Menu Utama

Majlis Syura Pas Sokong Khalid Ibrahim Tanpa Maklumat Sebenar – Adun Morib

Berikut ialah Kenyataan yang KONONNYA dibuat oleh YB Hasnul Baharudin, ADUN Morib berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip. [Ketulenan kenyataan ini belum dapat disahkan]

Assalamualaikum.

Tindakan PAS sengaja utk melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10/8 sengaja ditunda ke 13/8 dan ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju. Tapi PAS terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut utk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong Pakatan Rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Inikah parti Islam yg kita agung-agungkan? Kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor. Jauh beza keadaannya. Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina.

Macam mana Exco yg bersekongkol dengan MB Bebas gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala’ dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya. Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan TSKI sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya PAS Selangor tu?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan PAS dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.

Hasnul b Baharuddin
ADUN Morib






17 Komen to Majlis Syura Pas Sokong Khalid Ibrahim Tanpa Maklumat Sebenar – Adun Morib

  1. anonymous says:

    Tunggu apa lagi, buka je semua keaiban PAS Selangor, sekali dengan kau.

  2. baba says:

    banyak la alasan ……. penipu sungguh

  3. anonymous says:

    Belajar nipu dari Anwar le tu, bela lagi orang Anwar, kan dah kena PAS.

    BN pun kena singkir simpatisan Anwar dan DAP dalam kalangannya.

  4. Nusantara Jones says:

    Padan muka PAS, doa KO dh patah balik kena pada kau org. Seronok melihat detik-detik akhir PAS ‘disembelih’ oleh geng anwarinas. Inilah balasan Allah bila agamanya dipermainkan utk memperjuangkan politik kebencian.

  5. semangat dato' haron says:

    Saari sungib lanatullah mengkhianati PAS

  6. kulaan says:

    Kejatuhan PAS kian ketara. Ulama sendiri kini dibakulsampahkan…Itu le..benci sangat UMNO. Allah nak tunjuk balasan di dunia..

  7. Khali suka berfoya-foya??? Anwar tu suka apa??? Awat hang tak mau habaq dan tak mau mengaku????? Ada berani sumpah laknat???? Tarakkkkk. Adddeeeiiiiiiiiiii poooodahhhhh!

  8. Rohee colnago says:

    Elok lah tu, mamat ni pun dah setuju nak buka keaiban sendiri. Jom kita ramai-ramai tengok sapa yg kena….

  9. reds says:

    majlis ulamak pas hanya kayu…..hahaha….pendapat diorang disepak2 aje…… lingkup laa pas kalo camni……

  10. itsme says:

    baral punya manusia.. nampak nar ilmu politiknya sgt cetek dan tak langsung layak utk jd ketua kampung apatah lagi ADUN. Kalau gini rupanya mamat ni mmg patut disingkir dr mana2 parti politik pun.

  11. korokstabang says:

    semua nya kerana nak jaga hati kaum cina semua sanggup asal kaum cina bahagia mamat 2 orang tu lagi baik masuk parti dap saja lah & jadi hamba kepada cina dap hahahaha

  12. dkds says:

    Londeh habis semua…selama ini rakyat ditipu…

  13. Anak_Nogori says:

    Dalam pada itu Mustafa Ali minta PAS Selangor hantar laporan 2 dun PAS yg belot tu.

    Soalnya kenapa PAS Selangor yg kena hantar laporan?..tak ada kuasa ka seorang Setia Agung PAS utk panggil 2 dunnya yg belot mengadap memberikan jawapannya?…

    Lagipun..berapa lama/hari PAS Selangor kena siapkan laporan?..lepas tu berapa lama pula PAS panggil 2 dun tersebut mengadap?

    Saya ada bau2 ikan lah..

  14. terangsang says says:

    kita manusia jadi sesat setelah diberi ilmu pengetahuan kerana riak, sombong, bongkak,angkuh dan perasan baik. pas kerana bongkak boleh kata siapa undi pas masuk syurga. senang betul tapisan mereka. sebab itu mungkin kumpulan penyembah berhala pun undi pas, teringin nak masuk syurga. tapi bila syurga dunia pun payah dicapai mulalah pas kena maki. umno masih terbaik. siapa nak kebaikan berbuat baiklah, siapa hendak kejahatan terimalah balasan kejahatan yang dilakukan.

  15. Jai says:

    Silalah buka aib orang…Allah tu maha berkuasa dan tahu niat seseorang bertindak.

    Jika kita tunding satu jari; 4 jari ke kita..so check yourself first. Lagi satu Tn Hasnul hasil produk ABIM pngikut Anwar..so sikit sbyk bias juga

  16. Parpu says:

    ‘ Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina’ …dah orang Melayu ni takda hati.. atau engko orang tu mmg confirm takda otak kot

  17. Nan says:

    Kalau betul kenapa YB Saari tak balik rumah? Anak pun hilang dari AU4. Jangan la perasan YB buat ijtihad yg betul. Memang dari mula kami dah nampak. Sejak menang program apa pun buat atas nama NGO. Nak naik bendera PAS pun tak. Kalau dah rasa hebat sangat bertanding la atas tikit JIM ke. Kamu telah menghianati amanat yg kami berikan…. Menggunakan petugas PAS untuk kepentingan peribadi dan anak pinak. PAS AU4 menunggu anda !!!!

Leave a Reply

Threesome