Menu Utama

MB Selangor : PAS Masih Keliru “U-Turn”?

solat hajat2

Kemelut politik pakatan rakyat di Selangor sedang melalui fasa yang agak rumit. Segala-galanya sudah bercampur aduk sehingga menyukarkan rakyat mengenal pasti antara yang benar dan yang batil. Sandiwara tahap “dewa” sedang dipertontonkan kepada rakyat.

Walaupun PAS telah menerangkan pendirian mereka secara rasmi melalui sidang akhbar pada 17 Ogos lalu, namun ianya lebih bersifat “terpaksa dalam rela”. PAS telah memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Dengan itu mereka telah menamakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar.

Begitu juga dengan kontroversi yang menyelubungi salah seorang wakil rakyat PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib yang sebelum ini bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekiranya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini memihak kepada Khalid Ibrahim. Waktu beliau dilihat sebagai menyokong kuat Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun begitu kenyataan terbaru beliau pula memberi gambaran yang agak berlainan. Beliau menjelaskan bahawa kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya hanyalah bertujuan untuk menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dengan itu terbongkarlah pula kisah Saari Sungib terpaksa menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa. Dengan erti kata lain, beliau tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Kami juga percaya ramai lagi rakyat Selangor yang tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor atas dasar beliau bukanlah anak tempatan malahan dilahirkan di luar negara iaitu Singapura.

Sebenarnya rakyat amat sangsi dengan sokongan PAS terhadap Wan Azizah memandangkan ianya berbentuk “U-Turn” setelah Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukarkan.

Walaupun PAS memberi alasan bahawa keputusan “U-Turn” mereka selepas PKR memecat Khalid namun ianya masih tidak logik memandangkan desas desus bertiup kencang di media sosial bahawa Anwar tabur duit berjumlah RM60 juta hanya untuk menukar sokongan PAS dari Khalid Ibrahim terhadap Wan Azizah pula. Sekiranya desas desus ini benar maka integriti PAS telah tercalar dengan teruk. Segala janji mereka sememangnya langsung “tak boleh pakai”. Dengan sendirinya ini akan mengurangkan sokongan rakyat terhadap PAS.

Walaubagaimana pun rakyat sedang menunggu penuh debaran kepulangan Sultan Selangor pada 23 Ogos ini bagi menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor ini. Semoga Sultan Selangor dapat “menarik rambut dari dalam tepung” dan pada masa yang sama dapat menjaga maruah integriti Raja Berpelembagaan dengan memastikan tidak ada pihak yang berani memperkotak katikkan kuasa baginda Sultan. Doakan yang terbaik untuk negeri Selangor Darul Ehsan.






14 Komen to MB Selangor : PAS Masih Keliru “U-Turn”?

  1. tony gunawan says:

    bila najib mahu berundur????????

  2. raplahjingaa says:

    Dey Togay….hang mabuk ke apa ?? tiba-tiba suruh Najib berundur, soalan hang sepatutnya berbunyi ” Bila anwar nak masuk jail ?? ” or ” bila ROS nak haramkan DAP ” or ” bila ambiga nak siasat pembohongan pemilihan PKR ? “

  3. sireh ke gagang says:

    “Terpaksa dalam rela” .. aikk lain macam jer bunyinya kan . macam perbuatan keji tapi dipaksa2 akhirnya jadi suka . oppss… lupa. sebelah sana memang suka kaedah begini . tapi kita tunggu dan lihat nanti , sampai ke mana akhirnya .

  4. sireh ke gagang says:

    Sultan itu pemerintah . parti a.k.a kerajaan negeri , adalah pekerja atau orang suruhan pemerintah . tunggu dan lihat nanti , apabila pemerintah menunjukkan kekuasaannya .

  5. Tubir says:

    Pas dipenuhi oleh orang orang munafik dan sesat dan memudaratkan…..sultan akan bertindak bijak dengan menubihkan jawatan kuasa khas mentadbir negeri .dan ahli politik dan dun boleh teruskan tugas seperti biasa tampa sebarang kuasa dalam pentadbiran dan jawatan.badan pentadbiran ini berkuada penuh dibawah kuasa raja. ini perlu dilakukan oleh sultan selangor kerana parti yang memerintah sudah tidak boleh dipercayai lag dan akan mendatangkan mudarat untuk negeri

  6. Baba says:

    Kaki terima rasuah juga pas ni.

  7. KUKUBIMA says:

    RUPA RUPA NYA SELAMA NI PUAK PUAK TAIK HIJAU NI KENA SALAH TARBIAH KE? TABUR FULUS AJA TERUS CAIR

  8. alimedanbaru says:

    apabila fitnah tak boleh dijadikan modal
    bila rakyat celik agama
    Pas tak boleh cari makan
    akhirnya dia terpaksa makan-makan apa yg ada
    Anwar tahu kelemahan pak-pak lebai
    baik Mat Sabu
    baik Mustafa Ali
    baik Hj Adi
    semua ada dalam poket Nuar
    begitulah kuasa fulus, petih dan duit
    Pak Lebai nak hidup jugak!

  9. Mek esah says:

    Kelemahan lain mungkin le….tp isu lahir kat luar negara…tak payah mainkan le….KJ pun lahir kat luar kan…siap menteri lg….

  10. omega says:

    Tony Gunawan.. sudah minum julap ka.

  11. omega says:

    Mek Esah.. KJ menteri kerajaan persekutuan dan tak tertulis la pulak mesti lahir kat Malaysia baru boleh jadi Menteri. Yang ada hanyalah warganegara Malaysia, menjadi anggota Dewan Rakyat atau dewan negara. Dilantik oleh yg dipertuan agung.

    Berlainan pula dengan perlembagaan Negeri Selangor yg mana tertulis hanya anak selangor sahaja yg layak dipilih menjadi seorang menteri besar selepas beliau memenangi kerusi dewan undangan negeri serta mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. DYMM berkuasa penuh menerima & melantik atau menolak calun yg dicadangkan.

  12. gambus says:

    mek PAS tahapp dungu ,orang PAAS mana pernah berfungsi piun , yang dia tau putar belit dan permainkan ayat Al quran jeee

  13. dkds says:

    Pas dah jadi mangsa perogolan si Ketum

  14. anakbochek says:

    Spot on Omega. Hehehe… Mek, mek. Baca betul2 yea, anak Selangor je yang layak jadi MB Selangor. Dah itu sistemnya apa yang nak dipertikaikan. Dah sah2 lah, Wan Jijah Kipas Udang bukan anak Selangor.

Leave a Reply