Menu Utama

Namakan isteri sebagai calon tunggal MB adalah luar biasa- Tantawi

ghanijanganketawa-708446Ahli jawatan kuasa Pas Pusat yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan At Tantawi hari ini mengatakan dengan menamakan isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor oleh Anwar Ibrahim merupakan satu perbuatan yang luar biasa yang belum pernah dialkukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Nasrudin melalui akaun facebooknya hari ini.

“Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.

“Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara LUAR BIASA,” katanya.
14884313947_25ff773499






6 Komen to Namakan isteri sebagai calon tunggal MB adalah luar biasa- Tantawi

  1. Hj Baharuddin Dato Mokhsen says:

    Pendapat Ustaz yang kurang cerdik. Tidak dapat membeza bahawa Wan Azizah adalah Presiden parti yang dipilih dan umum tahu dia dicalon dan disokong olih parti, bukan hanya Anwar – sebulat suara olih MPP dan Biro Politik.

  2. Anak_Nogori says:

    Setakat tantawi bersuara apa lah sangat…ketum tak hairan pun..Mad Sabu..Khalid Samad..Nik Aziz tolong cover.

  3. bajak says:

    hadi awang pn presiden gak..tp xde la kebulur nk jd mb kelantan..agak2 kalo presiden pas nk jd mb kelantan setuju ke rakyat kelantan…ni bkn sbb jawatan presiden atau dpt sokongan mpp..anak selangor nk mb dari anak selangor gak..anak selangor pn ada kebolehan mcm ts khalid..

  4. raplahjingaa says:

    hek aleh….tantawi berlakun jadi bodoh……bukan dia tak tau anwar dengan perbuatan luar biasa tak dapat dipisahkan.

  5. Pak Tho says:

    MPP= Macai Pasti Patuh

  6. darman says:

    Kita tak mahu wan azizah jadi MB Selangor kerana:-
    1. Wan azizah bukan anak kelahiran Selangor. Mengikut convention dan amalan sebelum ini, semua MB adalah anak Selangor
    2. Wan azizah adalah pemimpin boneka yg diperalatkan oleh anwar ibrahim dan dap (dap juga tidak mendokong integriti). Ini diakui sendiri oleh wan azizah. Adalah memalukan negeti selangor dan Sultan Selangor untuk mempunyai MB boneka.
    3. Suami wan azizah telah di sabitkan bersalah dan dipenjarakan kerana salah guna kuasa dan rasuah. Amatlah memalukan jika spouse MB adalah bekas banduan jenayah. Semua hakim bicara juga mendapati bahawa suami wan azizah adalah seorang peliwat. Ini amat memalukan dan lazimnya MB akan letak jawatan jika spousenya di penjarakan.
    4. Suami wan azizah telah disabitkan bersalah meliwat saiful bahari dan kini sedang merayu di peringkat mahkamah persekutuan. Jika suaminya didapati betsalah dan dipenjarakan lagi, secara moral dan maruahnya, wan azizah mesti meletak jawatan kerana ini memalukan Baginda Sultan dan negeri Selangor
    5. Wan azizah di percayai bersubahat dan melindungi perbuatan keji dan salah suaminya dimana hingga kini wan azizah gagal menunjukkan jam omega yg dikatakan dalam simpanannya. Jika ini wan azizah sanggup lakukan demi kepentingan dirinya dan keluarganya sahaja, maka wan azizah tidak keberatanutk menjual negeri demi suami dan keluarga beliau.
    6. Dap menyokong wan azizah menjadi MB kerana ada udang disebalik batu. Sama seperti di Perak semasa Pas menjadi MB.

Leave a Reply

Threesome