan!!!

    Oh lupa, PAS pun dalam kerajaan Selangor jugak yang menyebabkan kekurangan bekalan air, tingginya kes denggi di Selangor, dan sampah sarap tak dikutip ikut jadual!!

    Hehehehe, tapi kalau nak lagi THRILL wahai MACAI2 PAS, buatlah macam doa KO UMNO yang Nik Aziz buat dulu di Kelantan!!!

    Tapi kali ini, doalah KO PR, KO PKR, KO DAP dan KO PAS jugak!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  3. korokstabang says:

    isu mb selangor kumpulan ulamak pas bukan saja kena lawan dengan pkr & dap yang sama2 dalam pakatan malah kena lawan dengan segolongan pemimpin2 pas yang berhaluan anwarinas lagi teruk betul pas kali ini kena sepak terajang bertubi tubi nasib hang lah pas

  4. azmir says:

    Solat hajat perdana nak minta tunjuk kebenaran dalam kes liwat Anwar pun PAS tak pernah buat

  5. Pak Tho says:

    Takkan Pas nak terus berkubang dalam tong taik weii.

  6. TUBIR says:

    PAS memang munafik pun tak ada yang paling munafik selain dari pas….Ulamak dalam pas adalah golongan ular dalam semak …….sesat dan menyesatkan ….maka tingalkanlah merika ……….Satu parti politik yang mempergunakan Ugama islam demi kelansungan hidup……….kebanyakan orang orang pas adalah pelakun dan berlagak alim ……tap itu semua hanya popeng seribu wajah ………kepada golongan muda agar jauhilah kumpulan ini…..anda hanya dipergunakan ……dengan sintimen pejuang Islam…….hak tuhi…..

  7. raplahjingaa says:

    Aku ni bukan apa….bab solat hajat PAS ni, di penghujungnya akan keluarlah doa-doa merapek melalut-lalut yang tak masuk akal….solat hajat tu amat kita tekan kan, tapi doa-doa depa ni….aku skeptikal sangat-sangat.

  8. Mek esah says:

    Pas tak perlukan pkr untuk berkerajaan di kelantan….dap tak perlukan pkr utk jd kerajaan di penang…..tp pkr di selangor teramat perlu pas utk terus jd kerajaan si selangor….pkr je tak sedar diri…penulis tak reti nak beranalisis ke ?

  9. syaa says:

    inilah pilihan rakyat selangor,pemimpin yg sebuk bergaduh berebut kuasa utk kepentingan diri sendiri.kuarga nuar gak yg kaya raya nanti.

  10. MemangTerok says:

    Allah balas keatas dosa yang dibuat olih umatNya dengan berbagai cara. Balasan tidak semestinya dengan patah kaki tangan dalam accident kereta. Lemas dalam laut kerana feri karam. Kapalterbang terhempas atau hilang.

    Allah boleh membalas didunia dengan ambil balik akal fikiran yang waras dan mengurangkan tindakan wajar datang dari umatNya.

    Soal MB, kita tak nampak khalid Ibrahim terlalu perlu diselamatkan olih PAS. Kerana Khalid orang koperat cum politik yang tidak sedikit pun condong kearah trend berjubah ala PAS. Tetapi tindakan PAS itu lebih membawa pengertian dari rasa yang tidak ‘sebulu’. Satu tanda dari bibit perpecahan yang bakal berlaku. Maka PAS akan berada disebelah tepi yang berlawanan dimana duduknya sekutu dia.

    Perppecahan bakal berlaku walau tanpa kita mendoakan nya. Kita lihat saja walau pun kita tak perlu tunggu.

  11. WTF says:

    Hahahaha, Mek Esah dgn lulusan taska PASTI nak condem penulis kononnya tak reti buat analisis!!!

    PAS hanya ada 15 kerusi jer Mek berbanding DAP & PKR yg memiliki 29 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi dalam DUN Selangor ialah 56, maka dgn itu majoriti mudah masih memihak kepada DAP & PKR!!!

    Jadi tang mana DAP & PKR perlukan PAS untuk membentuk kerajaan negeri Selangor!!!

    Mek oh Mek, kalau dah tahu diri tu Mek setakat lulusan taska PASTI, jangan sembanglah Mek!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  12. Jambol says:

    Jangan mudah kita menuduh PAS bersikap munafik. Jika diteliti betul-betul, sikap kurang senang mereka dan kurang senang masyarakat di Selangor ialah sikap Anuar yang terang-terang menunjukkan parti PKR itu milik keluarganya dan berhak melantik isterinya untuk jawatan MB. Semua orang mesti akur, apa yang dia buat semuanya tak salah.

    Fikir-fikirkan lah sendiri.

  13. MemangTerok says:

    Kita tahu PAS berpolitik 24 jam sehari, 30 hari sebulan dan 365 hari dalam setahun. Maknanya PAS kerja mereka hanya berpolitik. Berpolitik tentunya berceramah . Ceramah mereka pulak tentunya tentang betapa buruk nya orang lain dan betapa bagusnya mereka. Orang lain serba tak kena , mereka semua betul. Yang betul itu mereka yang tak kena itu orang lain. Itu lah namanya berpolitik.

    Namun, apa yang paling kita tunggu dari orang PAS yang menjulang Islam, menggelar mereka parti islam ialah … berceramah dipentas mengenai islam dihadapan hadhirin 0rang bukan islam dan juga orang islam. Memperkata dan membahaskan betapa Islam lah satu satu agama yang benar yang menjamin penganutnya kesyurga dan kebahagian dunia.

    Kenapa agenda penting dan baik ini belum pernah kita lihat diadakan. Atau pun sudah ada perancangan ? Beritahu kita semua dan kita akan menyertainya asalkan isinya ialah tauhid, islam dan Allah serta rasul dan ajarannya. Tak ada yang lain.

    Kita mendengar Dr Zakir Naik & Ahmad Deedat, tetapi mereka bukan dari sini. Kita mahu orang sini, Malaysia dan tentunya dia harus datang dari PAS yang sentiasa bercakap tentang keislaman mereka. Jika ini semua tiada dalam perancangan, maka semua orang harus terima bahawa PAS hanya seuah parti politik saperti DAP, PKR dlln. Politik bercakap mengenai duniawi, bukan agama.

  14. manuia says:

    Jika PKR tidak ganggu perlantikan Menteri Besar Pas di Kelantan ……adakah PKR diterima dikelantan…adakah mereka layak untuk menganggu…
    mereka sedar orang kelantan tidak suka dgn PKR….di mana mereka tidak menang di Parlimen yang mana kesemua ADUN PAS menang….ini kerana orang kelantan memang menolak PKR di sana…atas kapasiti apa mereka nk menganggu

Leave a Reply

Threesome