Menu Utama

Paras Hutang Fiskal Malaysia Tidak Membimbangkan

__ekon2 Bank Negara Malaysia melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana, kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Hutang kerajaan telah berkurangan kepada 53 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 55 peratus sebelumnya. Semua ini merupakan petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating’s,” katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi suku kedua KDNK negara di sini, Jumaat.

Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah-langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.

Apabila ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah-langkah di masa depan, beliau berkata: “Jika kami terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.

“Bagi suku ini, hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang kami berpuas hati dengannya.”

Mengenai kesan negatif peraturan pembiayaan baharu bank pusat itu bagi jualan hartanah, beliau berkata ini merupakan petanda yang dialu-alukan kerana ia mahu memastikan kemampuan membeli rumah.

Beliau berkata permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik.

Di masa depan, Zeti berkata bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.

Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.

“Mengenai kadar dasar semalaman, kami akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko-risiko kepada inflasi dan kami juga akan memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan,” katanya.

KDNK Malaysia Lebihi 5.5 Peratus Dalam 2014

Bank Negara Malaysia menjangka pertumbuhan ekonomi negara melebihi 5.5 peratus bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus bagi enam bulan pertama 2014, berbanding 5.5 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Angka-angka unjuran rasmi bagi KDNK akan diumumkan dalam Bajet 2015 yang akan datang, kata Zeti dalam satu sidang akhbar tentang prestasi KDNK negara dalam suku kedua, di sini hari ini.

Pada mulanya, BNM mengunjurkan pertumbuhan KDNK tahun ini sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

Tentang prestasi suku kedua, beliau berkata keputusan yang dicapai didorong oleh angka-angka positif daripada sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan.

Sementara itu, kata Zeti, kadar inflasi dijangka kekal pada tiga peratus hingga empat peratus tahun ini, berikutan pertumbuhan KDNK yang stabil dalam suku kedua iaitu sebanyak 6.4 peratus.

Bagaimanapun, bagi 2015, kadar inflasi dijangka meningkat buat sementara disebabkan oleh beberapa pelarasan harga ekoran pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus pada 1 April, katanya.

“Tetapi kadar ini akan turun dan stabil dalam 2016 ke angka purata jangka panjang tiga peratus,” kata Zeti.

Ditanya tentang unjuran KDNK tahun depan selepas pelaksanaan GST, beliau berkata bank pusat itu akan hanya mengumumkannya setelah kerajaan mengeluarkan senarai penuh item kadar sifar di bawah GST dalam Bajet 2015 Oktober ini.

“Pelarasan harga ini tiada kemungkinan memberi kesan besar ke atas KDNK,” tegasnya.

Bernama.






Leave a Reply

Threesome