Menu Utama

MCA Bidas Nazri Sokong Lim Guan Eng Membuta Tuli

Pemuda MCA hari ini mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana “bersetuju” dengan cadangan Pulau Pinang melarang warganegara asing memasak di pusat penjaja makanan.

Setiausaha Agungnya Leong Kim Soon berkata beliau berasa Nazri berbuat demikian untuk meraih publisiti peribadi kerana masih banyak kontroversi berkaitan cadangan ketua menteri Lim Guan Eng itu

“Adakah Nazri benar-benar memahami bahawa cadangan (Lim) Guan Eng akan memberi kesan terhadap Pulau Pinang sebagai syurga makanan?” tanya beliau dalam satu kenyatan hari ini.

Leong menyatakan selalunya, pekerja asing hanya menyediakan dan menghidangkan makanan selepas semua bahan-bahannya dicampurkan

“Tiada apa yang dikatakan sebagai ‘sentuhan rahsia’, apabila ia melibatkan penyedian bahan dan menghidangkannya,” katanya.

Semalam, Nazri menyokong cadangan Lim melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang bagi mengelakkannya ”sesat” rasa.

The Star sebelum ini melaporkan selebriti rancangan masakan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.

– Malaysiakini.com



« (Previous News)



14 Komen to MCA Bidas Nazri Sokong Lim Guan Eng Membuta Tuli

  1. Baba says:

    Nazri dan lim guan eng sama sial.

  2. yon76er says:

    Yeop nie kadang2 aku pon xfaham….

  3. anoi says:

    sokong parti dulu tongong! pr tetap barbarian

  4. itsme says:

    bila harta dunia dh mengabui mata hati lantas hati pun berajakan harta dunia.. sebenarnya mmg ramai yg tak faham knp sinazri ni masih lg boleh duduk dlm kabinet BN.. org melayu rasanya dh lama menyampah tgk beliau dan anak beliau… mrk dh jd liabliti kpd umno.. mmg tak syak lagi!!

  5. Semangat Dato' Haron says:

    Flip flop nazri. Anak bajet hot…

  6. Pak Tho says:

    Mengajar lebih baik dari melarang.

  7. korokstabang says:

    nazri sampai peluk cium lim guan eng memang bodoh betul buang tebiat

    bagilah 1000 alasan pun nazri sebagai seorang menteri perbuatan itu tetap sumbang kerana telah memberikan nilai tambah kepada lge dan dap dimata pengundi berbangsa cina perbuatan nazri jelas mensabotaj parti komponen BN dari MCA & Gerakan

  8. Ababyl79 says:

    aku dah tengok gambar mereka berpelukan…aku tengok macam over gitu, macam pelukan pasangan gay…akhir zaman ni segalanya tak mustahil

  9. Badrole Amin says:

    iya, segalanya tak mustahil…

    soklan cepuberlian….

    siapa tikam bontot siapa?

    hehehehe

  10. munawar anees says:

    bergilir-gilir dan samarata, dua-dua dapat tikam dan menikam balik

  11. Jambol says:

    Agaknya Najib rabun atau pekak. Tahun melawat Malaysia pun dilancarkan di Pulau Pinang, macamlah Kedah, Pahang, Terenggamu, Melaka, Pahang atau Johor tak ada tempat yang lebih menarik untuk tarikan pelancung.

    Apa hal dengan penyokong DAP ni ? Najib masih tak sedar lagi ke ?

  12. raplahjingaa says:

    Nazri adalah produk tegar DEB…..tapi sedih, dia lupa dari mana dia datang, dan dia lagi lupa asal usul dia………

  13. Anti Pengkhianat says:

    adik beradik berlainan ibu bapa.

  14. Madu 3 says:

    Kenapa masih disimpan lagi si Nazri ni…..

Leave a Reply