Menu Utama

MB Selangor : Wan Azizah Tidak Layak Atas Sebab “Naturalisasi” Dan “Dipaksa”

wan azizah cucu

Sebenarnya seluruh rakyat Selangor tahu bahawasanya Wan Azizah tidak layak menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri yang amat kaya dan penting di negara kita maka seorang Menteri Besar Selangor perlulah bersedia sepenuhnya untuk mengalas tanggungjawab ini.

Selain daripada itu juga parti yang berada di belakang seorang Menteri Besar juga perlulah sebuah parti yang benar-benar stabil bagi menjamin kesinambungan pembangunan dan juga pelaburan dari luar. Dalam keadaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menghadapi kemelut dalaman yang begitu kritikal maka dengan ini jelas dan nyata Wan azizah yang mewakili PKR tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Selain daripada itu juga seorang Menteri Besar perlulah memenuhi kriteria yang diwajibkan dalam undang-undang tubuh negeri Selangor. Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Wan Azizah merupakan individu yang berada dalam kategori “naturalisasi”. Mereka adalah produk naturalisasi kewarganegaraan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Dengan kata lain yang lebih mudah maka dengan ini Wan Azizah tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor.

Baru-baru ini pula Wan azizah sebagai Presiden PKR dengan secara terbuka telah mengakui bahawa beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi menteri besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataan ini sahaja sudah cukup meletakkan beliau dalam keadaan yang cukup tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain daripada itu Wan Azizah sebenarnya hanya mahu menumpukan kepada urusan keluarga. Beliau sekadar mahu menjaga cucu. Kita tahu bahawa tidak mungkin seorang wanita yang hanya mahu jadi surirumah mampu menjadi Menteri Besar melainkan sekadar boneka kepada pemimpin tertinggi pakatan rakyat yang rakus mahu memanipulasikan pentadbiran negeri tanpa perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan yang telah mereka akibatkan.

Sehingga kini PAS seolah-olah belum membuat keputusan muktamad berkenaan sokongan terhadap Wan Azizah. PAS dijangka bermesyuarat isnin ini bagi memutuskan sama ada menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor. Pada 17 Ogos lalu, PAS dikatakan tidak setuju dengan pencalonan Wan Azizah sebagai MB, dan bertindak mengemukakan calon kedua, iaitu Azmin Ali.

Dalam isu ini Sultan perlu membuat pertimbangan yang cukup terperinci demi memastikan pentadbiran negeri Selangor kembali pulih setelah porak peranda dalam tangan pakatan rakyat sejak PRU12 yang lepas. Walau apa pun kita semua sedang menunggu perkembangan terbaru Selangor setelah kepulangan Baginda Sultan Selangor dari bercuti.






5 Komen to MB Selangor : Wan Azizah Tidak Layak Atas Sebab “Naturalisasi” Dan “Dipaksa”

  1. itsme says:

    naib ketua ulamak sedunia dah dlm tangan.. inilah yg dinanti2.. siapa punya pengaruh?? kita sama sekali tak yakin pas akan melawan ombak meredah onak.. dgn jawatan br yg tghh dpt maka yakinlah kita bhw segala cerita dan drama sebelum ini hanya retorik politik semata dan bg pas yg penting umno/bn tewas, bagaimana nasib anak bangsa bknlah matlamat mrk.. dan yg plg penting dgn jawatan itu maka akan berduyun2lah alim ulamak yg menghampiri tghh dan seterusnya menyokong beliau atau apa shj pendapat beliau akan diguna pakai waimah “membunuh” saudara islam didlm umno sekalipun. tiada apa yg mrk dpt hasil dr kemakmuran yg dibina umno selama ini.. mrk yg dpt belajar dimesir jordan syria dan pelbagai lagi dulunya adalah krn usaha mrk bkn kerana negara yg aman makmur itu sendiri yg telah mencipta peluang untuk mrk.. sejarah anwar dan dap sengaja dipandang sepi oleh pas.. atas dasar tahaluf siyasi mrk yg digazzettekan sebagai sesuatu yg maha tinggi maqamnya bwrbanding silahturrohim sesama islam.. wallahu taalaaklam

  2. omega says:

    WAN AZIZAH anak beranak… sudah sudahlah berpolitik, rakyat pun ada kehidupan sendiri, rakyat tersiksa dan tertekan dengan kemelut perebutan jawatan MB oleh PKR.

  3. dkds says:

    Semua orang tahu…wan azizah dahulu mmg tak mahu melibatkan diri dalam politik…tapi disebabkan suami ….dia join juga…jadilah dia boneka…masa jadi ahli parlimen mana pernah berbahas pun…lepas tu letak jawatan nak beri laluan pada suami bertanding…konon dia nak tumpu pada parti…tapi tak jadi pun sebab boneka…tiada kawalan dan pengaruh…suaminya pandai manipulasi wan azizah…dgn muka cina dan muka kasihan..wan azizah dijaja..merata satu Malaysia…

    jadi adun kajang plak lps tu…tapi biasalah sama masa jadi ahli parlimen…patung dan bebal..ini yg hdk dipertanggungjawab aebagai mb…? Mmg lah rakyat aelangor akan teraniaya

  4. alimedanbaru says:

    SIAPAKAH MANUSIA FASIK
    SI Fasik walaupun tak buat kemungkaran nyata tetapi bila sokong kemungkaran
    dia tetap fasik
    ambil satu sahaja syarat
    kalau dia FASIK dan menjadi penyokong no 1 perbuatan fasik Anuar Ibrahim
    maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat di Selangor!
    NOKTAH.

  5. PakLong says:

    Hehehe…jangan bimbang. Petang sat lagi akan keluarlah pendirian pimpinan pusat PAS. 13 ahli DUN akan kembali menyokong Wan Azizah. Tunggulah kejap lagi. Ini bukan PAS zaman Ustaz Fadhil Noor atau Ustaz Yusuf Rawa. Ini zaman kepimpinan U-Turn 360 degree.

Leave a Reply

Threesome