Menu Utama

Langkah Kajang Lintang Pukang, Satu DUN & Parlimen Hilang

rafizi_jambu

RAFIZI kini lebih sesuai digelarkan Pengarah Tragedi PKR kerana langkah Kajang yang dikepalainya terbukti hanya mengurangkan jumlah kerusi Pakatan Rakyat di DUN Selangor dan Parlimen dengan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR kelmarin.

Khalid adalah ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.  Tak pasal-pasal Pakatan yang baru hilang satu kerusi di Teluk Intan bila DAP kalah kepada BN, hilang satu kerusi parlimen lagi. Ni pasal Rafizi punya bijaklah ni.

Jika krisis Menteri Besar yang hangat di Selangor sekarang tidak selesai, maka 1 negeri pulak hilang, maka lagi besarlah sial yang dibawa Rafizi.  Sial Menteri Sukan yang gagal di Glasgow hari itu pun (sasaran Emas tak capai walaupun dikurang separuh), tak teruk macam ini.

Kadang kala bila difikir-fikirkan semula, apalah nasib Malaysia ni bila pembangkang mula ada lebih sikit.  Kita ada bekas banduan sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang tak lama lagi, bini bakal banduan pulak jadi Menteri Besar di Selangor – taklah salah tapi nampak tak cantiklah sejarah negara ni dibuatnya.

Pakai seluar dalam di luar pun ikutkan tak langgar undang apa-apa pun tapi cubalah buat kalau berani.

Tapi pedulikanlah dulu yang itu.  Kita akan tangani masalah itu bersama (perbaiki sejarah) bila masanya sampai.  Sememangnya orang-orang PKR, DAP dan PAS hari ini hanya fikir perut dia sendiri sahaja, negara nak jadi apa bukan dia peduli sangat.

Yang penting sekarang Rafizi (bakal banduan juga, kesalahan bawah BAFIA) yang diwar-warkan Anwar sebagai pemimpin pelapis, bakal mengambi alih tampuk pemerintahan negara dan apa jadah yang lain ini, rupanya tidaklah sehebat mana, dia lebih kurang Anwar jugak, tin kosong.

Malah, Rafizi nampaknya suka pulak diperalatkan Anwar apabila menerima tanggungjawab sebagai dalang di sebalik Langkah Kajang yang kini nampaknya semakin berkecai satu persatu.  Kalau Khalid berjaya disingkirkan sekalipun bila PAS membelot selepas mesyuarat 17 Ogos nanti, ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Pakatan.

Rakyat jangan cakaplah, sekupang apa pun takdak untung.

Tak tahulah kalau Azizah nak edar kipas tangan percuma kepada semua rakyat Selangor bila ambil alih jawatan Menteri Besar nanti – adalah sikit untung, dari takde apa langsung.






Leave a Reply

Threesome