Menu Utama

MB Selangor: Anwar Terbukti Tin Kosong!!

U-TurnCROP

NASIHAT penulis, semua yang berharap kerajaan perpaduan antara PAS, BN dan bebas menjadi kenyataan di Selangor, bersedia untuk melupakan perkara tersebut kerana khabarnya dalam perjumpaan Anwar-Hadi malam tadi, ada ‘habuan’ menanti kalau PAS buat U-Turn dan tidak menyokong Khalid Ibrahim.

Apakah bentuk habuan, wang atau jawatan, itu penulis tak boleh nak dedah sekarang kerana masa akan menentukan yang mana satu (atau kedua-dua sekali, penulis tidak tahu).

Sekejap tadi pun ada ADUN PAS di Selangor sudah mula berkias-kias nak menyokong pencalonan Azizah (wanita) sebagai MB – macamlah jantina Azizah isunya sehingga pentadbiran Selangor tunggang langgang macam sekarang.

Cuma elok fokus bahawa segala yang berlaku di Selangor hari ini membuktikan bahawa Anwar adalah sebenar-benarnya tin kosong yang dikekelilingi burung kakak tua.  Cakap saja berdegar-degar sana hebat sini hebat, rupanya hampeh pun takde.

Dalam sibuk ketelusan sana, ketelusan sini, rakyat sana, rakyat sini, akhirnya nanti yang akan menentukan keputusan di Selangor ialah wang dan jawatan.  Inilah yang ramai dari kita percaya berlaku sekarang sebab kalau hanya air liur, tidak mungkin ketetapan menyokong Khalid yang telah ditetapkan Majlis Syura Ulama sebelum ini, boleh diubah.

Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS, apa yang lebih atas dari itu?  Duit dan kuasalah (selepas itu baru Tuhan).

Dalam UMNO dulu, inilah pendekatan Anwar pun untuk ternampak hebat.  Jawatan dalam Kementerian Kewangan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk bina reputasi sendiri dalam usaha merampas kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohammad.  Penyebaran pink form dikatakan senjata terkuatnya waktu itu.

Lain dari itu, Anwar tidak ada kekuatan lain yang boleh digunakan.  Maka itu, kesempatan letak bini sendiri sebagai Menteri Besar Selangor, dilihat peluang untuk dia mengembalikan semula kemewahan zaman jadi Menteri UMNO dulu, cuma kali ini kecil sikit, diperingkat negeri.

Tapi bukan sebarangan negeri, sebaliknya antara negeri termaju di Malaysia dengan berbilion ringgit nilai rizab yang boleh disebat.

Pemuja Anwar patut insaf sekarang, tanpa wang, Anwar tak lebih dari tin kosong sahaja, itulah nilai dia pun selama hari ini yang korang nak sangat angkat jadi Perdana Menteri.






3 Komen to MB Selangor: Anwar Terbukti Tin Kosong!!

  1. Pak Tho says:

    Habuan utk pas klau u-turn dri sokong khalid adalah jawatan timbalan menteri besar. Mana pas boleh tolak, meleleh air liur adun² pas bila ditawarkan jawatan tu. Dah mula berangan nak jalan saing jijah weiii.

  2. jackal47 says:

    tu lar..itu yang ramai orang lupa..sebab tu setelah memecat Al Juburi..Tun M memegang jawatan Menteri Kewangan..sebab dia sedar bahawa AL Juburi telah menggunakan pengaruh memegang kunci khazanah negara untuk membeli pengaruh…
    Cuma bila tiba kat al Tiduri..dia lupa pasal tujuan asal ni..huhuhuhu

  3. syaa says:

    majlis syura ulama pas boleh tukar kepada majlis syura ulama duit duit duit duit .yg pentingnya anwar bagi habuan sama ada kuasa atau duit.walau busuk mcm mana pun anwar.pas tetap ikut.klu anwar masuk neraka pas pun ikut gakkk.

Leave a Reply