Menu Utama

MB Selangor: Bila PAS Nak Henti BerSandiwara?

SITUASINYA di Selangor; dalam soal penggantian Menteri Besar ini ialah, DYMM Sultan Selangor  minta ketiga-tiga parti yang kononnya bergabung dalam Pakatan Rakyat ini supaya mengemukakan calon nama dari parti masing-masing untuk pertimbangan baginda.

Yang peliknya, sementara DAP dan PKR bertegas nak calonkan nama Wan Azizah sahaja, PAS tak tahu apa gila nak calon 3 nama dari PKR pulak, apa bendakah ini?  Sebelum ini 2 nama (Azizah dan Azmin), sekarang dah 3 nama pulak.

Takkah itu kerja sia-sia namanya nanti sebab semua 12 ADUN PKR (selain Azizah) dah sebulat suara sokong bini Anwar itu sebagai MB, apakah gunanya kalau orang PKR yang PAS calonkan tolak jawatan itu?

Sampaikan orang tertanya-tanya, dalam hal nak menggantikan Menteri Besar Selangor ini, apa benda yang PAS sedang cuba buat?

Penulis sendiri percaya sebelum ini tindak tanduk aneh PAS mencalonlkan Azmin dan Azizah sebab nak jaga hati Anwar, itu yang tak berani calon orang dari parti sendiri. Tapi kalau hati Anwar penting sangat, patutnya sokong sahajalah Wan Azizah sebagai calon tunggal dari awal sebab memang kehendak dia macam itu pun, kenapa tak sokong?

Jadi tanda tanya kepada kita sekarang, dimana sebenarnya situasi PAS dalam hal penggantian MB Selangor yang baru – ikut Pakatan, ikut diri sendiri atau ikut titah Sultan?

Maka itu penulis buat kesimpulan, PAS sebenarnya sedang main sandiwara.  Dia nak tunjuk kepada rakyat bahawa PAS masih komited dengan Pakatan Rakyat tapi dalam masa yang sama PAS juga tak nak dilihat ikut Anwar sangat.

Pakatan Rakyat penting kepada PAS sebab hanya dengan cara itu sajalah mereka boleh menang di kerusi kawasan bandar sebab ada sokongan cina-cina DAP dan PKR.  Kalau nak harap undi Melayu, PAS setakat boleh menang kerusi DUN kampung sajala, pinggir bandar pun susah.

Dalam masa yang sama, PAS tahu parti itu sedang dikuasai oleh Anwar dari dalam.  Nasib baik ada Majlis Syura Ulama, kalau tidak, PAS hari ini jadi parti Anwar nombor dua selepas PKR.

Jadi nak taknak, dia main wayang macam ini sebab Anwar masih berguna untuk kekalkan hubungan dengan DAP.  Walaupun PAS sudah ada Mat Sabu sebagai penghubung dengan DAP, tapi itu masih belum kuat berbanding dengan Anwar.

Penulis nak tengok sampai bila PAS akan main sandiwara.






18 Komen to MB Selangor: Bila PAS Nak Henti BerSandiwara?

  1. kulaan says:

    Nampaknya Khalid Ibrahim kekal laa jadi MB selagi depa tak bagi nama lepas 3 sept nanti..

  2. Baba says:

    Majlis ulama pun tak boleh buat apa dlm pas

  3. raplahjingaa says:

    Markas PAS kat tempat aku…riuh rendah sampai ke pagi….hehehe

  4. baba says:

    pas tersepit, nak sokong ke tak wan jijah, sokong kena hentam dgn ahli parti, tak sokong kena hentam dgn pkr dan dap

  5. Parpu says:

    PAS ni tak faham kot. Kalau Sultan nak nama dari parti parti tu maknanya dari parti PAS lah, apa ke bingai calon dari parti lain. Kalau tak, cakap kami tak ada sbb ini hak PKR sudahlah, bukan Sultan nak bagi pelempang pon… tak tau nak cakap, kalau dah menteliti mcam ni

  6. memang terok says:

    Yang tidak bertelagah dan punyai kata sepakat hanya BN. Semua party komponen dalam BN walau tidak semestinya semua akan setuju dalam semua perkara dan hal tetapi diakhir episod selepas berbincang semeja , mereka akan capai kata putus. Sepakat dalam situasi menang menang ala satu famili.

    Ini tidak wujud dalam PR. Semua orang tahu, malah mereka pun tahu. Mereka berdiri disitu hanya kerana cita2 yang masih tergantong dengan harapan akan tercapai. Dalam masa yang sama mereka boleh berpecah pada bila2 masa selepas keburukan terserlah melebihi faedah atau kebaikan yang mereka dapat. Diakhirnya mereka akan kata you go your way, we go our way. Lakom di nukum waliyadiin. Agama kau untuk kau, agama aku untuk aku.

    Tanda2 sudah nampak dengan ketegasan PAS menolak seorang bini pada sesaorang. Memang dari dulu pun orang itu sudah ditolak, walau tidak dinyatakan. Mereka rela berangankan Tengku Razali walau si empunya badan sendiri tidak pernah menyata persetujuan. Tetapi itu hanya satu pengharapan selepas satu penolakan. Ini menunjukan satu penolakan yang total. Mustahil mereka tak kenal orang itu. Orang itu tidak layak jadi pemimpin pun malah perlu dipimpin kerana akhlak buruk yang terlalu buruk, lebih buruk dari yang terlalu buruk.

  7. apahal? says:

    Dulu aku masih berharapkan PAS menjadi parti pengimbang di dalam pakatan pembangkang. Tapi bila mereka pun berperangai sawan gila babi, maka aku rasa eloklah mereka bullshit kan..

  8. PakLong says:

    Kalau Mat Sabu jadi Presiden PAS selesai semua masalah. Dia kan suka bini orang….muahhaahha

  9. yon76er says:

    Dah bebulan hal ini mereka plan tapi sampai laaa pon..xda penyelesaiaan yg bolih mereka(PR) sdetujui..Kalaulah nak pilih PM..aku ingat bertahun Malaysia xda PM agaknya…Apalaaahhhh ini semua sbab SiNuarnya NAFSUkan kuasa…….xda alasan lain pon .Ini akibatnya kalau NAFSU dia x dituruti olen semua dlm PR…………Nasib baik Selangor ada DYMM Tuanku Sultan yg BIJAKSANA…..ko ingat SiNuar tuuu bijak sangat ker?????

  10. WTF says:

    PAS mula2 sokong Khalid Ibrahim, kemudian sokong Wan Azizah dan Azmin Ali, kemudian sokong Wan Azizah jer, la ni nak nominate 3 ADUN dari PKR pulak!!!

    Round about merry go around PAS ni, serba salah tak tentu hala!!!

  11. raja kongkiak says:

    Dah sejak berzaman suka menjadi tukang karut kepada rakan-rakan mereka…Apa nak dihairankan..karut memanjangggggggggggggggggggggggg..

  12. samad says:

    PAS tak boleh bawa bincang.

    PAS hanya layak jadi tukang kutip derma, jaga parking, kaki demo, kaki baring depan keta,

    Itu je yang PAS layak.

  13. mohd says:

    Semoga berkubur cepat pakatan rakyat…amin…please rakyat buat perubahan sekiranya ada pilihanraya…hanya rakyat yg boleh menguburkan pakatan rakyat ni…k

  14. Pejuang IMR says:

    Oooooi PAS!!!! bangunlah. Apa sebenarnya yang ko nak lakonkan ni. Sokong je lah wan Jijah tu. Keja 1, Kejap 2 sekarang dah 3. Besok ??? 5 semua dari PKR. Sayang betul PAS ni kat PKR. Apa lah ilmu bang Non tu la agaknya

  15. terangsang says says:

    dibanting yang banyak terpampang di tepi jalan.. pas ganti umno di puterajaya. bunyi memang gempak. tapi masa berpeluang boleh jadi mb selangor dulu pun sorong orang lain jadi mb selangor. sekarang lagi lembiklah pas. politik apa pas ni. penakut dan tiada edia. kalau ada pun takut kena kutuk. komplin bn /umno bukan main lagi hebat,rupanya diri sendiri 0 hampas saja yang ada. setakad berdakwan persatuan saudara baru pun boleh buat. jadi tidak perlulah disokong angan anganya ke puterajaya ganti umno. hampeh.

  16. sireh ke gagang says:

    Hilang imej Islamnya . skrg hanya dikenali sebagai parti spender , parti u-turn dan parti cakap tak serupa bikin . tak lama lagi , akan dapat gelaran baru . parti pelawak & parti pak turut Anwar Ibrahim . Intergriti islam campak tepi , jubah, serban , kopiah hanya pakaian mengaburi mata pengikut2 yg junub dan bodoh shj . pengikut2 yang mahu berfikir , sudah mula memberontak .

  17. Syed says:

    PAS
    – Parti Annguk Saja
    – Parti Anti Sebangsa
    – Parti Akupunya Suka
    – parti Asal Sedapcakap
    – parti Anuar Sukusakat
    – parti Asalmusnah Semua
    – parti Aziznikmatdendam Selamanya
    – Parti Pas…Pis… Pus….

Leave a Reply

Threesome