Menu Utama

MB Selangor: Majlis Syura Ulama Setuju Khalid Kekal, Habislah Anwar!

nik_aziz_syura

HASRAT Anwar nak menjadi First Hubby di Selangor nampaknya tertunda lagi bila Majlis Syura Ulama PAS semalam buat keputusan untuk menyokong Menteri Besar Selangor sedia ada, Khalid Ibrahim, kekal sehingga dibuktikan dengan kesalahan yang melayakkan dia untuk dibuang.

Ini kali muktamad sebab dah ada kenyataan rasmi pun, tak bolehlah sesiapa macam Khalid Samad atau Mahfuz Omar dan Hanifa Maidin nak kata keputusan peribadi macam dulu.  Dah kata dah, PAS ni ikut apa kata Nik Aziz sajalah, kalau dia kata hitam, hitamlah, janganlah sesiapa nak memutihkannya.

Keputusan ini dibuat 3 hari sebelum Majlis Presiden Pakatan Rakyat membincangkan hal sama.  Maksud disitu, melangkah saja Hadi Awang masuk ke bilik mesyuarat 10hb besok, mandat yang dibawanya ialah menyokong Khalid kekal.

Ini kali ada beza dengan kes kalimah Allah dulu,  Masa itu Hadi masuk mesyuarat dengan Pakatan dulu, keputusan Majlis Syura kemudian – itu yang berbeza.  Sekarang, keputusan Majlis Syura dah ada sebelum mesyuarat bermula.

Penulis bayangkan dua kemungkinan, sama ada rancangan jahat Anwar nak gantikan Khalid ini dibatalkan atau diteruskan dengan jumlah ADUN DAP dan PKR sedia ada – 29 orang.  Itupun kalau Khalid sokong diri sendiri untuk disingkirkan sebab Khalid pun antara yang 14 orang ADUN PKR itu juga.

Kita tak rasa itu akan berlaku sebab kalau Khalid nak pecat diri sendiri, dia dah lama letak jawatan masa bulan Julai lagi bila diarahkan PKR, bukan sekarang.

Jika itu berlaku, nampaknya keputusan seri sebab Khalid ada kelebihan di kalangan ADUN PAS (15) dan ADUN BN seramai 12 orang.  Bukan ADUN BN ni suka Khalid pun tapi kita suka nak perangat hurui hara di kalangan mereka.  Cakap macam  bagus sangat pandai memimpin, sekarang baru kau tahu.

Sukar jugaklah nampaknya nak selesai masalah yang sebetulnya tak berapa rumit macam ini.  Kalau Najib di tempat Anwar sekarang, dah lama Khalid berambus, tapi sebab Anwar ni serba serbinya lembap, maka benda kecik macam ini pun tak selesai berbulan-bulan.

Dahlah pemilihan PKR pun tak selesai-selesai sampai sekarang, walhal tak sampai 20% dari setengah juta ahli (kok betul la) yang keluar mengundi,  India ada 891 juta pengundi pun selesai kira undi dalam masa 1 bulan, PKR yang Anwar pimpin beratus kali ganda lebih kecik dari itu pun tak selesai sampai hari ini.

Padanlah semuanya tak menjadi.






Leave a Reply

Threesome