Menu Utama

Pas Gagah Pertahan Khalid Tapi Membisu Isu Islam Di Selangor

Oleh Riana Abd Aziz

Akhirnya suara tertinggi dalam parti Pas juga bersuara dalam isu kemelut perebutan kuasa Menteri Besar Selangor ini.

Khalid Ibrahim boleh menarik nafas lega di atas sokongan “Suara Tertinggi” dalam parti Pas ini. Suara ini lebih tinggi dari suara Presiden parti menurut ahli Pas dan ianya satu Majlis penasihat kepada setiap keputusan Presiden Parti dan juga menentukan halatuju parti.

Majlis Syura Ulamak Pas dua hari yang lepas telah sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan syarat Khalid tidak pernah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Nik Aziz sendiri dengan tegas meminta ahli-ahli Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti sehingga boleh dipolemikkan mana-mana pihak.

Beliau juga menjelaskan kaedah saluran hebahan setiap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak Pas, “Setiap mesyuarat ini ada kaedahnya, saya tidak boleh jadi jurucakap, kita ada setiausaha.

Dalam hal mesyuarat kelmarin, Setiausaha, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ada ke rumah saya selepas waktu Maghrib dan memberitahu keputusan mesyuarat kerana saya hanya menghadiri mesyuarat tersebut untuk setengah jam pertama sahaja.

“Bagi saya, keputusan itu sangat menarik namun biarlah diumumkan beliau (Nik Muhammad Zawawi). Kita ada peraturan, tidak boleh semua orang bercakap sahaja, walaupun langit terbuka, bumi terbuka, saya mahu perkara ini dijadikan contoh dan ikutan kepada orang Pas supaya tidak ada yang bercakap tidak tentu fasal,”

Penulis teringat tentang kenyataan Timbalan Presiden Parti, Mat Sabu dan juga Ahli Parlimen Pas yang juga Naib Presiden Parti, YB Mahfuz Omar bahawa pendirian mereka sokongan Hadi Awang terhadap Khalid Ibrahim hanyalah bersifat peribadi.

Apakah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas ini, kedua pemimpin tertinggi Pas itu akan berpatah balik dan menyokong pendirian Hadi Awang sebagai pendirian parti Pas?

Kali ini dalam sejarah, penulis melihat Pas berani melawan arus dalam isu yang teramat penting di Selangor ini.

Penulis hairan, dalam isu melibatkan Kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan kepentingan Islam di Malaysia, kenapa selama ini Majlis Syura Ulamak Pas membisu?

Lihat sahaja apa nasib Dato Hasan Ali yang hanya mempertahankan idealisme Pas sebelum ini? Apa terjadi kepada Jabatan Agama Islam Selangor yang ditempelak sesuka hati oleh Khalid. Ada Pas bersuara menegur Khalid? Tiada!

Apakah kerana jumlah kerusi Pas dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan inilah peluang Pas untuk ‘tawan Selangor”?

Bagi penulis, Khalid mendapat nyawa baru dalam kemelut ini. Boleh menarik nafas lega, apapun percaturan dan asakan selepas ini, Khalid dipihak yang ‘holding power’.

Lihat sahaja malam tadi, dengan bangga membuat Solat Hajat Selamatkan Kerajaan Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor dan bukannya di Markaz Pas seperti yang penulis jelaskan sebelum ini.






5 Komen to Pas Gagah Pertahan Khalid Tapi Membisu Isu Islam Di Selangor

  1. Parpu@pelukan keramat says:

    Mana berani nak bersuara pasal islam lebih2 nanti kena tarik telinga dgn kit siang.

  2. kulaan says:

    Mungkin PAS mula berubah akibat kritikan kau selama ini. Kalau dah mula berubah..kau patut tumpang gembira…

  3. syaa says:

    pas bukan parti pejuangkan islam.sebelum ni pas perjuangkan nuar tapi sekarang pas parti perjuangkan khalid pulak.

  4. semangat dato' haron says:

    Skang sape bodoh? Orang2 kampung yg sokong BN ataupun orang2 bandar yang kononnya bijak pandai sangat tu yg sokong Fuckatan Haram. Inilah akibatnya bila memakan benda yg haram…

  5. WTF says:

    Bab Islam, PAS siap maki hamun Sultan Selangor, JAIS dan MAIS atas isu rampasan Bible awal tahun ini!!

    Tapi bab nak mempertahankan kuasa PAS sanggup buat Solat Hajat “Selamatkan Kerajaan Selangor”

    PERGH…PAS seems to practice MACHIAVELLIAN at it TRUEST FORM!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

Leave a Reply