Menu Utama

Krisis MB Selangor: Salleh Man Bijak Hidu Peluang Terbuka

salleh man jangan salahkan pas

Datuk Mohd Salleh Man merupakan individu yang berpengalaman tersisih dalam tahaluf siyasi yang digunapakai di Pulau Pinang. Beliau antara wakil rakyat PAS yang pernah merasai bagaimana menjadi “kasta” bawahan dalam sebuah pentadbiran yang kononnya bersifat pakatan.

Mungkin ramai yang sudah tahu, individu inilah yang pernah dijanjikan jawatan sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) oleh Anwar Ibrahim seandainya memenangi kerusi DUN Permatang Pasir sewaktu pilihanraya kecil 2009. Hanya menanam tebu di tepi bibir, itulah tamsilan janji Anwar Ibrahim. Hampir 3 tahun Salleh Man terpaksa “makan hati berulam jantung”, dek kononnya setia kepada tahaluf siyasi. Walhal, tahaluf siyasi yang sebenar seharusnya menguntungkan Islam, di samping berpegang kuat kepada apa yang telah dijanjikan.

Lebih malang, alasan yang digunakan oleh kerajaan negeri ialah tersilap menghantar nama calon untuk jawatan YDP MAINPP. Begitulah hinanya menjadi “kasta” bawahan, sehinggakan alasan berupa bangkai digunakan dalam justifikasi mengapa tidak Salleh Man menjawat jawatan seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim. Jangan hairan, kerana “tersilap” adalah lumrah dan slogan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pentadbirannya termasuklah “tersilap taip” kos pembinaan terowong bawah tanah.

Antara penduduk-penduduk berbangsa India di Kg Buah Pala dan Salleh Man, kisah dan tauladannya sama. Dengan pendedahan dalam skala besar oleh Zulkifli Noordin dan Zaharin, barulah ramai yang sedar akan ciri-ciri tahaluf siyasi amalan mereka. Dek tidak tertanggung dengan tekanan akibat mungkir janji, barulah pada 27 Julai 2012 janji itu ditunaikan.

Kemelut Menteri Besar Selangor memberi peluang kepada Salleh Man untuk “berkokok” setelah sekian lama menyimpan “dendam yang terindah” setelah apa yang pernah beliau lalui. Lebih manis, apa yang tersirat dalam kenyataannya yang mempertahankan parti sendiri adalah “membahasakan” Anwar Ibrahim, si Ketua Umum (KETUM) yang “manis mulut di bibir” pada PRK Permatang Pasir 1999 dulu.

Anwar Ibrahim adalah “pemain utama” dalam krisis MB Selangor. Maka, tidak hairanlah jika Salleh Man memilih waktu dan ketika ini untuk bersuara. Serampang dua mata.

Sekurang-kurangnya, beliau tidak boleh dituduh menghentam Anwar Ibrahim kerana tujuannya adalah untuk mempertahankan partinya. Dan penulis amat bersetuju dengan kenyataan Salleh Man, dan apa yang sedang berlaku adalah permainan politik PKR dalam cita-cita menguasai RM3 billion simpanan tunai Selangor, seperti yang didakwa oleh Faekah Husin.

Anwar Ibrahim seharusnya ingat, bagaimana Salleh Man terus setia bersama PAS di Pulau Pinang demi hubungan baik sesama Pakatan. Anwar Ibrahim harus ingat, Salleh Man sanggup menjadi “tunggul kayu” dari 2009 sehinggi 2012 waima janji dimungkiri.

Kini, Salleh Man pula teringat bagaimana rasanya mengalami semuanya itu. Derita yang ditanggungnya tidak terbendung lagi. Anwar Ibrahim punya nafsu, PAS pula mahu dipersalahkan. Mungkin Salleh Man merasakan cukuplah sekali menjadi “kuda kayu politik” Anwar Ibrahim dan PAS tidak boleh lagi terus-terusan bertaraf “kasta bawahan” Pakatan.

Sudahhh.. cukuuuppp.. cukuuuppp..sudaaahhh…






8 Komen to Krisis MB Selangor: Salleh Man Bijak Hidu Peluang Terbuka

  1. Baba says:

    Biasa la pkr dgn pas ni, masing2 nak jadi hero dgn tikam belakang masing2.

  2. raplahjingaa says:

    Itu hanya pendapat peribadi salleh man dan bukan pendirian PAS….hehehehe

  3. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Jangan hairan dan jangan dipersoalkan sangat.
    Umatb Melayu memangnya bersikap dan berperangai macam tu.
    Bila dapat habuan diam, malah sanggup menghina dan mengutuk kaumnya sendiri, macam Mat Sabun yg dapat habuan dari kjn Penang.
    Biasalah, dah terantuk baru terngadah.
    Negara Malaysia ni pun akan jadi macam tu nanti. Cuma masanya saja belum tiba.
    Nanti bila dah jadi macam Singapura baru nak menanggis dan menyesal.
    Ketika itu Melayu dah jadi macam si polan wakil Pas yg di Penang tu.
    Terkapai-kapai lemas dgn tekanan dan diskriminasi Cina komunis DAP.

  4. Pak Tho says:

    Baru nak terasa perit jubo kena liwat ngan anwar.

  5. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Inikah caramu membalas cintaku
    Kau nodai cinta yang ku beri
    Inikah caramu membalas sayangku
    Kau lukai sayangku untukmu

    Teganya kau menari diatas tangisanku
    Kau permainkan ku sesuka hatimu
    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada hati gelisah
    Cintaku kau balas dengan dusta

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada batin terseksa
    Lebih baik ku pergi saja

    T’lah berulangkali ku coba mengalah
    Ternyata sabarku tak berarti untukmu
    Teganya kau menari diatas tangisanku
    Kau permainkan ku sesuka hatimu

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada hati gelisah
    Cintaku kau balas dengan dusta

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada batin terseksa
    Lebih baik ku pergi saja

    Teganya kau menari diatas tangisanku
    Kau permainkan ku sesuka hatimu
    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada batin terseksa
    Lebih baik ku pergi saja

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada hati gelisah
    Cintaku kau balas dengan dusta

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada batin terseksa
    Lebih baik ku pergi saja

    Ciptaan: Dennis Nirwana
    Penyanyi: Salleh Man

  6. sireh ke gagang says:

    kasta bawahan .. hahaha.. hinanya ayat ini

Leave a Reply

Threesome