Menu Utama

Najib Kemungkinan Bertemu Dr Mahathir

AFZ_7769_c244717_111221_384_v01Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran Tun Dr Mahathir itu terhadap pentadbirannya.

“Apapun segala kemungkinan akan berlaku…harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir, yang menegur dasar pentadbiran beliau menerusi blog www.chedet.cc, baru-baru ini.

Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri Malaysia paling lama itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan teguran itu sebagai masalah dalaman Umno, Najib berharap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya.

Najib berkata kenyataan beberapa pemimpin Umno berhubung teguran Dr Mahathir sebelum ini, juga menunjukkan mereka memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tapi, dalam masa sama, kita hormati Tun Mahathir sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman,” katanya.

BERNAMA






11 Komen to Najib Kemungkinan Bertemu Dr Mahathir

  1. Mek esah says:

    Salam buat dua2 mak cik mah terrr….tak teringin ke?

  2. raplahjingaa says:

    Pemimpin yang lain mesti lah sokong penuh kat hang Najib oiii……tapi kena ingat bukan pemimpin-pemimpin tu yang menangkan UMNO…tapi orang Melayu kebanyakan. so pendapat orang melayu ahli akar umbi yang harus diambil kira…..pemimpin yang lain ramai yang kaki bodek. jenis sokong nak jaga kedudukan sendiri.

  3. Lia says:

    Bab pemberian BR1M tu adalah baik dan patut diteruskan. Yang x mahu terima tu x yahlah mohon. Kerajaan x paksa pun, tapi janganlah buruk2kan hasrat murni kerajaan tu.

  4. semangat dato' haron says:

    Jumpa2 jugak tp lepas tu wat dek je si ah jib gor ni. Gugurkan si kitul kj, nazri aziz dan tg adnan dr kabinet. Disclose peruntukan pemandu. Pulihkan blk pemuda umno. Pecat kj dr umno baru tunjuk Najib serious utk mentranformasikan Umno. Ular jgn dipelihara kelak akan mematuk kita. Say NO!!! to KJ. Ular Tedung Cobra dlm selimut

  5. Pak Chak says:

    “,,,,,,,kenyataan beberapa pemimpin Umno berhubung teguran Dr Mahathir sebelum ini, juga menunjukkan mereka memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan sedia ada.”

    Mereka itulah yang kata baju tuanku cantik.

  6. memang terok says:

    Untuk kebaikan salah seorang perlu mengalah. Kita tak rasa PM terlalu berkecil hati diatas teguran Tun M sehingga menampakkan beliau merajok habis. Walaupun pada hakikatnya Tun M seharusnya memilih untuk tidak sidai baju kotor dedepan laman, kerana ianya kekadang boleh mengaibkan kita sendiri. Tetapi mengenali Tun M yang besikap terbuka atas apa saja, kita kena terima situasi ini. Kita tahu Tun jugak bolih mengaku secara terbuka atas apa saja kesilapannya, satu sifat yang sukar ditiru.

    Tun M keras, tapi lembut bila perlu. Beliau semasa marahkan Pak Lah terus keluar parti hanya untuk menyatakan protestnya. Ini kerana jelas Pak Lah saperti kacang lupa kulit dari awal hingga akhir tenure beliau.

    Kita juga tahu semua ini bersifat sementara , bagai air laut ada pasang ada surut, tapi tidak terus kering.

  7. Uturn says:

    Najib adalah komander waktu skrg, jadi kena ikutlah komander waktu skrg. Komander waktu skrg pun hormat kpd bekas komander dan tidak melatah. Jadi yg melatah ni sebenarnya saja nak gaduhkan mereka saja.

  8. hentam ajelah says:

    ….aaaah!!! Tak kira….najib perlu diajar…susu bagi babi minum puas2…lembu yg bagi dia minum boleh hidup sampai 2 penggal dia bunuh diam2 dari dalam…

  9. Tubir says:

    telinga ajib gor dah tembus sebab tu lah dia tak terasa pun.buang masa je cakap.

  10. semangat dato' haron says:

    Say NO!!! to KJ

Leave a Reply