Menu Utama

Najib Sedang Mengorak Langkah Kejayaan – Sin Chew

2014-08-05 ( Selasa)
By LIM SUE GOAN
Sin Chew Daily / Pandangan

Tidak ramai yang menyangkakan bahawa perkembangan politik tanah air akan berkembang seperti ini 15 bulan selepas pilihanraya umum yang diadakan pada tahun lepas.

Sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen, dan mengalami kekurangan 7 kerusi dari apa yang dimenangi pada tahun 2008. MCA pula hanya berjaya untuk memenangi 7 kerusi walaupun UMNO nampaknya telah berjaya menambah kerusi dari 79 kerusi (PRU-12) kepada 88 kerusi (PRU-13).

Ini adalah pertama kali Mohd Najib telah mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya sebagai presiden parti. Pakatan memenangi lebih banyak kerusi dari apa yang dimenangi 5 tahun yang lepas. BN pula gagal untuk menawan semula Negeri Selangor dan ini meletakkan tekanan yang hebat kepada presiden gabungan parti politik itu.

Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Najib akan menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya.

Para konservatif di dalam parti UMNO telah mempersoalkan kewibawaan Najib sekiranya beliau terus mengetuai parti tersebut di dalam pilihanraya akan datang.

Mengikut kata pujangga “Politik adalah seni dimana yang mustahil boleh jadi tidak mustahil”. Atas kebijaksanaan Datuk Seri Najib menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda, termasuk apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam parti beliau sendiri.

Najib bukan bernasib baik tetapi atas kesabaran dan kebijaksanaan beliau, nampaknya beliau berjaya mengubah nasib politiknya sendiri.

Selain dari bersikap diplomatik, kesabaran adalah salah satu karakter hebat yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia. Abdullah telah melepaskan jawatannya apabila kegagalan BN pada pilihanraya 2008, ia mempercepatkan Najib untuk memegang tampuk pemerintahan. Tetapi Najib telah menunggu dengan sabar, dan berjaya menggantikan Abdullah tanpa menyakiti hati bekas Perdana Menteri tersebut.

Inilah perbezaan Najib dan Anwar. Anwar telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak sabar untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Najib telah diberi tekanan dari pelbagai pihak di dalam dan di luar partinya. Pertama sekali, apabila Pakatan Rakyat telah telah menjalankan perhimpunan “Blackout” diseluruh negara untuk membantah keputusan PRU-13.

Seterusnya, apabila parti UMNO melaksanakan format baru dalam pemilihannya pada bulan Oktober yang lepas, ada kerisauan dimana Najib akan dicabar. Najib telah dapat mencapai satu konsesnsus dikalangan orang-orang lama di dalam parti dimana beliau telah memperkenalkan model ekonomi bumiputera. Hasilnya, jentera dan orang-orang Najib berjaya menghadapi pemilihan dengan tenang.

Selepas itu, Najib telah menganjurkan langkah rasionalisasi, bagi meningkatkan harga minyak pada September yang lepas dan peningkatan tariff elektrik pada awal tahun ini.

Najib terpaksa berhati-hati kali ini kerana tekanan yang diterimanya amat berat dan kontroversi agama dalam keadaan genting, namun kebanyakkannya telahpun hilang di dalam perhatian orang awam. Pada Januari tahun ini, bekas Menteri Penerangan Zainudin Maidin secara terbuka telah menyatakan pendapatnya bahawa Tun Mahathir perlu kembali ke Putrajaya.

Dalam menghadapi tekanan ini, Najib dengan berhati-hati membentangkan agenda pembaharuannya, dan mengekalkan beberapa kerusi kementerian untuk MCA & Gerakan dalam penyusunan mula kabinet pada bulan Jun.

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum penyusunan semula kabinet. Muhyidin Yassin telah menolak khabar angin ini dan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai salah faham dengan Perdana Menteri.

Menyelesaikan krisis di Terengganu merupakan satu permulaan, dan tindakan besar yang dilaksanakan oleh Najib adalah semasa krisis MH17 yang ditembak di Timur Ukrain. Ini ditambahkan lagi dengan perpecahan daripada kalangan ahli Pakatan tentang isu MB Selangor.

Najib telah berjaya menyelesaikan masalah diplomatik dimana tiada kuasa lain di dunia termasuk USA mampu menyelesaikannya. Ini adalah kerana Najib dengan sendirinya telah berjaya mendapatkan mayat para mangsa MH17 dan kotak hitam yang dijumpai di Ukrain tanpa sebarang masalah.

Perpecahan Pakatan yang telah kehilangan arah nampaknya mengurangkan tekanan dari bahu Najib. Jika keadaan berterusan sebegini, BN tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan 2/3 majoriti pada pilihanraya akan datang. BN hanya perlukan 5%-10% undi kembali kepada mereka.

Antara faktor yang baik dapat dilihat adalah apabila sesuatu kecelakaan berlaku dan perkembangan dalam senario global, ianya telah menonjolkan ramai orang-orang yang berkelayakan dan berkaliber di dalam kerajaan.

Pada perutusan Hari Raya yang lepas sekali lagi Najib menggunakan slogan “1Malaysia” 27 Julai 2014 yang lalu. Ini menunjukkan bahawa keyakinan beliau semakin bertambah.

Pakatan telah terlepas peluang yang besar untuk mengambil inisiatif dalam isu kenaikan harga petrol dan tarif elektrik. Ianya telah gagal untuk menarik perhatian rakyat kerana terlalu banyak isu kontroversi yang melibatkan agama dan perkauman.

Pakatan pembangkang telah banyak menghabiskan segala sumber dan masa mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman. Ini memberikan Najib satu kelebihan besar dalam senario politik diantara dua kem politik paling besar di dalam Malaysia.






12 Komen to Najib Sedang Mengorak Langkah Kejayaan – Sin Chew

  1. Baba says:

    Tak ada satu pun pemimpin pakatan yg bagus dari najib.

  2. Pak Tho says:

    Ikhlas ke pujian tu atau, puji ada makna tu. Cina nk mula U turn sebab tongkang Pr dan hampir karam. Muka tak malu.

  3. zizan says:

    Berapa banyak wang rakyat yang Najib bayar untuk liputan ini? Dalam masa 3 bulan, akan ada samada kenaikan harga petrol atau elektrik atau pengurangan mana2 subsidi makanan sebab nak cover duit publisiti ni.

  4. raplahjingaa says:

    hehehe….agak-agak laaaa, kalau nak buat statement pun, tak kan la harga patrol terpaksa dinaikan hanya nak finance penulisan sebegitu, markas PAS mana yang hang pi lepak petang tadi zizan oii.

    Apa pun, ada kebenaran macam kata Pak Tho, cina dah mula nak buat u turn….politik Selangor kacau bilau….ekonomi pun dah berserabut

  5. sman says:

    Orang Cina menyokong DAP kerana menyangka Pakatan akan berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13 lalu,DAP meyakinkan orang Cina bahawa dengan adanya PAS bersama mereka,bererti mejoriti Melayu turut bersama mereka,Umno dan BN akan kecundang.Namun harapan mereka meleset,sekarang ramai orang Cina yg mula merasa serba salah,tembelang mereka sudah pun pecah,harapan Pakatan utk menwan Putrajaya juga semakin pudar,beberapa orang tokey Cina pula sudah menerima nasib yg malang kerana sudah tersenarai hitam walau pun tidak secara official,projek yg bernilai berbilion RM juga sudah ada yg terlepas dari tangan kerana ketelanjuran.Dato Ismail Sabri pula bertekad utk terus berjihad menghapuskan orang tengah,

    Kemelut jawatan MB Selangor sekarang menjadikan orang Cina semakin tertekan,khabar angin Pas akan menjauhkan diri dari Pakatan,boleh menyebabkan mereka pengsan,ditambah pula kedudukan Anwar yg sudah di sediakan sel di penjara.Utk menghilangkan kerisauan mereka,DAP berpura-pura mengugut Pas kodonnya Pas akan kecundang kerana tidak akan mendapat undi dari orang Cina kerana enggan bersetuju dgn pemecatan TS Khalid,walhal kedudukan sebenarnya ,DAP lah yg akan kehilangan undi Melayu ,malahan undi Cina pun akan berkurangan,kerana harapan utk menawan Putrajaya sudah berkubur,orang Cina akan kembali mengundi MCA,kerana takut ‘senarai hitam’ akan menjadi bertambah panjang.Buat masa ini DAP hanya bernasib baik keran Pas belum kenal dirinya sendiri,sama ada mereka adalah ‘hamba’ kepada DAP dan PKR atau mereka sebenarnya permata yg sepatutnya menjadi ketua kepada mereka.

  6. Mek esah says:

    Sendiri masuk sendiri angkat…hayooo…amalan parti kebanGsatan…tp ini hari beli kertas cina…hayaaaa

  7. raplahjingaa says:

    Apa hang dok mengarut mek……

  8. syaa says:

    mek bodoh.kau kata nuar dgn pakatan haram tu.tak sedar diri.

  9. Rohee colnago says:

    Aikk… Hidup lagi mek. Ingat dah RIP kat sini….
    Perangai x berubah….dalam kepala di letaknya taik, otak d sumbat dlm bontot.
    Najib ini bukan pujaan aku. Terlalu banyak kelemahan hingga menimbulkan kerisauan.
    Tapi jika Najib buat kebaikan kita perlu akui dan hormatinya. Manusia mana ada yg sempurna. Jika nak dibandingkan anak si Berahim tu…. Najib dh baik sgt.

    Ada keikhlasan pada penulisan tu… Ada juga kebenaran apa yg pak tho katakan

  10. itsme says:

    yg benar pasti akan keluar sedikit demi sedikit.. mcm cerita hindustan, hero selalunya akan kalah dulu.. dimalukan dulu, dicerca lawan.. kini kita boleh lihat, tdk perlu najib memalukan anwar melainkan cukup anwar sendiri yg memalukan diri beliau dan para pakatan setannya.. jika rakyat msia benar2 sudah bijak mengundi spt yg selalu digembar gemburkan oleh PR dan ramai cendikiawan maka jika DUN Sgor dibubarkan sudah tentu BN akan sapu bersih ini krn kelemahan pentadbiran PR yg jika ditaksirkan dr 1-10, maka mrk mungkin duduk di tangga satu iaitu yg terkebawah sekali, jd tiada alasan sebenarnya utk menyokong PR. Jika ini berlaku bolehlah kita takrifkan rakyat msia khususnya sgor sudah bijak dlm mengundi dan jk sebaliknya maka kita tahu rakyat sgor mentaliti mrk dimana tempatnya. Kita tungu dan lihat.

  11. anakbochek says:

    Mengulas kembali tulisan Sin Chew, beza Anwar dan Najib ialah kesabaran. Najib banyak bersabar berbeza dengan Anwar yang tidak pernah belajar erti kesabaran. Tak sabar nak jadi PM, tak sabar nk jadi MB dan tak sabar menahan nafsu meliwat. Najib bukan idola aku tapi yang pasti dia tidak meliwat dan tak calonkan bini dia untuk jadi MB.

  12. Jambol says:

    Cina akan tetap undi DAP, walau apa pun yang Najib buat, sehingga mereka dapat merampas kuasa kuasa politik sebagaimana di Singapura. Sementara itu, usaha untuk memecah-belahkan Melayu, mencerca Islam, melaga-lagakan Islam dengan Kristian dan kurang ajar kepada Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu akan diteruskan untuk menghentam moral masyarakat di negara ini.

    Attorney-General Tan Sri Gani Patail telah menyatakan tiada “selective prosecution” yang dilakukan dan ia perlu memastikan kesemua kes yang dibawa ke mahkamah boleh dimenangi. Tetapi yang sangat-sangat menghairankan kita ialah banyak kes yang dibawa olehnya ke mahkamah gagal dimenangi. Selain itu, perbicaraan bagi kes-kes yang “boleh dimenangi” ini memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan dan selalunya berakhir dengan kekalahan ! Is this your winnible formula, by losing ??? I think he needs to wake up !

Leave a Reply

Threesome