Menu Utama

Menteri Besar Selangor : Siapa Gelojoh, Siapa Bodoh

Oleh Riana Abd Aziz

Senario politik Selangor bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk bila dilihat ada pihak yang begitu gelojoh dalam perebutan kuasa dinegeri yang terkaya di Malaysia ini.

Terpahat dalam sejarah Malaysia, parti ikatan sesama sendiri tanpa rasa malu kepada rakyat dan pengundinya berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar secara terbuka. Saban hari dalam media arus perdana maupun media berinternet terpampang bagaimana rakusnya masing-masing menyusun langkah untuk menjatuhkan satu sama lain.

Turut menjadi sejarah, buat pertamakalinya seorang Menteri Besar, Adun Bebas berjaya menduduki kerusi Menteri Besar hingga ketika dan saat ini. Adun Bebas tanpa parti dan parti yang menang banyak kerusi hanya melopong menuruti sahaja kehendak Adun Bebas yang berstatus Menteri Besar ini.

Rakyat Selangor melihat dengan jelas setiap hari bagaimana Wakil Rakyat yang mereka pilih sedang menunjukkan belang masing-masing tanpa sedikitpun rasa malu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dilihat menyindir Pas dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Bagaikan membuka pekung di dada, Tony menjelaskan bahawa PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi lagi perangai angkuh beliau pada penggal pertama.

Menurut Tony lagi, PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan dan bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Pas pula cuba tunjukkan merekalah yang paling sabar dalam isu penyingkiran Menteri Besar Selangor ini bila Naib Presiden Pas, Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah,” tegasnya.

Beliau sebelum ini meminta semua pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini. Jelas Salahuddin, isu menukar Menteri Besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar Ketua Kampung.

Kenyataan Naib Presiden itu memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat begitu gelojoh dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

Mampukah kemelut ini menyedarkan pengundi dan rakyat Selangor? Mampukan rakyat meniali siapa yang bodoh dan siapa yang gelojoh? Apakah Anwar kekal cerdik dalam kemelut nafsu gelojoh manusia ini? Apakah rakyat terus diperbodohkan?






18 Komen to Menteri Besar Selangor : Siapa Gelojoh, Siapa Bodoh

  1. raplahjingaa says:

    Yang bodoh DAP/PKR/PAS…..yang gelojoh pun DAP/PKR/PAS….kita tunggu pengakhiran battle of the idiots di selangor…..

  2. Baba says:

    Tukar saja kerajaan di selangor. Selagi ada kerajaan pakatan rakyat selagi itu isu tikam menikam kawan2 terus berlaku. Yg jadi mangsa rakyat.

  3. korokstabang says:

    pakatan bodoh sampai bila pun tetap bodoh rakyat selangor diminta jangan terikut puak puak bodoh ni

  4. Anak_Nogori says:

    sebagai ahli UMNO..saya berharap Najib sudah bersedia dari sekarang dgn nama siapa bakal jadi MB BN Selangor sekiranya DUN Selangor dibubarkan.

    strategi beliau menamakan Mukris sebagai MB Kedah sebelum mengundi ternyata satu strategi yg sangat2 baik dan diterima oleh pengundi2 Kedah.

    Strategi itu jugak sepatutnya diguna pakai BN Selangor…BN Selangor mulai dari sekarang sudah pun ada kata sepakat siapa bakal MB tu…tapi tolonglah namakan seorang yg agak muda spt mukris, spt Zamry, spt Idris Harun..kalau yg muda2 yg nampak dan ternyata bersih…saya pasti BN akan amik alih semula Selangor dari PR sekiranya satu pilihanraya akan diadakan dlm masa terdekat ini..krn situasi sekarang dgn berbagai2 kemelut perebutan kuasa dalaman PR sekarang terutama dlm PKR…rakyat Selangor pula merungut berbagai2 isu…maka peluang BN merampas Selangor amat2 cerah.

  5. Mek esah says:

    Dua2 tu nwar yg punya….

  6. mzma says:

    Siapa yg untung dlm kemelut MB Selangor… Yg untung Syed Mokhtar Al-Bukhary… heee heee.. tiada siapa yg sedar roti Gardenia naik harga lepas raya… haa haa..

  7. azmi says:

    kemelut mb di selangor adalah berpunca dari strategi menyelamatkan anuwar dari persada politik tanah air. selangor sebenarnya telah utuh di bawah pakatan rakyat. umno kalah teruk dan gagal menjadi pembankang yang efektif. umno tidak dapat berbuat apa2 untuk menguasai kembali selangor kerana majoriti besar pakatan rakyat. umno sebenarnya telah berkubur di selangor. jika pakatan rakyat membiarkan khalid menjadi mb sehingga pru 14 dan semasa pru 14 ini khalid tidak dicalunkan sebagai adun tetapi sebagai ahli parlimen … khalid tidak akan menjadi mb lagi. wan aazizah atau azmin bolehlah ditabalkan sebagai mb. kerana pakatan pasti akan menang di selangor. dari segi politik langkah kajang tak perlu pun. tetapi kenapa langkah kajang digerakkan?

    jawapannya kerana mahu menyelamatkan kerjanya politik anuwar. sekiranya khalid kekal sebagai mb selangor pasti khalid tidak akan menyalurkan dana kepada siri demonstrasi menyelamatkan anuwar yang akan dijalankan semasa anuwar dalam penjara nanti. ini dapat dilihat dari sikap khalid yang tidak mahu terlibat dalam siri demonstrasi yang telah dibuat oleh pakatan rakyat pada tahun lepas. ini merbahaya untuk kelangsungan politik anuwar kerana khalid tidak akan ambil port dalam siri demonstrasi yang akan anuwar lancarkan semasa dalam penjara nanti. sedangkan untuk anjurkan siri demonstrasi sejumlah wang yang banyak diperlukan. azmin juga tidak akan membantu anuwar dalam perancangan siri demonstrasi. sebagai mb azmin perlu membina reputasi mb yang cemerlang agar dia kekal ditampuk kerusi mb untuk beberapa siri pru yang akan datang.

    anuwar hanya perlukan wan azizah sebagai mb selangor. keperluan itu adalah pada masa sekarang kerana anuwar tahu dia pasti dipenjarakan. dengan azizah sebagai mb banyak wang boleh digunakan untuk siri demonstrasi. banyak aset di selangor boleh digunakan untuk merancang siri demonstrasi. team pemikir boleh diserap masuk dalam kerajaan selangor untuk merancang siri demonstrasi bagi menyelamatkan anuwar. itulah yang anuwar perlukan sebenarnya. dengan itu anuwar tidak akan menerima cadangan pas agar calon lain diberi bagi mengantikan azizah. anuwar tahu pas adalah partai konservatif dan tidak akan menerima wanita sebagai mb. tetapi anuwar mengharapkan puak anuwarinas di dalam pas mampu mempengaruhi puak ulamak yang konservatif ini menerima gagasannya tetapi dalam hal ini puak ulamak nampaknya bertegas mungkin kerana merasakan bahawa perjuangan pas telah jauh tersasar dari perjuangan asal dan ia perlu diperbetulkan semula.

    langkah kajang kini menjadi langkah kejung untuk anuwar kerana pas tidak akan berkompromi dalam melantik calon lelaki sebagai mb. apatah lagi dalam perlembagaan negeri selangor jelas menyatakan “he” dalam perlantikan mb selangor. jika azizah dibenarkan menjawat jawatan mb pastinya umno akan membawa kes ke mahkamah dan ini tidak baik untuk kelangsungan pemerintahan pakatan rakyat di selangor. inilah bahayanya yang disedari oleh puak ulamak dan puak anuwarinas dalam pas setelah mereka mengkaji perlembagaan negeri selangor.

  8. Pak Tho says:

    Anwar memang gelojoh, apatah lagi kalau berkaitan dengan burit dan jubor. Yang bodoh adalah macai² yang mengangkat dia sebagai pemimpin.

  9. raplahjingaa says:

    mzma…biar pi la roti gardenia naik harga, seposen 2posen, cuba hang buat research sikit berapa ratus juta dah Syed mokhtar dermakan kekayaan dia untuk bangsa dan agama. Roti Mossimo murah pun hang ingat berapa Robert Kuok bagi sebagai derma untuk repair masjid ???

  10. adi says:

    Jgn terlalu awal utk bn rakyat selangor di negeri termaju di malaysia memang tak bersyukur ini la akibat nya tak bersyukur akan dapat mb boneka. Setiap pemimpin bn selangor kebayakan telah di londehkan olih pemimpin pr. Rakyat selangor lupa bila orang menceritakan keburukan orang orang yg becerita itu lebih buruk dari org kena cerita. Walau apa pun terima aje le pemimpin yang sebenarnya bukan pemimpin. Pru 14 baru la ubah kalau nak ubah.

  11. mzma says:

    Raplahjingga,
    Tidak dinafikan isu ratus juta yg didermakannya tetapi derma itu tidak boleh memadamkan beratus kisah diantara Syed Mokhtar Vs TS Muhyiddin (MB Johor) Vs Projek Tukor Kulit..

    Ianya bukan citer kenaikan 10/20 posen tetapi lebih kepada sokongan belian dari orang2 melayu terhadap roti gardenia & semua orang tahu, Cina (MCA/DAP/PKR) telah memboikot roti gardenia sejak 3/4 tahun lepas.. Apakah kenaikan tersebut?

    1) Adalah hadiah dari Gardenia kepada pembeli yg menyokongnya selama ini..

    2) Atau bagi menampung kehilangan besar keuntungan diatas peristiwa boikot dari Cina..

    Jika perkara 1, terima kasih kita ucapkan.. Jika perkara 2, bermakna Cina telah berjaya dalam agenda pemboikot tersebut… renung2kan lah.. Cuba citer satu agenda boikot barang Cina yg orang melayu telah berjaya lakukan?

  12. raplahjingaa says:

    Kalau cina boikot gardenia…kita yang melayu pulak sokong gardenia…lebih ramai pengguna melayu dari cina di negara ni.

  13. omega says:

    Bukan ketum sahaja mencipta sejarah sampai dikatakan anugerah tuhan oleh azizah, khalid Ibrahim juga melakar sejarah yg lebih besar kerana MB pertama dari parti Bebas dan telah berjaya memperbodohkan ketum seorang yg taklah cerdik sangat.

  14. itsme says:

    ketum bermain api dgn sistem kesultanan msia.. ini salah satu tujuan jahat lg hina puak PR. Manakala umno yg tlh pun menyatakan sokongan tanpa syarat kpd khalid sekali lg dichop sebagai tdk ikhlas dan ada udang sebalik batu.. begitulah telahan pemimpin PR yg akan sentiasa menjerkah umno dgn pelbagai tohmahan yg menghina bg menyakinkan rakyat bhw umno semmgnya sgt zalim dan korup.

    tdk spt PR yg bersih spt mana mb khalid yg diangkat sbg mb paling berjaya even lge pun tdk setanding tski.. tp itu dulu, la ni dah jauh bezanya. tski lah plg hina dimata PR & dap lah plg agong krn itu pas diuji dgn pelbagai desakan dan arahan yg dtgnya dr lks/lge.

    mana duduknya anwar? anwar masih kekal pencacai dap dan yahudi krn sponser2 utama mrk adalah terdiri dr peniaga2 china trmasuk vt yg baru2 ini diwarkan. jd apa kedudukan umno selaku parti yg tlh memberi kekayaan kpd vt dan ramai lg peniaga spt vt dulunya menempel diketiak umno dan masih lg sehingga skrg?? umno yg kena liwat dlm hal ni.. umno yg ditelanjang bulat oleh peniaga2 spt vt dan ramai lg. ketika ini umno kekal dgn tsmokhtar albukhari dan tun daim. mana pergi china yg melambak tu?? dap lah rumah kedua mrk peniaga kaya china waimah yg tak kaya sgt pun juga disana.

    rahsia umno pd dap dan anwar sgt selesa dgn dap yg skrg ini sdg menjalankan proses pengliberalan msia dgn penuh hati2 agenda mrk tdk disalah anggap ditengah jalan oleh parti spt pas yg masih kekal dgn corak politik yg dikatakan islamik. dlm hal ini umno sdh jauh kebelakang dimata rakyat krn umno masih lg bekerja dibwh radar dgn ds najib sebg rider utama.

    cuma masalahnya rider umno ini pun sentiasa teepukul dgn kejian dan kata nista dr rakyat hanya krn beristerikan datin sri rosmah. dsrm dilihat lebih menonjol dimata rakyat sbg tulang belakang najib dlm membuat sbrg keputisan baik bg parti dan pentadbiran negara. adakah ini betul?? ramai rakyat percaya begitu… jd apa yg ds najib buat? tiada.. masih bekerja dibwh radar.

    umno masih terkial2 cari formula faktor wow dlm mengekang kemaraan dap/pr. masih belum jumpa.. spt mana yg disebut oleh tsmy baru2 ini. bahkan dlm diam secara tersiratnya umno juga memerlukan seseorg dgn wow factor yg lbh kuat.. apa maksud ini?? jika dicari mmg susah nak jumpa selalunya.. kalau jumpa pun belum tahu isi hatinya..

    namun apapun yg umno sdg fikirkan, umno ketika perlu lbh tegas dlm mentadbir negara, rakyat la ni semakin gusar dan mahu melihat kerajaan yg lbh “giler” dr dap/pr, jika tidak dapat menambah sokongan sekurang2nya umno.dpt mengekalkan jumlah kerusi sedia ada krn rata2 yg mahukan umno lebih “giler” dr dap/pr ketika ini ialah pengundi mrk yg sedia ada.. lupakan dulu wow faktor.. gunakan apa yg ada ketika ini bg memantapkan kubu.. jgn duduk bwh radar terlalu lama krn yg menjalankan kerja2 bwh radar juga adalah manusia yg hati sentiasa berubah2.. ibarat air laut yg tdk lepas dr pasang surutnya.

    mudah2an ada keberanian yg mengunung dr pemimpin2 umno. insyaallah.

  15. Tembunian says:

    “mzma
    AUGUST 16TH, 2014 AT 4:49 PM
    Siapa yg untung dlm kemelut MB Selangor… Yg untung Syed Mokhtar Al-Bukhary… heee heee.. tiada siapa yg sedar roti Gardenia naik harga lepas raya… haa haa..”

    Beli dan makan je lah roti Massimo DAP. Nak buat apa makan dan sokong produk Melayu, kan kan. Nanti Melayu tu lebih handal dan lebih tinggi dari kau. Baik bagi Cina naik. Sedap hati tengok bangsa sendiri terus mundur dan runtuh. Kan kan.

  16. Tembunian says:

    “mzma
    AUGUST 16TH, 2014 AT 7:09 PM
    Cuba citer satu agenda boikot barang Cina yg orang melayu telah berjaya lakukan?”

    Kau ni bongok. Jangan kata satu syarikat Cina je yang melutut merayu supaya Melayu jangan teruskan kempen boikot ABC. Presiden dewan perniagaan Cina bersama dua-tiga lagi jaringan komersial Cina dan ahlul politik Cina sampai kena buat public statement dalam paper mintak nyawa. Tak ingat?

    Sama juga lah dengan Mc’D sekarang ni. Berapa banyak iklan full page dia terpaksa keluarkan? Siap panggil sidang media. Maknanya apa? Maknanya kempen boikot tu berkesan lah.

    Yang komen kau yang lain tu aku tak sentuh sebab bongok sangat, tak tahu hujung pangkal mana nak start. Tapi conclusionnya, kau ni jenis Melayu yang lebih seronok tengok Melayu jatuh. Biar Cina naik tak apa, asalkan jangan Melayu. Itu yang tersengih-sengih mengutuk Gardenia tu.

    Padahal taktik jual harga murah sampai ada yang di bawah harga pasaran tu, memang taktik amali Cina nak matikan bisnes Melayu. Kau ni lah yang orang zaman dulu jadikan cerita teladan Lebai Malang tu. Tak perasan?

  17. mzma says:

    Tembunian, saya x tahu siapa yg bongkak… Kes McD kes Gaza x ada kena mengena dgn boikoi brg cina… Kalo kes Gaza yg terbaru x tercetus, ada ke org boikot McD…. Kalo nak citer biar pada fakta yg betul…

  18. ko diam je la mzma says:

    mzma oi, yg tembunian cube sampaikan tu, ada ja boikot org Melayu yg bejaye…yg boikot McD untuk support Gaza tu Melayu la adik oi…ko ingat cina nak pedulik ke ape jdk kat Gaza tu? orang Melayu yang hina dina di mata ko tu yang boikot sampai McD banyak kali contact Aman Palestin untuk derma tapi kena reject okeyh!
    So dah tahu dah sape yg bongok?

Leave a Reply

Threesome