Menu Utama

MB Selangor : Adakah Mohon Derhaka Akan Berlaku Di Selangor?

Kita disajikan dengan senario seolah-olah Anwar cuba menderhaka kepada Sultan Selangor dengan melanggar titah perintah baginda agar setiap parti dalam pakatan rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dari dua calon Menteri Besar Selangor. Anwar tetap senada dengan DAP yang masih juga mahu mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai bakal Menteri Besar Selangor.

Manakala PAS pula mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan rayuan Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan Menteri Besar. Dalam isu Menteri Besar Selangor ini nampaknya hanya PAS sahaja yang akan mematuhi titah pemerintah Baginda Sultan.

Mereka faham bahawa pakatan rakyat tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana dengan bertindak mengemukakan hanya satu nama sahaja. Namun bagi PKR dan DAP mereka seolah-olah berpendapat bahawa kuasa Sultan perlu disanggah.

Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh peguam yang berpihak pada mereka dan seorang yang kononnya pakar perlembagaan yang mereka iktiraf sendiri mendakwa bahawa tindakan Sultan Selangor menitahkan lebih dari satu nama dicalonkan sebagai Menteri Besar adalah bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Selangor.

Dengan erti kata lain PKR dan DAP seolah-olah Mohon Derhaka kepada Sultan Selangor. Walaupun begitu kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut merupakan tanda penghormatan kepada PKR. Dengan itu PKR tidak boleh menuduh PAS sewenang-wenangnya.

Anwar sebenarnya telah merayu kepada PAS agar berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu. Nampak gaya PAS tidak termakan dengan pujuk rayu Anwar kali ini memandangkan isu kali ini melibatkan Baginda Sultan.

Walaubagaimana semua rakyat Selangor menunggu dalam debaran 3 September ini memandangkan ianya tarikh yang telah ditetapkan oleh Sultan Selangor untuk “submission” nama-nama calon Menteri Besar Selangor.

Adakah Sultan Selangor akan murka terhadap “sembah derhaka” Anwar dan DAP ataupun baginda bertindak untuk terus menunda ke tarikh yang lain sehingga lebih dari dua nama dihantar kepada baginda ataupun baginda terpaksa “akur” dengan desakan Anwar dan DAP. Sama-samalah kita tunggu 3 September ini.






10 Komen to MB Selangor : Adakah Mohon Derhaka Akan Berlaku Di Selangor?

  1. korokstabang says:

    anwar sudah terdesak mula berlagak seperti Tuhan semua kena ikut & patut pada hukum dia

  2. sireh ke gagang says:

    september , bulan berbadi anwar . kalau korang masih ingatlah , peristiwa 16 september dulu . bila kita cakap pasal bulan2 romawi , kita mesti 2 bulan yng istimewa , dekat dgn anwar . 16 sept & 50 januari !! 😀 😀 😀

  3. helang says:

    Yang paling hairan sekali, mengapa manusia bukan anak jati Selangor begitu bongkak nak lantik manusia bukan anak jati Selangor. Adakah Selangor tiada mempunyai orang yang layak jadi MB?

    Anwar ini lagi cepat di sumbat kedalam jel lebih elok kerana manusia ini banyak menyusahkan kita semua. Dahlah itu kaki putar alam. Habis semuanya ditipu.

  4. adi says:

    Sultan nak tengok berapa ramai adun selangor yang bijak memimpin dan yang berkelayakan untuk memimpin? Kalau dap dan pkr hantar cuma satu makna nya adun adun yang lain memang bukan pemimpin cuma pak angguk! Maka sultan pun akan bubarkan adun selangor.

  5. Mat Sebu says:

    DYMM Sultan mmg bijaksana, Tuanku Sultan dijangka akan meminta nama lain sekiranya nama2 yg dihantar oleh Pas pun tidak diperkenan…istana takkan guna perkataan menolak perkenan…cuma akn berkata nama yg dicalonkn tidak sesuai. Krisis ini akn blarutan shingga November selepas Anwar dinobat sbg PM Sungai Buloh

  6. mooo says:

    Pandai pulok umno cerita pasal derhaka:

    i. kes MB Terngganu dulu? “Natang…”
    ii. Kes umno menelanjangkan Raja2 waktu Tun M hadkan kuasa dulu??

  7. lelarentaka says:

    saya bukan ber pihak pada mana2 parti atau ideologi, tapi ini hal rumah tangga SELANGOR, “orang luar” jangan masuk campur.. jaga negeri masing2 sudah la.. bak kata pepatah melayu “masuk kandang kambing, mengembik.. masuk kandang harimau, mengaum…

  8. anakbochek says:

    Yang cakap “natang” tu kapasiti apa? PM ke? Yang nak derhaka ni sapa? MB ke atau KETUM?

  9. raplahjingaa says:

    moooo…..selagi ada UMNO , hang jangan mimpi lah instituisi Raja-Raja Melayu menjadi seperti di tempat asal usul tumpah darah hang di India.

    Mark my words.

  10. alimedanbaru says:

    APA PUN DIBELAKANG WAN AZIZAH
    adalah kepimpinan yg masing-masing bermusuh antara satu sama lain
    mereka adalah PUNAHSEHAT sejak dahulu maka
    sebab itu PKR spt apa yg ada sekarang!
    kalau jijah jadi MB..NEGERI TERTONGGANG TERBALIK!

Leave a Reply

Threesome