Menu Utama

Majlis Syura Pas Sokong Khalid Ibrahim Sebab Tidak Mahu Wanita Jadi MB?

Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang sebelum ini banyak mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor dan mengarahkan Jais mengembalikan arak yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka 24 jam yang tidak mempunyai lesen menjual arak di Shah Alam.

Orang Islam di Selangor tahu bagaimana nasib agama Islam di Selangor sepanjang pemerintahan Khalid sama ada dari isu bahasa Melayu dalam Bible, kuil sehinggalah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor. Malahan bagi mereka di dalam Pas, PKR dan UMNO yang mengenali peribadi Khalid tahu tidak akan ada ulama yang akan menyokong bekas CEO Guthrie ini.

Namun khabarnya, Majlis Ulama Pas memilih untuk menyokongnya kerana mereka tidak mahu seorang wanita menjadi Menteri Besar. Akar umbi Pas enggan menerima Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar kerana mereka sekian lama telah mengindoktrinasi penyokong mereka mengenai kepimpinan ulama dan ketidaksesuaian wanita menjadi ketua kerajaan.

Majlis Syura telah menetapkan pendirian agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan di jawatan menteri besar sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Apakah Menteri Besar hanya perlu ditukar jika didapati bersalah? Jika demikian mengapa sebelum ini Pas sering mendesak Menteri Besar, Menteri dan Perdana Menteri dari Barisan Nasional diundurkan biarpun tidak disabitkan dengan kesalahan. Apakah ulama pun sudah bersikap hipokrit?

Badan tertinggi PAS itu dalam kenyataannya menyebut, keputusan tersebut dibuat berdasarkan hukum syarak dan juga dengan pertimbangan bahawa kepentingan rakyat harus mendahului kepentingan parti atau individu.

“Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.”

Badan tersebut juga sedia menilai semula keputusan berkenaan sekiranya Khalid didapati bersalah di mahkamah, kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyuarakan pendirian serupa, semalam. Ia turut ditandatangani oleh timbalannya Datuk Haron Din.

Maka bagi Pas soal syarak ini ialah soal kepentingan mereka bukan kepentingan umum. Jika kepentingan umum mereka tahu masalah pentadbiran Selangor yang semakin buruk dan sukar ditutup lagi.

Tanya sahaja Hasan Ali apa yang berlaku dalam pentadbiran Khalid Ibrahim untuk mengetahui sama ada syiar Islam dipertahankan atau tidak oleh Khalid. Namun ulama Pas tidak mengambil kira perkara itu kerana mereka ada banyak agenda lain.






2 Komen to Majlis Syura Pas Sokong Khalid Ibrahim Sebab Tidak Mahu Wanita Jadi MB?

  1. Baba says:

    Pas hanya nak untung saja, nanti anwar bg apa2, dia u turn la.

  2. kulaan says:

    Suka hati kau aje tulis artikel ni…Sangka baik la sikit…

Leave a Reply

Threesome