Menu Utama

Pakatan Bakal Berkubur Di Pengkalan Kubor Kalau…

pakatan_breaks_300

TAMAT Kongres Nasional PKR semalam, nampak sangat selain ada perbalahan dalaman sesama PKR, hubungan parti anak beranak Anwar dengan PAS juga semakin renggang.

Buktinya banyak.

Ketidak hadiran pemimpin utama PAS ke Kongres kali ini adalah salah satu daripadanya.  Melainkan Khalid Samad, Hadi dan Nik Aziz tak nampak bayangnya di mana-mana.  Kesempatan ini bagaimanapun digunakan pemimpin PKR macam Shamsul Iskandar untuk memburuk-burukkan Hadi dalam ucapannya.

Penulis taknak ulas panjang-panjang tentang soal itu sebab semua orang tahu rasanya.  Yang lebih penting sekarang pada penulis ialah pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor yang akan datang dijangka menjadi medan untuk membuktikan sama ada PKR dan PAS akan terus berpakatan atau bermusuhan.

Dari satu segi, DUN Pengkalan Kubor ini unik kerana ia terletak dalam Parlimen Tumpat dan 3 DUN sekitarnya yang dikuasai PAS.  Satu DUN inilah yang diberikan ruang oleh PAS untuk PKR bertanding sejak 2004 tapi malangnya parti itu kalah setiap kali.  Menang kecil majoriti bukan isunya, isunya kalah tetap kalah walaupun berbeza 1 undi.

Sebab itulah agaknya Ketua Wanita PAS minta untuk kali ini kerusi itu diserahkan kepada mereka, bukan PKR.

Mana tak berbulu orang PKR, dahlah masa permintaan itu dibuat PKR tengah sibuk berkongres, ada masalah lain menanti di Selangor yang masih perlu diselesaikan, datang PAS bagi masalah lain pulak pada mereka.

Tapi tak mengejutkan kalau PAS tetap letak calon di Pengkalan Kubor (disebalik bantahan PKR) kerana dalam PRU13 yang lepas pun, itulah juga yang mereka lakukan walaupun katanya berpakat-pakatan.

Jadi penulis meletakkan PRK Pengkalan Kubor ini sebagai penentu masa depan Pakatan Rakyat – terus berpakat atau berkubor di tengah jalan.

Kalau berkubor pun tak meninggalkan nisan sebab nama itu (Pakatan Rakyat) tidak didaftarkan.  Macam Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat sebelum ini, ada siapa yang ingat kewujudan semua organisasi tersebut lagi?






3 Komen to Pakatan Bakal Berkubur Di Pengkalan Kubor Kalau…

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Pakatan Bakal Berkubur Di Pengkalan Kubor Kalau… […]

  2. itsme says:

    pemilihan parti pun antara sahih tak sahih.. ada hati buat kongres nasional.. mmg muka asam gelugor betullah anwar ni..

    jam tetap berdetik dan sg buluh dh lama “haus” org cam anwar cinabeng ni.. so kiralah detik itu anwar!! ingat diluar waktu terasa sgt pantas namun didlm terasa sehari bagai sebulan itu belum lagi diakhirat kelak..

    esok boleh jd suka atau duka..jgn tak tido mlm ni sudah!!

  3. alimedanbaru says:

    bercampur pun cara tak halal
    tak ada hitam putih
    masing-masing kalau terasa kuat boleh pijak yg lain
    apa nak hairan
    diPulau Pinang, Pas menikus sebab manoriti
    diKelantan Pas majoriti takkan nak biarkan PKR angkat muka
    sebab tu anwar ibrahim selalu ambil kesempatan
    boleh tibai dia tibai
    kalau bermesyuarat pun bukan nya sah..pertubuhan tak berdaftar
    eloklah pun
    mereka bercekau diPengklan Kubur
    kita saksikan ceramah mereka nanti…

Leave a Reply