Menu Utama

Pesawat Mas Penuh Difitnah Kononnya Kosong

Seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) menyelar organisasi berita kerana menggunakan fotonya yang dimuat naik olehnya dalam pesawat MAS yang kosong, kononnya untuk menunjukkan dakwaan kemerosotan jualan tiket.
 
Malah, Catherine Chin Wan Ping Coombes berkata gambar yang
menunjukkan keluarganya dengan tiga gelas champagne di dalam pesawat, diambil sebelum penumpang lain naik.
 
Katanya, mereka yang pernah menaiki kapal terbang tahu bahawa keluarga dengan kanak-kanak, akan masuk dahulu.

“Penerbangan itu tidak kosong, malah ia sebenarnya penuh,” kata Coombes dalam Instagram semalam.
 
Foto Coombes yang dilahirkan di Ipoh, dan merupakan pemenang Masterchef UK 2014, menunjukkan beliau dalam kelas perniagaan.
 
Ia telah digunakan oleh beberapa portal berita termasuk news.com.au, Mashable  dan beberapa laman web berita UK.
 
Pelbagai laman web berita telah menggunakan foto yang dipaparkan di media sosial untuk menggambarkan artikel mengenai dakwaan kemelesetan perniagaan syarikat penerbangan negara itu berikutan kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17.
 
Gambar itu menunjukkan tempat duduk pesawat dan ruang berlepas yang kosong. – malaysiakini.com






5 Komen to Pesawat Mas Penuh Difitnah Kononnya Kosong

  1. baba says:

    bahlol tak boleh diajar, klu setakat jaja gambar bisnes klas, tunjuklah bhg ekonomi tu.saja nak jatuhkan perniagaan mas lagi.

  2. Nusantara Jones says:

    Satu keburukan internet ialah fitnah mudah tersebar dengan cepat dan lebih meluas.

  3. esamanja says:

    Betu ke gambar tu dalam pesawat MAS. apa buktinya?

  4. hasnul rahman says:

    Kerja siapa ni?
    Kalau dlm politik kita boleh faham sama ada dianya RBA atau mana ahlul parti.
    Tapi ini mengenai perniagaan penumpang pesawat.
    Siapa agaknya yg risau sangat kalau-kalau Mas akan kembali beroperasi dgn jayanya.
    Ada pesaing yg mula kecut perut ke?
    Entahlah…..
    Ikutlah cara Najib….
    SABARRRRRRRRRRRRRRR!
    Sesungguhnya Allah swt merahmati orang yg bersabar.

Leave a Reply