Menu Utama

PAS Akan Pecahkan Pakatan Rakyat Atau Kekal Sebagai Macai Bodoh?

Semenjak tercetusnya isu membabitkan pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR dan usaha untuk menggulingkannya daripada jawatan Menteri Besar Selangor, antara pihak yang paling sibuk mengeluarkan kenyataan adalah PAS.

PAS sepatutnya merupakan ‘pemain kuasa’ utama di Selangor memandangkan PAS sekarang memegang 15 kerusi DUN berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN tetapi sekarang merosot menjadi 13. DAP yang mempunyai 15 kerusi DUN Selangor pula, hanya boleh menjadi tok dalang dan tukang timang bola memandangkan kesemua wakil rakyat mereka adalah Cina dan India walaupun DAP mendabik dada kononnya, mereka adalah parti campuran pelbagai kaum.

12 kerusi DUN lain dipegang oleh UMNO-BN.

Selepas Dewan Ulama PAS memutuskan bahawa Khalid Ibrahim tidak seharusnya dipecat atau digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan tiada keharusan syarie untuk berbuat demikian, apatah lagi tiada sebarang bukti yang ditampilkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bagi menyokong dakwaan kononnya Khalid Ibrahim telah mengkhianati rakyat Selangor, Majlis Syura PAS juga membayangkan sokongan kepada Khalid Ibrahim, bersesuaian dengan sokongan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS kepada Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, di dalam PAS sendiri pun, terlihat perpecahan kesan daripada kemelut ini. Ada beberapa orang pemimpin PAS Selangor yang menyatakan sokongan penuh kepada pemecatan Khalid Ibrahim, manakala sebahagian yang lain wala’ kepada Presiden dan Mursyidul Am PAS.

Secara tradisi, PAS hanya akan mengambil tindakan selaras dengan keputusan Majlis Syura.

Majlis Syura hanya akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara membabitkan Khalid Ibrahim dan kedudukannya pada 17 Ogos ini, empat hari ditunda dari tarikh asal mesyuarat iaitu 13 Ogos. Walaupun sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengatakan bahawa tarikh 13 Ogos tidak akan dipinda – sama ada dilambat atau dipercepatkan – namun nampaknya perkembangan terbaru menyaksikan dan membuktikan bahawa Mustafa Ali juga tidak mampu menahan badai serta tekanan golongan Anwarinas di dalam PAS.

Perkembangan inilah yang menjadi petunjuk bahawa PAS akhirnya terpaksa akur dengan PKR kerana semenjak wujudnya golongan Anwarinas di dalam PAS bermula dari tahun 1998, kebanyakan keputusan PAS melibatkan Anwar Ibrahim dilihat menyimpang jauh daripada ajaran Islam. Bahkan banyak juga keputusan PAS yang bukan sahaja bersifat karut, bahkan mengada-adakan pembohongan dalam agama, seperti dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun PAS sudah menyatakan, mereka bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, namun ramai yang melihat ancaman tersebut hanyalah ancaman kosong dan tidak memberi sebarang makna. Ini adalah kerana pada akhirnya, PAS akan tunduk kepada PKR dan DAP juga.

Drama-drama yang berlangsung dan dilakonkan oleh PAS sekarang ini sebenarnya tidak lebih daripada sifat hipokrit parti itu sendiri. PAS cuba menunjukkan kononnya mereka berani bertindak, berani melawan DAP dan PKR selain mempunyai pendiriannya sendiri.

Malangnya, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak pernah ada keberanian. Walaupun disergah oleh macai paling hina dalam PKR dan DAP, PAS akan terketar-ketar ketakutan dan segera menarik semula kenyataan-kenyataan retorik mereka.

PKR telah membuktikannya menerusi saman RM2 juta oleh bekas calonnya di DUN Bukit Besi yang kemudiannya dimenangi dengan mudah oleh calon yang dituduh sebagai taukeh pil kuda ini. Dua hari sudah, Chegu Bard pula menyaman Presiden PAS, juga atas alasan yang sama.

Justeru, tidak keterlaluan kalau dikatakan, tidak perlu diletakkan harapan yang besar kepada PAS ekoran cubaan PAS untuk menunjukkan kononnya mereka ada ‘telur’.  Sebab keputusannya kita sudah tahu dan dapat jangka.

Di sebalik sembang besar, sembang gah dan sembang gagah, akhirnya PAS akan terkulai layu bukan sahaja kerana jerkahan PKR dan DAP tetapi kerana pujuk rayu dengan sedikit imbalan dan imbuhan.






7 Komen to PAS Akan Pecahkan Pakatan Rakyat Atau Kekal Sebagai Macai Bodoh?

  1. Parpu@pelukan keramat says:

    Kekal sbg macai

  2. ahmad al pintu says:

    mereka membuktikan islam hanya akan tinggal nama aja…..
    kenapa pemimpin islam jadi pengecut macam nie….siapa lagi harus diharapkan…
    mengecewakan sungguh…..takut dengan dajal kecil….

  3. raplahjingaa says:

    DAP + PKR + PAS = Anwar Ibrahim
    DAP + PKR / PAS = Anwar Ibrahim
    DAP + PKR – PAS = Anwar Ibrahim

    Its all about Anwar…..aku tak fikir pemimpin-pemimpin PAS mempunyai kekuatan mental untuk menjinakkan anwar Ibrahim. maka depa akan kekal sebagai macai….

  4. semangat dato' haron says:

    Hinanya PAS…

  5. sham says:

    PAS ni snang je…bg diorg ceramah kt surau2…cite pasai haid n nifas…bg jamuan untk ustad2 obes dia tu…oklaa ….jgn dkacau actvty bzaman diorg tu sdahlaa…yg lain nk mlingkup bior lantaklaa…bkn sbb diorg xtau…tp sbb smua slengerrr xtau nk bt ape…loooooooooserrrrrrrrr……..

  6. Ababyl79 says:

    17 Ogos ini PAS kena buat keputusan TSKI harus kekal menjadi MB jika tidak TSKI akan merajuk dan terpaksa minta perkenan Sultan bubarkan DUN supaya PRN diadakan

    apakah PAS percaya dan takut dengan andaian seekor babi dari DAPigs bernama tony pua yang berkata bahawa PAS akan lenyap dan pupus jika PRN terpaksa diadakan?

  7. Madu 3 says:

    Kini dan selamanya……macai

Leave a Reply

Threesome