Menu Utama

Mustapha Mohamed Jawab Isu Dagangan Malaysia – Israel

Oleh Mustapha Mohamed

Dasar Luar Negara Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyokong sepenuhnya gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.

Secara dasarnya juga, kerajaan Malaysia tidak menjalin hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel.

tok paNamun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin memaklumkan bahawa kesemua pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir-Semenanjung Gaza, dan kerajaan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui Rafah border crossing.

Oleh yang demikian, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.

Ini adalah kerana semua barangan eksport Malaysia ke Palestin dan wilayah Gaza terpaksa dibawa masuk melalui Pelabuhan Ashdod di wilayah Israel memandangkan Pelabuhan Gaza masih disekat oleh Israel.

Selain daripada itu, adalah difahamkan bahawa seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari di mana seramai 30,000 adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel.

Antara tujuan lain memasuki Israel termasuklah bagi mendapatkan bantuan perubatan dan melawat keluarga terdekat.

3 cara perdagangan

Berdasarkan pemerhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, terdapat tiga cara perdagangan (mode of trade) dengan Israel.

i. Secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional (MNCs);

ii. Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel.

iii. Eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung, tetapi dihantar dari negara-negara ketiga.

Berdasarkan perangkaan International Trade Center (ITC), bagi tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel.

Data yang dikeluarkan oleh ITC mencerminkan eksport mengikut country of origin, iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia.

Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain.

Amalan perdagangan antarabangsa hari ini ialah perniagaan dan pelaburan di Malaysia juga melibatkan syarikat-syarikat MNCs yang melabur dan beroperasi di negara ini melalui rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) di mana banyak negara termasuk Israel merupakan sebahagian dari rangkaian tersebut.

Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, kewujudan amalan tersebut tidak menjejaskan pendirian dan ketegasan kerajaan Malaysia dalam menyokong seruan dan gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.


DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED menteri perdagangan antarabangsa dan industri.






12 Komen to Mustapha Mohamed Jawab Isu Dagangan Malaysia – Israel

  1. dagang says:

    Sudah dijelaskan dengan terang. Kalau mau lebih terang lagi sila berkunjung kekementerian berkenaan.

    Tetapi biasalah . Kalau hati tidak suka kerajaan memerintah ,Tok Pa ghoyak macam mana pun mereka tetap kata Malaysia ni berdagang terus dengan Israil. Tengok pula produk Israil . Dalam tiap2 rumah tentu ada punya sebab semua rumah ada komputer. Komponen dalam komputer ada yang dicipta Israil dan menjadi hak cipta mereka. Pi mai pi mai tang tu juga kata orang utara.

  2. gambus says:

    memang dari dulu lagi dah jelas .. masa kerajaan Malaysia hantar bantuan kat Palestin boleh pulak macai haramjadah PAS serta Pakatan kata Malaysia berdagang dengan Israel … bila kita kata duluuuu nak masuk Palestin kena melalui Israel .. dan tentulah penyokong haramjadah tersebut ialah bujuk dan moo lembu .. manusia takde taraf punya orang sepertimana pemimpin mereka

  3. matatelinga says:

    Dalam kes astro mengapa kerajaan berdiam diri

  4. Baba says:

    Klu tak faham2 juga tak tau la puak pr ni.

  5. itsme says:

    dlm udang ada otak
    dlm otak ada akal
    tak guna setakat berotak
    kalau tak pandai guna akal..

    hati busuk bkn kepalang
    niat jahat dah lama bertakhta
    kalau ingat nak jadi pailang
    msia ini bukanlah tempatnya

  6. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Buang masa kita nak bertekak dengan si bodoh…….

  7. dkds says:

    Puak macai pakatan terutamanya Pas memang bodoh dan benggap…mereka ingat boleh bawa bantuan lepasi sempadan yg dikawal oleh rejim zionist dengan mudah….celaka kau pakatan macai yang bodoh macam lembu

  8. raplahjingaa says:

    Tanya macai PAS…apa dah depa buat untuk bantu GAZA mana yang patut ???

  9. Pak Tho says:

    Terima kasih atas pencerahan yang diberi.

  10. kelapon says:

    baiknya israel hantar barang dagangan ke palestin,mesir yg islam tu pun sekat barang dagangan ke palestin.fikirkan lah

  11. […] Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam penjelasan beberapa hari lalu menyatakan, berdasarkan pemerhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, terdapat tiga cara […]

Leave a Reply