Menu Utama

Letih Melayan Karenah PKR, Sambutan Merdeka Pun Sudah Hilang Seri

Oleh Nur Azlina Shaari

Suasan tegang berhubung isu siapa layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor ketika ini semakin menampakkan pecah-belahnya gabungan parti Pakatan Rakyat yang telah berlaku sejak beberapa bulan ini.

Keadaan ini juga menampakkan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak melihat isu penting lain yang berlaku dalam negara dan hanya lebih menumpukan permasalahan dalam parti mereka memandangkan ia sememangnya berpunca dari sikap dan tindakan mereka sendiri.

Tetapi, masalah yang timbul dalam parti mereka bukanlah alasan buat diri mereka untuk menutup mata bersabit isu-isu yang dilihat besar dan memerlukan perhatian dari pelbagai pihak.

Sebagai contoh, sambutan Hari Kemerdekaan bakal tiba pada hujung minggu ini. Kita sedia maklum, hari Merdeka yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun merupakan sambutan yang dibuat sebagai cara menghargai usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin dahulu dalam memerdekakan negara serta membangunkan negara kita.

Tidak dapat dinafikan, hari Merdekalah merupakan titik utama setiap pemimpin dalam negara menyemaikan sikap cinta dan sayangkan negara kepada rakyat supaya negara tidak menerima sebarang ancaman atau pun menghalang dari pihak-pihak tertentu melakukan sesuatu perkara yang mampu menggugat keharmonian negara Malaysia.

Berbangkitnya isu hari Merdeka ini, bukanlah menidakkan amanat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mahukan sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan suasana sederhana memandangkan negara kita masih lagi berkabung atas tragedi MH17 yang berlaku pada Ramadhan lalu.

Namun, menyambut dengan suasana sederhana bukanlah penghalang bagi rakyat Malaysia untuk tidak langsung mempamerkan rasa sokongan dan patriotik untuk hari bersejarah ini. Juga, boleh dikira sambutan ini tidaklah jatuh hukumnya wajib untuk disambut.

Tetapi, dari mulanya bulan Ogos muncul, boleh dikatakan tidak ada langsung pemimpin pembangkang yang menzahirkan rasa cinta mereka terhadap negara dan hari Merdeka sebagai contoh untuk diikuti oleh rakyat.

Yang lebih mereka pentingkan adalah menyingkirkan Khalid Ibrahim dan memperjuangkan nafsu mereka untuk melantik isteri Ketua Umum Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah untuk mengambil tempat Khalid Ibrahim yang berbulan-bulan masanya diambil.

Dalam isu ini, hari Merdeka bukan sahaja tidak diendahkan oleh pemimpin pembangkang. Isu-isu lain juga hanya kerap dibicarakan pada awal kejadian sahaja. Kemudiannya senyap tidak disambung pendapat mereka berhubung isu itu.

Sebagai contoh isu MH17 dan MH370 di awal kejadian, mereka begitu ekstrim menunding jari kepada kerajaan dengan segala tohmahan yang tidak berasas. Namun, lama-kelamaan suara lantang mereka senyap dan sepi berbeza dengan reaksi awal yang mereka berikan.

Sekiranya ingin membincangkan sikap tidak endah pemimpin-pemimpin pembangkang ini untuk setiap isu yang berlaku dalam Malaysia, rasanya tidak terkira hanya kerana sikap sombong dan bongkak mereka yang lebih melayan masalah parti mereka untuk kepentingan peribadi masing-masing.






8 Komen to Letih Melayan Karenah PKR, Sambutan Merdeka Pun Sudah Hilang Seri

  1. raplahjingaa says:

    Bila pakatan haram mengibarkan bendera baru negara ciptaan depa sendiri, bila mat sabu memuji komunis sebagai pejuang kemerdakaan, bila cina DAP tunjuk kurang ajar dengan raja-raja melayu….hangpa ingat depa peduli tentang kemerdekaan ??? kemerdekaan bagi depa hanya bila anwar menjadi PM dan dibonekakan oleh cina DAP dan yahudi.

  2. memang terok says:

    Pakatan rakyat ialah sebuah party rakyat yang berjuang demi rakyat (kepala hotak dia)
    PKR merupakan sebuat party yang adil, tidak berat sebelah, tidak mengamalkan kronism atau nepotism saperti amalan parti pemerintah (mereka cuma amal sodomi)

  3. itsme says:

    syok sendiri ni mmg payah… mcm ketagih dadah? mrk ni pulak ketagih wang ringgit dan kuasa.. so tak slhlah klu ada pemimpin2 sesama mrk kata yg dia org jual pil kuda.. haha

  4. syaa says:

    kita ahli umno dan bn marilah beramai ramai kibarkan jalur gemilang.kibarkan di rumah di kereta atau dimana mana.pedulikan karenah pkr dgn dap ni.mereka ni langsung tiada semangat patriotik.mereka ni lebih semangat kepartian saja.mereka ni lebih rela kibarkan bendera parti berbanding bendera negara malaysia. bagi mereka tiada makna merdeka selagi mereka tidak dapat menawan malaysia semasa pru.

  5. reds says:

    rindu nak malaysia aman mcm dulu..

  6. sireh ke gagang says:

    pedulikan barua2 itu semua . kita rakyat , tetap sambut hari merdeka macam tahun2 sudah . mereka berapa ramai , kita berapa ramai ? minoriti takkan berjaya menguasai majoriti , kalau majoriti itu cerdik akal dan terang hati nurani nya.

  7. akuanakselangor says:

    Tangkap je guna ISA si Nuar babi ni. Kurang ajar lebih pada babi. Sumbatkan dalam penjara baru aman damai negara Malaysia

  8. Hadisuhaimi says:

    Aku heran la..kenapa beria sangat nak jadikan wan azizah ni sebagai mb selangor.. Dia ni tak lebih hanya bagai sebuah patung yg tak tau apa2 hanya jadi hiasan pada sebuah almari.. Org selangor jgn sampai jadi pemuja patung, harap faham maksud aku.. Rosmah lagi bagus walau pun bukan mp nampak kepimpinan nya sebagai pemimpin. Ini tidak.. Pegang kipas pun tak betul..

Leave a Reply

Threesome