Menu Utama

Mengapa Nazri Sokong DAP bukan Penjaja? – MCA


MCA membidas kembali Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz kerana memperkecilkan parti itu dalam isu cadangan bagi melarang tukang masak asing menyediakan masakan tempatan di pusat penjaja Pulau Pinang.

Tian KerMenurut MCA perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri kabinet kanan sepertinya kerana bantahan itu juga disuarakan penjaja yang tidak setuju dengan cadangan yang pada mulanya dibangkitkan ketua menteri Pulau Pinang itu.

“Adakah Nazri tidak mampu mendengar dan menerima pandangan penjaja yang menentang cadangan Lim Guan Eng itu?

“Jika tidak, bagaimana dia (Nazri) boleh tidak mengendahkan pandangan Pemuda MCA apabila menolak pandangan orang ramai, atau dia mencari peluang untuk melemahkan MCA?” soal anggota jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker (kanan) dalam kenyataannya hari ini.

Nazri semalam menghentam MCA yang mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang itu.

Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA suarakan kerana menganggap “parti itu tidak mewakili rakyat”.

– Malaysiakini.com






10 Komen to Mengapa Nazri Sokong DAP bukan Penjaja? – MCA

  1. Rohee colnago says:

    Aiiiii…. Dah main politik dah… Senyum aje DAP, MCA dan UMNO dah berbalah. Lepas ni DAP spin la… Yg penting sentimen negatif dan meresap dalam BN.
    Pancing DAP dah kene….

  2. korokstabang says:

    terang2 nazri sudah sabotaj mca apa tidaknya apabila seorang menteri di pihak parti yang bermusuhan bukan saja menyokong malah berpeluk erat dengan musuhnya lim guan eng secara sendirinya ianya menaikkan imej dan populariti lim guan eng malah lim guan eng semakin di sanjung oleh masyarakat cina apa lagi yang tinggal untuk mca dan gerakan katalah sebelum ini mca dapat 100 undi dari kaum cina selepas ini mau dapat 10 undi pun tentu susahlah jawabnya, dan kalau ini bukan sabotaj kepada mca habis nak panggil apa ?

  3. Baba says:

    Bangsat si naie ni…….bila nak berambus tak taula.adakah dgn mengatakan. Ikut perintah dap.

  4. Jambol says:

    Najib masih buta dan pekak tentang perangai dan kelakuan menterinya. Dah lama ramai penyokong UMNO tahu tentang dia ni, tapi Najib masih sayang lagi. Sudahlah tu, nampak sangat dia berusaha untuk menaikkan imej anak Lim Kit Siang ni.

  5. MCAscrap says:

    MCA mmg tak mewakili sapa2 pun..parti scrap jer… so, cdgn depa mmg tak wakil sapa2 pun…

  6. raplahjingaa says:

    Nazeri ni lawyer ke tak lawyer ke adalah businessman by profession…..dia akan tengok yang mana masyukkk lebih banyak…kalau bukan dalam bentuk kewangan ianya didalam bentuk sokongan, tak kira la dari gangster ke, macai ke…dia nak popularkan diri dikalangan pembangkang.

    Percaturan dia senang jer…macam percaturan kader sheik fadhil dan mohd taib…kalau pembangkang menang dalam PRU yang akan datang…..adalah habuan untuk dia, kalau BN menang dia masih jadi menteri, sebab Najib sayangkan dia.

  7. rafrash says:

    Nazri ni memang biadap. Dia pernah mengutuk Tun Mahathir. Siapa dia berbanding dengan negarawan ulung itu. Hairannya Pak Lah ambil juga jadi menteri. Sekarang Najib pula ambil dia jadi menteri.

  8. Siamang Gagap says:

    Tak habis habis menyusahkan sahaja. Nazri ni memang licik dan terlebih pandai. puithh

  9. marah rosli says:

    Patut durujuk manusia ini ke pusat pemulihan otak.

  10. WTF says:

    Dahlah MCA tu dah nak mampus aku tengok takder sokongan dari kaum Cina, ada pulak yang dalam UMNO ni nak kuburkan terus MCA!!!

    Apakah Nazri nak DAP gantikan MCA dalam Barisan Nasional ka??

Leave a Reply