Menu Utama

Mubarak Minta Tun Mahathir Hentikan ‘Perang Dingin’ Dengan Najib

ngoMajlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan ‘perang dingin’ secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.

“Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

“Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Malangnya, sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib,” kata Dr Mahathir dalam blognya itu.

Abdul Aziz berkata Dr Mahathir perlu memberi peluang kepada Najib untuk meneruskan kepimpinannya kerana Najib telah menunjukkan prestasi yang baik berikutan ekonomi negara semakin berkembang pesat.

Menurutnya Najib memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Politik (PTP) sebagai langkah berani untuk melonjakkan negara ini ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

“Dasar ini dan lain-lain inisiatif baru yang dilancarkan telah mula menunjukkan kesan positif sehingga pertumbuhan ekonomi terus mantap, kepercayaan pelabur asing dan tempatan meningkat.

“Proses penstrukturan ini diiktiraf institusi-institusi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata indeks dan penarafan antarabangsa juga semakin meningkat di samping pendekatan kesederhanaan dan dasar luar yang menekankan diplomasi ‘secara lembut’ di bawah kepimpinan Najib telah membuahkan hasil yang baik.

Ini terbukti dalam cara Najib menangani tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan nahas Penerbangan MH17, katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari pesawat itu, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, pula terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.

Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
BERNAMA






30 Komen to Mubarak Minta Tun Mahathir Hentikan ‘Perang Dingin’ Dengan Najib

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Mubarak Minta Tun Mahathir Hentikan ‘Perang Dingin’ Dengan Na… […]

  2. bangKano says:

    Selagi mana mana PM yang berkuasa la ni kalo depa tak mau kembali kan PPSMI & Projek Jembatan Bengkok merentangi Selat Teberau selagi tu la manusia gila Tun M akan mengkritik pengurusan PM PM ni…..kedua legasi tersebut jangan cuba di henti kan nanti buruk padah nya. Maklum la projek tersebut dah menjadi kebanggaan & ketaksuban Tun M sendiri. Manusia jenis ni mempunyai ego & kerakusan melampau….mengaggap semua idea nya bertaraf keramat……!!!

  3. gambus says:

    Tun M mengkritik benda yang sama yang hari-hari kita melalak kat sini iaitu pasal penasihat PM yang tak boleh pakai tu , mengenai ISA , mengenai bagaimana lembutnya kerajaan dalam menangani golongan yang selalu maki Islam etc ect .. aku tak jumpa pun pasal jambatan bengkok tu

  4. Lan Halmi says:

    Lembut sampai bible pun pakai nama Allah.melayu pula jadi minoriti
    Masa tun m .tak ada puak yang minoriti ni jadi besar kepala.

  5. dkds says:

    Nak baiki sesuatu kerosakan memakan masa..bukannya mudah untuk diperbetulkan dalam sekelip mata..sekiranya pemilihan penganti dilakukan secara betul pada sebelumnya..tak perlulah dsnajib nak menghabiskan masa untuk perbetulkan…berilah masa….mungkin ada perubahan…skg pertumbuhan ekonomi semakin baik..selepas dunia mengalami kemelesetan…

  6. itsme says:

    samada MUBARAK ni ada kepentingan atau lg menambah keruh di air yg keruh. MUBARAK ko diam boleh!!

    sokong tun m & dsn, penyokong bn rata2 mahukan ketegasan kerajaan yg dilihat sedikit layu, mungkjn ada hikmahnya dgn perangai israel anwar ni, ini bg mengimbangi kabinet dsn yg agak lembik, jika anwar israel tak buat giler dah tentu dsn dan kabinetnya lagi layu, so skrg ni mrk terpaksa kerja keras sket, klu tdk kerja mungkin tak jalan langsung.

  7. helang says:

    Aziz Rahman manusia tak guna. Semasa jadi wakil rakyat bagai ‘harap pagar pagar makan padi’.

    Saya harap dapat TDM teruskan kritikkan. Bagi saya ia adalah satu kritikan yang menyedarkan Najib drp berangan dan bermimpi. Apa yang Najib buat bagaikan ‘yang digendung berkeciciran dan yang dikejar tak dapat’ untuk menarik undi cina.Cina tak akan undi bn dan melayu mungkin kecewa kerana Najib tidak menjaga orang yang mengundi BN.

    AYUH TERUSKAN KRITIKKAN TDM. JANGAN SAMPAI BN KALAH BARULAH UMNO NAK SEDAR. SEBAIKNYA NAJIB PERLU BERTANGGUNG JAWAB DAN BUAT MACAM DATUK AZHAR YANG LETAK JAWATAN KERANA INSIDEN MRT.

  8. Pak Tho says:

    Sokong tun M. Kritik terbuka pun dsN wat bodo, apatah lgi klau tertutup. Rakyat nk dsN lbih tegas dan kurang ajar. Baru org tak berani pijak kepala.

  9. anakketam says:

    Sememang nay teguran yang dibuat oleh Tun terhadapa pimpinan DS Najib adalah tepat. Najib kini dilihat layu dan keterlaluan memberi ari melindungi hak melaytu bumiputra berdasarakan perlembagaan walaupun DS Najib menafikan nya .

    Lihat sahaja apa yang dibuat oleh Najib : bantuan SJKC melebihi bantuan kpd sekolah agama , peruntukkan dan anugerah tanah untuk pusat_ keprpeluan kaum cina yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan Melayu.

    Jadi apda saya DS Najib harus menjaga kepentingan Melaytu leboih dari segala nya jika masih mahu orang melayu menyokong UMno walaupun mereka tidak benci kpd Pas.

  10. PakLong says:

    Pepatah melayu berkata “dah terhantuk baru tergadah”….ini dah beberapa kali terhantuk…masih buat dekkk je lagi. Manalah TDM tak bising. Pemimpin mesti sanggup menerima teguran….bukan hanya mengharapkan sokongan. Tindakan DSN meminta buah fikiran rakyat dalam merangka Belajawan Negara 2015 adalah satu langkah bijak dan harus dipuji…akan tetapi DSN juga harus sanggup menerima kritikan rakyat terhadap kekhilafan keputusan yang dibuatnya sebelum ini.

  11. arhi says:

    Saya akui bahwa tindakanTDM juga bukan semuanya betul namun dalam hal ini saya sokongnya 100% kerna memandangkan pelbagai tindakan dari musuh2 politik kerajaan begitu melampau terutama berhubung dgn kedudukan orang2 Melayu dan Islam dan hal ini tidaklah sebegini teruk semasa TDM,apa sebabnya? jawablah secara jujur pada diri dgn situasi politik BN hari ini perlu kpd sesuatu yg tegas dan berani kalau tidak tidak mustahil BN akan tersungkur di bumi Malaysia yg tercinta ini

  12. bujuk says:

    Jika Najib turun.. siapa nak ganti?
    Muhyidin lebih lemah dari Najib. Nak harapkan Hishamudin… lagi teruk. Zahid nampak tegas.. tapi hangat2 tahi ayam jugak. Orang sabah, syafie afdal… mungkin harap nama je afdal tapi tak meyakinkan nak terajui umno. Jadi tumpuan kembalikepada TunM, adakah tunM sebenarnya bercita2 kembali jadi presiden umno untuk menentang musuh lama DSAI? apakah sebenarnya… tunM tak puas hati kerana Najib masih gagal penjarakan Anwa semula? atau memang najib benar2 lemah dan tak berupaya.
    Atau mungkin ketua Pemuda yg. berkarisma dan sanggup tanggung risiko… KJ jadi pilihan.

  13. Ganti pok nik kot???? Ekekekekekek

  14. yon76er says:

    Helo bujuk@AHJ..xpayahlah ko penin2kan kepalo otak ko yg kosong tuuu…No body wants your Bloody Stupid Ideas….lebih baik ko campur hal MB Selangor yg belum tentu dpt ke Sepat Kering tuu lepas DYMM Sultan balik cuti nanti…Selangor utk SELANGORIAN sahaja…

  15. shawn says:

    Najib memang lembik dan sudah berbuih orang melayu marah sebab selepas PRU13 orang melayu sahaja yang menyokong BN. Tetapi apa yang Najib buat untuk melayu? Orang cina hina agama dan Raja tak ada tindakan cepat dan tegas. Kiki belasah kereta cina cepat pulak bertindak. Di Sarawak ada betina nak tuntut Sarawak keluar Malaysia..sampai hari ni tak ada tindakan segera. Apa projek memperkasakan Melayu yang Najib offer? AKTA HASUTAN sampai hari ni tergantung. Cina semakin membangun projek mendapatkan kuasa dan pengaruh, semakin kaya dengan projek ekonomi, semakin kuat rasis mereka tetapi apa yang berlaku di pihak melayu? NAJIB LEMBIK dan LEMAH!!!!

  16. raplahjingaa says:

    Mubarak ni kaki bodek dari dulu lagi….jenis bodek yang bawa rebah, depa peduli apa depa dah kaya raya….aku pulak minta mubarak diam !! jangan sibuk, kalau nak membantu, buka je counter pendaftaran baru ahli UMNO di merata-rata tempat….adalah jauh lebih berfaedah dari depa nak suruh Tun diam.

    Tan sri abdul aziz minta Tun tegur Najib secara kekeluargaan ?? tengok la tu, punya busuk hati !! ooooii..tan sri hang ingat keluarga UMNO ialah hang dengan VIP-VIP UMNO saja ka ?? habis ahli akar umbi ni bukan keluarga UMNO ??? ingat la sikit siapa yang letakkan Najib di Putrajaya ??

  17. WTF says:

    MUBARAK ni mungkin antara para pembodek yg disebutkan oleh Mahathir tempoh hari!!!

    Biarlah Mahathir tu nak menyampaikan isi hatinya, jangan disekat2 hak kebebasan bersuara!!!

    Lagipun, kata2 Mahathir tu berupa teguran dan nasihat kerana Mahathir tidak mahu nasib bangsa Melayu/Bumiputra dan agama Islam diabailkan sekiranya UMNO masih lagi leka dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

  18. WTF says:

    Bujuk,

    Yang PASTI, bukan Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan sekutu2 mereka yang akan mengantikan Najib Razak sekiranya Najib Razak undur diri.

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  19. anakbochek says:

    Yang pasti bukan Kak Jijah yang layak gantikan Najib, begitu juga Eli Kangkang, Hannah Yeo atau Theresa Cocksucker. Peace…

  20. haris sbm says:

    Mubarak dr dulu lg memg kaki bodek & kuat pengampu yg membawa rebah…

  21. bujuk says:

    wtf… meme. la, takkan TGHA,TGNA dan DSAI nak jadi presiden umno pulak. Tapi next election tak tau lagi.

  22. bujuk says:

    Kegagalan Paklah dan Najib sebenarnya adalah kegagalan tunM kerana dia yg. melantik mereka semua dan dialah guru mereka semua. Begitulah jika najib d tukar dengan Muhyidin, Hishamudin, Zahid dan lain-lain. Mereka adalah product yg. dihasilkan oleh tunM selama 22 tahun sebagai Presiden umno dan PM m’sia.
    Siapa yg. harus d salahkan….?

  23. WTF says:

    Yakin sungguh hang Bujuk!!!

    Apakah Bujuk sudah lupa yang PAS sendiri nak bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Tengku Razaleigh kalau Pakatan Rakyat menang PRU13 yang lepas???

    Sudahlah PAS tak yakin pada diri sendiri nak jadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pun PAS tak yakin!!!

    Hehehehe…hang lupa ka Bujuk???

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  24. WTF says:

    Kenapa Abdullah Badawi dan Najib Razak hang kata gagal Bujuk???

    Bukankah Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang GAGAL tak dapat jadi PErdana Menteri Malaysia!!!

    Jangan salahkan rakyat Malaysia atas kegagalan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang tak dapat jadi PErdana Menteri Malaysia, sebab itu adalah pilihan RAKYAT!!!

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

  25. raplahjingaa says:

    hehehe…good one WTF !! yang gagal bentuk kerajaan dia kata berjaya…yang bentuk kerajaan dia kata gagal ?? bebudak lepasan PASTI macam tu laaaaa….

  26. Rakyat Biasa says:

    apa lah masalah nyer bertekak pasal Tun tegur Najib. Terpulanglah pada Najib nak terima atau tidak. Nasihat orang tua dengar ajerlah. Buat apalah orang yang tak ada kena mengena masuk campur. Teguran untuk Najib, yang orang lain masuk campur tu apasal. Najib pulak tak menjawab biarlh, dia senyap itu lagi baik sebab yang sebuk melalak tak tentu pasal tu sepatutnya dengarlah juga nasihat orang tua yang sememangnya dalam sejarah banyak pengalamannya. Tun M jika tiada strategi dia tak akan tegur macam tu, Najib pun faham sebab Najib pun bijak. Yang orang lain panas punggung tu kenapa. Najib jangan jadi bodoh sombong macam Pak Lah ditegur tak boleh.

  27. alimedanbaru says:

    Hakikatnya Najib tak salah
    apa yg dibuatnya adalah betul
    terancang, untuk jangka panjang dan berwawasan
    yg masaalahnya setan-setan politik dan rakyat yg tak pernah bersyukur
    tak ada bezanya arnologi seorang bapak yg berusaha keras menjaga rumah tangga
    bekerja keras, bercita-cita nak bahagiakan anak bini
    tapi anak rosak sebab persekitaran… mereka tak bersyukur.. mereka gunakan kesenangan tanpa balasan kebaikan
    akhirnya keluarga ini akan hancur bagi jangka masa panjang
    begitulah Malaysia masa ini
    banyak rakyat yg rasa lebih pandai dari pemerintah
    lebih nak bebas dari kebebasan yg sedia ada
    lebih nak terbuka dari keterbukaan yg dah dibagi
    lebih nak mengubah dari perubahan yg telah dibuat
    tunggulah kehancuran
    ALLAH beri balasan yg pedih kpd yg tidak pandai berterima kasih dan bersyukur!
    yg dekat dengan ALaqsa PUN DICUBA DAN DIDUGA SETERUK-TERUKNYA
    apa ada pada Melayu dan negara ini
    tungguuuuuu…

  28. gambus says:

    bujuk sentiasa dengan kenyataan bangang dia

  29. bangKano says:

    Dakwaan jenayah liwat Anuwar bukan terletak pada kuasa Najib tetapi adalah terletak pada agensi penguatkuasaan & pendakwa raya/peguam negara untuk menahan,siasat,kaji & dakwa. Perlu ingat sistem demokrasi berpaliamen membahagai-bahagikan kuasa pada eksekutif,legislatif & judikatif…PM dari badan eksekutif tiada hak mencampuri urusan judikatif.

    Anuwar akhirnya dipenjarakan 5 tahun berkaitan salahlaku liwat. Ini keputusan muktamad hakim Mahkamah Persekutuan setelah meneliti setiap penghujahan kedua pihak pendakwaan & pembelaan. Bermakna bukan arahan Najib maka Anuwar disabit salah dan dipenjarakan.Dulu semasa Pak Lah sebagai PM ada soksek-soksek dari kalangan puak puak bengong lagi bebal kata Pak Lah telah mengarahkan mahkamah supaya Anuwar disumbat ke dalam penjara. Dakwaan bebal ini seolah-olah pihak eksekutif telah mencampuri urusan judikatif…..apa mereka anggap kita ini bengap sangatkah tidak boleh berfikir secara waras terhadap semua sebaran tuduhan tidak masuk akal tersebut.

  30. bangKano says:

    Pembetulan terhadap pengeposan/posting bertarikh March 9th 2015 at 12:57 AM.

    Semak paragraf 2 baris 3 sebetulnya berbunhyi begini: ” Dulu semasa Pak Lah sebagai PM ada soksek-soksek dari kalangan puak-puak bengong lagi bebal kata Pak Lah telah mengarahkan makhamah supaya Anuwar DIBEBASKAN dari penjara……..”

    Mohon maaf atas ralat tersebut.

Leave a Reply

Threesome