Menu Utama

MB Selangor : Lima Ketua Cabang PKR Pula Asak Khalid Ibrahim

wan azizah1

Kesungguhan sebahagian para pemimpin PKR yang mahu menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor masih berterusan. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara samada keji atau tidak asalkan niat dan hasrat mereka tercapai.

Tunggu dulu, kita agak keliru, sebenarnya ini adalah niat siapa? Niat DAP yang marah apabila bible versi Bahasa Melayu dirampaskah atau niat Anwar Ibrahim yang mahu berkuasa setelah gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ataupun mereka bergabung tenaga untuk menghasilkan kuasa “synergy” bagi memastikan kepentingan politik peribadi masing-masing akan tercapai.

Walau apapun kini, lima cabang PKR di Selangor telah membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Khalid Ibrahim. Kononnya kelima-lima cabang tersebut mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid. Krisis politik dalaman PKR pun mereka salahkan UMNO juga? Maksum sungguh diri mereka yang berada dalam PKR, tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Semuanya salah UMNO.

Mereka mempertikaikan tindakan Khalid ibrahim yang dilihat amat jelas membelakangi pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Pembangkang. Malahan mereka turut mempersoalkan tindakan Khalid ibrahim yang telah mempelawa ADUN Pakatan Pembangkang membuat undi tidak percaya terhadap beliau.

Bagi mereka ini merupakan perkara yang cukup memalukan. Berlainan sekali reaksi mereka apabila para pemimpin tertinggi mereka disabitkan dengan masalah moral yang tegar. Bagi mereka masalah moral bukanlah sesuatu yang memalukan pula.

Kita dapat lihat bahawa kenyataan daripada lima ketua Cabang ini merupakan tindakan terdesak PKR dalam isu penukaran Menteri Besar ini setelah Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS telah menyatakan pendirian mereka untuk menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang sekaligus mengundang rasa kecewa Anwar Ibrahim.

Dalam penampilan buat kali pertama lima Ketua Cabang ini juga, mereka telah menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Kononnya Wan Azizah merupakan calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN PKR di negeri Selangor untuk menjadi Menteri besar.

Mereka turut menyeru agar semua anggota PKR termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor turut sama menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Sekilas ikan di air jantan betina kita tahu. Begitu jugalah dengan tindakan lima Ketua Cabang ini. Amat ketara mereka ini sekadar “orang suruhan” untuk memberi kenyataan menyokong Wan Azizah. Walau apa pun krisis dalaman PKR yang kian meruncing ini perlu diselesaikan oleh mereka sendiri.






8 Komen to MB Selangor : Lima Ketua Cabang PKR Pula Asak Khalid Ibrahim

  1. Pak Tho says:

    Apa standard jijah nk terajui Selangor. Apa punya bangang Boleh ke dia jaga rakyat?. Nak jaga laki dia sorang pun tak boleh. Klau laki cari betina tak gak, ini laki cari jantan weii. Org mcmni nk jd MB. Malapetaki bgi rakyat Selangor. pakatan rakyat+macai = BODOH

  2. Baba says:

    Azmin punya kerja la tu

  3. hentam ajelah says:

    Dia orang saja nk uji setakat mana bodohnya rakyat selangor….

  4. Ababyl79 says:

    2 ketua cabang PKR di Selangor menafikan mereka sanggup jilat pantat anwar dan DAPigs untuk mengasak TSKI supaya letak jawatan dan terima jijah sebagai MB baru

    sekarang ini cuma 3 ketua cabang yang asak, setakat 3 tak jadi kuman buat TSKI…apakah DAPigs tidak mahu mendesak anwar kenakan tindakan kepada 2 ketua cabang PKR berkenaan?

  5. Rohee colnago says:

    Yang aku nampak…. Rakyat dan Sultan Selangor sedang di bodoh-bodohkan oleh PR. Bayangkan seorang bekas banduan yang akan di banduankan lagi melantik bini nya, yang nak bercakap pun tak pandai, lemah otak dan tak tahan panas untuk menggantikan MB yang dikatakan terbaik dulu.
    Moralnya, dimana maruah rakyat Selangor?

  6. Pejuang IMR says:

    Kerajaan PR berpolitik 24 jam. Kerja langsung apa pun tak jadi.
    1 Sampah bertimbun di mana-mana kawasan
    2. Jalan berlobang-lobang di serata selangor
    3. Pusat maksiat (karaoke, pusat kesihatan, rumah urut dan macam2 lagi) tumbuh macam cendawan lepas hujan
    4. Korek pasir macam mak bapak dia yang empunya sungai
    5. Masalah air kian meruncing
    Tetapi TAK PA, kita semua orang melayu akan terus menyokong PR.

  7. samad says:

    naya aku duduk Malaysia dapat parti politik macam PR ni.

    Aku perlukan pembangkang yang tegas dan jelas obkjektif bukan macam pembangkang penuh politik longkang semacam PR.

    patut la PR tak mampu nak handle Malaysia.

  8. Semangat Dato' Haron says:

    Jijah for MB. A change gonna come. Jijah The Chosen One.

Leave a Reply